Thursday, December 31, 2009

2010 Tahun Inovasi dan Kreativiti

Waktu ini jam 11.46 malam 31/12/2009.Beberapa minit lagi dah masuk Tahun 2010. Tahun 2010 adalah Tahun Inovasi dan Kreativiti. Harapan saya semuga television dan radio kita memperbanyak rancangan berbentuk penciptaan baru, R&D, produk-produk, kreativiti, inovasi bukan lagi fokus kepada HIBURAN, MUZIK, CARTA LAGU dan lain-lain program realiti.

Wujudkan pertandingan Juara Pidato, Juara Ciptaan Robot, Juara Kertas Penyelidikan, Juara Pantun, Juara Deklemasi Sajak dan seumpamanya.

Saturday, December 26, 2009

Kesan Teknologi ICT Kepada Masyarakat

Kemajuan di dalam bidang teknologi ICT memang telah mengubah lanskap ekonomi dunia. Ia bukan sahaja telah memudahkan urusan perniagaan malah memudah perhubungan atau penyampaian maklumat. Kemudahan telefon bimbit dan aplikasi di dalamnya membuatkan maklumat berada dihujung jari kita. Anak kita yang belajar di Luar Negara seolah-olah berada di dalam rumah kita sebab aktivitinya dapat kita lihat dari rumah.

Hampir setiap rumah ada memiliki komputer atau notebook dan boleh akses Internet (kebanyakannya). Yang ada duit sikit telah memberi notebook khas untuk anaknya.

Walau bagaimanapun, kalau kita lihat masyarakat di sekeliling kita sekarang ini lebih banyak bercakap sorang-sorang (bercakap di telefon) atau bercakap tanpa suara (sms/email). Cuba kita pergi bertandang ke rumah kawan, kita lihat anak2 mereka asyik dengan notebook atau telefon atau main game. Anak kita pun sama juga bila ada kawan-kawan yang bertandang kerumah, mereka (anak2) asyik dengan internet, telefon atau permainan video game.

Lihat di Cafe, ramai yang sedang menggunakan notebook. Entah buat kerja, Entah ke Main Game, Entah ke Berchatting.

Tapi rata-rata semuanya dengan urusan sendiri.

Apa nak jadi dimasa akan datang saya tak tahu....

Friday, December 25, 2009

2010 : Tahun Perubahan Diri Sendiri

Jumaat 1.1.2010 bermulalah tahun baru. Seperti apabila tahun bertukar, azam ke arah kebaikan perlu diikrarkan. Sehubungan dengan itu marilah kita sama-sama cuba sedaya upaya kita untuk berubah ke perkara lebih baik dari setahun ke setahun. Kalau tahun 2009 kita solat akhir waktu, marilah kita mula solat awal waktu pada 2010.

Jika tahun 2009 kerja kita selalu ditangguh-tangguh, tahun 2010 ini kita cuba jangan tangguh kerja buat sampai siap (atau sampai siap laporan, jika tak dapat diselesaikan)

Begitulah seterusnya.

Thursday, December 24, 2009

Kutbah Jumaat Berkaitan Zakat

Kutbah jumaat 25 Dis 2009 ialah berkaitan zakat. Lalu saya teringat iklan supaya Bayar Zakat sebelum 31 Disember. Kemudian saya teringat kawan saya kata semalam 24 dis 2009, kenapa kadar bayar zakat ikut kalendar Masehi. Kenapa tak ikut kalendar Hijrah. katanya-Kita puasa ikut tahun hijrah, kita haji ikut kalendar hijrah, kita bayar fitrah ikut kalendar hijrah. Kenapa bab Zakat kita ikut kalendar masehi?. Saya tak tahu nak jawab bab ini.

Anda tahu jawapannya? Sila kongsi sikit melalui komen.

CATATAN JEMAAH SUBUH DIBEBERAPA SURAU DAN MASJID

Harapan saya semuga Jemaah Subuh akan meningkat dari sehari ke sehari di setiap surau dan masjid di Malaysia.

Di antara catatan yang saya ada adalah sepeti di bawah.
Jumaat 11.12.2009 Surau Aslahiah, Taman Ibu Kota Jemaah Subuh seramai 32 orang
December 10, 2009 2:44 PM
Ahad 13.12.2009 Masjid Mukim Guntung, Kota Bharu Jemaah Subuh seramai 49 orang
December 12, 2009 3:01 PM
Isnin 14.12.2009 Masjid Ar-Rahman Kota Bharu Jemaah Subuh seramai 48 lelaki 11 wanita total 59
December 14, 2009 2:35 AM
Selasa 15.12.2009 Masjid As-Syakirin Gombak. Jemaah Subuh 130 orang (Lelaki+wanita)
December 15, 2009 1:31 AM
Rabu 16.15.2009 Masjid At-Takwa Setapak Garden KL Jemaah Subuh 34 lelaki 6 wanita total 40
December 15, 2009 2:28 PM
Khamis 17.12.2009 Surau Al-Amin Setapak Indah KL Jemaah Subuh 28 lelaki.
December 16, 2009 2:25 PM
Jumaat 18.12.2009, Surau Melati KL jemaah Subuh 120 orang termasuk wanita
December 17, 2009 3:51 PM
Sabtu 19.12.2009 Surau Medan Idaman KL Jemaah Subuh 156 (lelaki)
December 18, 2009 2:38 PM
Ahad 20.12.2009 Surau Al-Falah Danau Kota KL Jemaah Subuh HANYA 12 orang (lelaki)
December 19, 2009 3:00 PM
Isnin 21.12.2009 Surau Ibukota 29 orang
December 21, 2009 4:10 PM
Selasa 22.12.2009 Surau Ibu Kota 34 orang
December 21, 2009 4:10 PM
Rabu 23.12.2009 Jemaah Subuh Surau Ibukota 30 orang
December 24, 2009 2:47 AM
Khamis 24.12.2009 Jemaah Subuh Surau Medan Idaman 139 orang
December 24, 2009 2:49 AM
Jumaat 25.12.2009 Jemaah Subuh Surau Muttaqim Gombak Setia seramai 129 orang.
December 24, 2009 5:24 PM

Mana-mana surau yang kurang dari 40 orang tu harap pergiatkan usaha untuk mengajak kariah bersama-sama semarakkan masjid dipagi hari.

Harap tuan/puan yang ada catatan bolehlah beri komen.

Masuklah Islam Secara Keseluruhannya

Saya berpeluang mendengar tazkirah selepas subuh tadi. Izinkan saya berkongsi dengan tuan/puan apa yang telah disampaikan oleh pentazkirah mengikut pemahaman saya sendiri.

Suasana pada hari ini (keadaan sosial dan keruntuhan akhlak masyarakat) sebenarnya adalah disebab ramai di kalangan kita yang tidak menghayati Islam sepenuhnya. Kita faham ajaran Islam tapi kita tidak Ikut Sepenuhnya. Kita lihat ramai wanita orang yang bertudung tetapi pakai lengan pendek. kita lihat ramai lelaki pakai seluar pendek hingga nampak lutut. Contoh orang main bola. Kita tahu Allah benci orang tidak tutup aurat tapi kita suka lihat mereka buka aurat. Kalau tak masakan penuh stadium. Tutup aurat adalah wajib. Jadi tengok orang yang buka aurat adalah haram kecuali terlihat (tak sengaja). contoh ini adalah perkara kecil aje. tapi perkara kecilpun kita tak mampu nak patuhi.

Untuk mengatasi masalah sosial seperti rasuah, bersekedudukan, buang anak, main nombor ekor, main judi dan sebagainya IALAH dengan mengikut Islam Sepenuhnya. jangan berpilih-pilih. Jika kita ikut Islam mana mungkin kita boleh ambil rasuah. mana mungkin kita boleh buka aurat. mana mungkin kita boleh rogol orang. mana mungkin kita boleh ragut. oleh itu sama-samalah kita menjaga diri kita dan nasihat orang sekitar kita. turutlah ajaran Islam sepenuhnya.

Amalkan Zikir dan Sebutlah nama Allah banyak2. Insya Allah kita akan dijauhi oleh Allah dari perbuatan keji dan mungkar.

wassalam

Tuesday, December 22, 2009

Dulu Bir Halal Kini Bak Kut Teh Halal

Sekali lagi kepala berdenyut2 bila melihat gelagat orang yang sengaja menimbulkan isu sensitif. Saya baca Utusan Malaysia 22 November 2009 Muka Surat 3 dengan tajuk Bak Kut Teh Halal Boleh Kelirukan Umat Islam - Jakim.

Tak sangka sungguh ada orang yang suka bermain bara api.

Saya harap pihak berkuasa bertindak segera mengharamkan penjualan Bak Kut Teh Halal sebabnya ialah ia menggunakan perkataan halal dalam jenama produknya. saya cadangkan haramkan penggunaan perkataan halal di dalam penjenamaan produk.

Monday, December 21, 2009

Lampu Surau Pun Depa Kebas

Entah apa nak jadi dengan masyarakat di Malaysia. Tadi saya singgah di surau, ajk surau dekat situ sedang melihat wayar letrik. Saya tanya kenapa. Beliau kata lampu kena curi. Bukan sebiji dicurinya lebih dari 2.

Macam-macam manusia akhir zaman

Saturday, December 19, 2009

MATA GANJARAN (REWARD POINT) DAN SYARIKAT YANG MENGAMBIL BAHAGIAN (MERCHANT)

Trend syarikat-syarikat besar masa kini ialah menyediakan sistem Mata Ganjaran (reward point) apabila membeli productnya. Di dalam promosi atau cara menarik pelanggan mereka menunjukkan banyak outlet yang mengambil bahagian. Tetapi saya tidak tahu siapa (badan kerajaan) yang memantaunya.

Sebabnya ada ketika saya pergi ke outlet yang disenaraikan, officer di situ menyatakan sistem tak available. Bila saya hubungi syarikat (pemberi reward) beliau menyatakan outlet tersebut baru sahaja ditamatkan kerjasama. Ada ketika juga bila saya pergi ke outlet lain, officer di situ menyatakan kad saya tidak boleh dibaca (saya tak pasti betul atau tidak sebab bila saya buat bayaran menggunakan kad tersebut boleh pulak dibaca).

Mata Ganjaran yang diberi pulak ada EXPIRY DATE.

Malang nasib pelanggan macam saya ni.

Tapi saya percaya ramai lagi pemegang-pemegang Reward Point yang pointnya hilang begitu sahaja akibat sudah due.

Ada ke yang pantau sistem reward point ini? Adakah semua syarikat boleh mengeluarkan skim REWARD ni?

Friday, December 18, 2009

Hairan Gadis Melayu Tergedik-Gedik Dengan Warga Asing

Dah banyak saya perhati dan dengar dari orang lain tentang sikap Gadis Melayu Islam kita yang kelihatan sangat berbangga bila berjalan atau berkasih dengan warga asing. Baru-baru ini di dalam LRT PUTRA kawan sya cerita dia Meluat tengok seorang gadis Melayu putih dan cantik bersama lelaki Bangla. Gadis tersebut tergedik-gedik berbicara dengan gadis Bangla tersebut sambil tangannya mengusap-ngusap rambut Bangla. Apa nak jadi dengan Gadis Melayu sekarang?.

Saya rasa pembaca juga ada pengalaman yang sama bila melihat gadis melayu yang berkawan dengan warga asing atau orang bukan melayu. Bagaimana sikap gadis melayu tersebut?

Mohon semua gadis Melayu jagalah kesopanan insan Melayu Islam.

Thursday, December 17, 2009

Jihad adalah Kewajipan setiap Orang Islam

Lepas subuh tadi saya ada mendengar tazkirah. Di antara rumusannya ialah setiap orang Islam perlu berjihad dengan melalui langkah-langkah berikut:

1. Hendaklah Berada Di Dalam Jemaah (bukan bersendirian)
2. Hendaklah Mendengar dengan kefahaman Apa-apa Arahan Dari Pimpinan Jemaah
3. Hendaklah Taat Kepada Ketua Jemaah
4. Perlu HIJRAHkan Diri sendiri dari sifat tidak baik kepada sifat lebih baik (sepanjang masa)
5. Jihad (bila ke empat-empat langkah di atas telah dilalui)

Wassalam

Membesarkan berita Rogol, Pesta Seks, Cabul dalam Akhbar mendorong pertambahan kes

Saya adalah seorang yang memang tidak suka akhbar-akhbar atau majalah-majalah memperbesarkan berita-berita Pesta Seks, Rogol, Cabul, Sumbang Mahram, Khalwat. Berita sedemikian pada pandangan saya bukan dapat mengurangkan kes MALAH ia akan menggalakkan lagi orang lain berbuat perkara yang sama.

Sepatutnya kejadian-kejadian ini dilapor terus ke pihak berkuasa. Kemudian pihak berkuasa buat task force dengan segera cari puncanya agar kejadian demikian dapat dicegah berlaku pada masa hadapan.

Kenapa saya kata membesarkan berita sedemikian akan menambahkan lagi kes?

Sebabnya ialah dalam negara kita ini ramai orang yang tidak mengikut atau menghayati Islam sepenuhnya. Bila jauh dari Allah maka ia akan dekat dengan syaitan.

Apabila manusia dekat dengan syaitan maka berita-berita yang disiarkan oleh akhbar tersebut hanya akan merangsang dirinya untuk sama-sama melakukan perkara yang sama.

Saya percaya kegairahan menyiarkan berita sensasi bukan untuk menginsafkan orang tetapi HANYA UNTUK MENGAUT KEUNTUNGAN sebab akhbar yang menyiarkan berita tersebut akan laris. Untung. Untung. Untung.

Wednesday, December 16, 2009

Marilah Kita BerHijrah Sempena Maal Hijrah

Jumaat ini 18.12.2009 adalah Maal Hijrah. Maknanya kita telah masuk ke tahun baharu. Oleh itu marilah kita sama-sama bertekad untuk pergi solat Subuh berjemaah. Sebab dengan solat subuh berjemaah beramai-ramai akan dapat menguatkan lagi perpaduan UMMAH. Jom Solat Subuh beramai-ramai sempena tahun baru ini.

Aksi Remaja Tidak Senonoh Bersama 5 Lelaki

Saya berderau bila mendengar berita mengenai satu keluarga di Lipis yang memeriksa imej gambar di dalam telefon bimbit anaknya menunjukkan aksi anaknya yang berumur 14 tahun berpesta seks bersama 5 lelaki. Apa nak jadi dengan remaja sekarang? Saya rasa kerajaan perlu membendung gejala ini dengan menapis internet di peringkat ISP. Gambar dan aksi lucahlah yang mempengaruhi anak-anak muda kita mengikuti aksi-aksi tak senonoh itu. Kita dahlah kurang ilmu agama, disogok pula perkara-perkara yang merosakkan.

Itu yang kita dengar dan dapat dikesan. Yang tidak dapat dikesan bagaimana? entah-entah separuh rakyat Malaysia dah rosak!

Saya sangat berharap supaya ada penapisan internet di peringkat ISP iaitu pintu masuk Internet ke Malaysia. Biar kandungan internet yang dapat di akses oleh Rakyat Malaysia tiada gambar atau video lucah.

Monday, December 14, 2009

Rumah Kedai dan Rumah Kediaman Tumbuh Bak Cendawan Di Musim Hujan

Jika kita berjalan di seluruh negara kita akan melihat banyak bangunan sama ada rumah kedai atau rumah kediaman dibina dengan rancaknya. Ini menunjukkan negara kita memang mewah kerana ada modal untuk membina bangunan-bangunan tersebut.

Pada masa ini Alhamdulillah sudah tidak banyak lagi bangunan atau rumah terbengkalai. Yang ada cuma bangunan terbengkalai yang lama-lama dulu. Walau bagaimanapun, kini rumah kedai atau rumah kediaman yang 100% siap tetapi tidak beroperasi atau tidak diduduki. Saya rasa keadaan ini hampir sama dengan terbengkalai. Yang beza hanyalah > sekiranya bangunan/rumah terbengkalai, pemilik rugi. Jika bangunan/rumah siap tapi tidak diduduki/beroperasi, pemilik tak rugi sebab pemilik tersebut memang yang dah banyak wang. Pembeliannya hanyalah sebagai pelaburan di masa depan. Lambat laun harganya akan naik.

Saya timbulkan isu ini ialah supaya perancangan untuk membina bangunan dan rumah kediaman hendaklah selari dengan kemampuan rakyat supaya bangunan rumah kedai atau rumah kediaman yang telah siap HENDAKLAH DIDUDUKI ATAU BEROPERASI supaya dapat mengurangkan bangunan kosong atau rumah kosong.

Banyaknya bangunan kosong atau rumah kosong mengundang bahaya diduduki oleh makhluk asing atau nyamuk atau tikus atau ular atau sebagainya.

Harap perancangan bandar dan luar bandar benar-benar efisyen.

Tandas dan Surau penting untuk tarik pelanggan

Di perjalanan pulang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur kami melalui jalan antara Raub dan Bentong. Di perjalanan itu kami singgah di Kawasan Rehat Lurah Bilut. Sedih sekali tandas dan surau di situ tidak disenggara dengan sempurna.

Kepada peniaga di situ, ambillah tanggungjawab. Sebab tandas dan surau yang bersih akan menarik minat pemandu untuk singgah dan secara tak langsung perniagaan anda akan laku. Ini saya lihat sangat tidak bermaya.

Harap para peniaga ditempat lain juga jagalah kebersihan tandas dan surau di kawasan perniagaan anda.

Saturday, December 12, 2009

AL-ISLAM MENGUPAS ISU PORNOGRAFI

Saya berpeluang membaca Majalah Islam Kontemporari AL-ISLAM keluaran Disember 2009 bersamaan Zulhijjah 1430H. Di antara kandungannya ialah mengupas isu PRONOGRAFI : Pendedahan Mengejutkan & Paling Melampau.

Saya tidak pertikaikan kandungan ceritanya kerana mungkin ia diolah untuk menyedarkan pembaca tetapi yang saya ingin nasihatkan ialah supaya majalah ini tidak memaparkan gambar-gambar hiasan yang juga menjurus kepada GAMBAR PORNO, gambar seksi dan seumpamanya.

Pada pandangan saya Gambar di muka surat 18, muka surat 20, muka surat 22, muka surat 24 dan muka surat 51 tidak sepatutnya dimuatkan ke dalam Majalah Al-Islam.

Hindari perkara subahah.

Sekian, terima kasih.

Berhati-hati Ketika Menggaru di tubuh badan anda

Saya ingin menceritakan sedikit peristiwa yang kami sekeluarga melihat semasa perjalanan kami ke kampung. Peristiwa ini amat bermakna untuk mengingatkan diri kita semua. Kejadian ini ada kaitan dengan Sedapnya Menggaru. Kami menaiki kereta melalui satu kawasan kampung tiba-tiba kami terlihat seorang lelaki separuh umur sedang menggaru anggota tubuhnya. Beliau memakai baju, berkain pelekat dan berkopiah. Yang kami heran beliau langsung tidak sedar yang beliau menggaru di bahagian belakang punggungnya sedang kain pelekatnya tersingkap terus hinggakan kami terlihat tangannya masuk kedalam seluar dalam. Kami sekeluarga tergelak besar hari itu. Saya percaya bukan sahaja kami yang terlihat malah ramai lagi pengguna jalanraya yang melalui jalan itu akan melihatnya.

Saya tulis disini ialah supaya kita yang membaca ini berhati-hatilah ketika menggaru. Ya memang menggaru itu satu NIKMAT tetapi kita kena berhati-hati agar nikmat ini tidak memalukan kita.

Friday, December 11, 2009

Kanak2 Bawah 5 Tahun Tidak Dibenarkan Masuk ke dalam Masjid

Notis arahan di atas ada dilihat di pintu ruang utama Masjid di Gua Musang. Dalam hati saya apa rasionalnya tidak membenarkan kanak-kanak bawah 5 tahun berada dalam kawasan ruang utama Masjid sedangkan kanak-kanak sebesar itu biasanya mengikut bapa atau abangnya yang hendak solat berjemaah. Saya rasa mana-mana surau atau masjid yang mengenakan peraturan sedemikian menyemak kembali arahan tersebut.

Risiko keselamatan kanak2 berada di luar ruang utama masjid sedang bapa/abangnya berada di dalam masjid adalah tinggi.

Lagipun ia akan menyekat naluri kanak2 yang lebih seronok jika mereka dihargai dengan membenarkan mereka solat betul-betul di baris belakang jemaah. Jemaah dewasa yang lambat hadir kemasjid mungkin berada di belakang kanak2 perlu menerima hakikat kelewatan mereka.

Wednesday, December 9, 2009

JEMAAH SUBUH SEMAKIN BERTAMBAH

Saya dapati sudah kelihatan jemaah subuh kini puratanya bertambah. Kalau dulu purata kehadiran jemaah subuh di antara 10 hingga 15 orang kini sudah meningkat kepada purata 20 hingga 30 orang. Tapi saya ambil data hanya di surau tempat saya sahaja. Harap di tempat lain begitu juga.

Tuesday, December 8, 2009

PC atau Notebook kini perlu dijadikan peralatan pejabat wajib

PC atau notebook merupakan satu peralatan perlu untuk menjalankan tugas. Sama seperti kertas, pen, kerusi, meja dan lain-lain peralatan yang diberikan semasa seseorang pekerja melapor diri. Oleh yang demikian saya mencadangkan semua majikan memberikan unit PC atau notebook (salah satu satu sahaja) semasa pekerja tersebut melapor diri.

Jika semua staf ada kemudahan tersebut baharulah kita boleh implementasi penyebaran maklumat melalui internet atau emel. panggilan mesyuarat melalui emel. arahan kerja melalui emel. dan sebagainya.

Harap cadangan ini mendapat perhatian majikan.

Monday, December 7, 2009

RADIO IKIM.FM RADIO24 TV OASIS DISCOVERY CHANNEL

Disini saya nak kempen sikit. Pada pandangan saya, radio yang paling baik siarannya ialah Radio IKIM.fm. Tv pula yang paling baik ialah OASIS.

Yang lain asyik hiburan sahaja

Saturday, December 5, 2009

Pembangunan Modal Insan diDahulukan, Jati Diri DiUtamakan

Saya ingin menyarankan kepada mana-mana kerajaan supaya membuat perancangan supaya mendahulukan aktiviti-aktiviti pembangunan modal insan kerana ia akan menghasilkan insan yang berkualiti di masa hadapan. Kemudian kita utamakan jati diri insan tersebut.

Buruk Baik Jaringan Sosial di Internet

Kini agensi kerajaan tidak lagi menyekat penggunaan media jaringan sosial di Internet seprt Facebook, twitter dsb. Tetapi kita perlu berhati-hati kerana ada buruk dan baiknya jaringan sosial sedemikian. Sendiri kena nilai apabila menerima seseorang menjadi rakan kita. Manalah tau rakan kita itu penjenayah. Sendiri kena berhati-hati.

Friday, December 4, 2009

Anugerah Skrin 2009 - Seribu Satu Malam

Konsep yang menjadi nadi Anugerah Skrin - Seribu Satu Malam memang menarik dan nampaknya mendapat kerjasama erat dari para penonton yang juga kebanyakannya di kalangan artis. Syabas para artisn yang sangat sporting antara satu sama lain.

Walau bagaimana pun, saya rasa sikap setengah-setengah artis masih lagi ditakok lama. Iaitu masih ada yang nak tayang dada dan paha. Rodzita Che Wan misalnya berpakaian nampak paha sehingga pengacara (Afdlin) sempat mengusik secara lawak. Ada juga dua tiga orang yang masih menampakkan alur di bahagian dada.

Dalam suasana masyarakat arab di padang pasir, eloklah elakkan dari membuka aurat.

Thursday, December 3, 2009

Antara Sebab Bangunan Runtuh atau Jambatan Runtuh

Pada pandangan saya, produk yang dihasilkan tidak bermutu dan tidak berbaloi dengan harganya adalah disebabkan beberapa faktor tetapi di sini cuma saya yakin di antaranya ialah:

Yang menghasilkan produk tersebut bukanlah kontraktor utama yang dapat projek. Skop kerja bagi menghasilkan produk (bangunan misalnya) tersebut biasanya dibuat oleh beberapa sub-kontraktor.

Jika berlaku kecacatan ke atas produk, kita juga tidak boleh menyalahkan sub-kontraktor sebab sub-kontraktor ini dibayar sedikit oleh kontraktor utama. Jika harga tawaran bernilai RM50 juta kepada kontraktor utama. Agaknya hanya 40 peratus sahaja modal (kewangan) sebenar untuk menghasilkan produk tersebut, bakinya adalah untuk belanja kasar. Yang 60% lagi adalah yang akan di gunakan untuk keuntungan kontraktor, belanja situ belanja sini termasuk belanja terima kasih kepada kru projek. Maka apa hasil yang bermutu yang kita harapkan jika begini situasinya?

Wednesday, December 2, 2009

LIHAT DIRI SENDIRI SEBELUM MENUDUH ORANG LAIN

Sejak kebelakang ini saya perhatikan ramai individu yang suka sangat mengata (menuduh) orang lain sedangkan apa yang dikata itu diragui kebenarannya. Saya perhatikan juga ada di kalangan orang yang mengata (menuduh) itu perangainya pun macam apa yang didakwa dibuat oleh orang lain. Oleh itu wahai sipengata yang terbaca blog saya ini supaya berubahlah kepada yang baik. Jangan memusuhi sesama Islam, jika tidak puas hati pergi jumpa dan berbincang dengannya.

Terima kasih

Tuesday, December 1, 2009

Buku dan Quran terletak di depan berhampiran Mimbar

Saya mencadangkan semua surau dan masjid membuat pembaharuan dari segi susun atur buku-buku rujukan atau al Quran. Saya perhatikan banyak surau dan masjid yang mempunyai buku-buku agama, naskah Al-Quran, buku yasin tetapi ia diletakkan dalam almari di hadapan tempat imam atau di sebelah Mimbar atau di dalam almari di dinding saf depan.

Untuk pengetahuan kebanyakan yang hadir di surau atau masjid teringin juga membaca buku-buku ugama, buku doa, buku yasin dan seumpamanya sementara menunggu waktu solat. Malangnya buku-buku tersebut berada di hadapan. Ketahuilah ramai yang masih segan-segan untuk pergi ke depan untuk ambil buku-buku tersebut. Seandainya buku-buku tersebut berada di bahagian belakang atau di tiang tengah, saya rasa buku tersebut tidaklah sunyi - pasti ada yang mencapainya. Saya juga cadangkan almari buku tersebut tidak perlu berpintu atau bercermin supaya senang orang mengambilnya.

Jadikan surau dan masjid mesra pengguna.

Sunday, November 29, 2009

Masih ada individu yang membuang Lampin Bayi Pakai Buang di merata-rata

Tadi saya singgah solat maghrib di sebuah surau di Ibu Kota. Saya parking kereta di luar pagar surau tersebut. Apabila saya keluar saya ternampak satu lampin bayi dari jenis pakai buang terletak di kaki lima tempat parking tersebut. Dalam hati saya, siapalah pulak yang masih tergamak membuang lampin tersebut merata-rata.

Kesimpulan yang saya buat ialah Masih Ada Lagi Individu Yang sifatnya suka membuang sampah merata-rata.

Harap pembaca Blog SuperMind@MindaBistari tidak berperangai begitu. Sama-samalah kita mendisiplinkan diri kita untuk kebaikan generasi akan datang.

Friday, November 27, 2009

Menghayati Ibadah Korban

Sempena Hari Raya Korban ini saya bersyukur kepada Allah kerana menjadikan orang-orang Islam di Malaysia sangat permurah hingga sanggup mengorban sebahagian hartanya untuk menyempurnakan ibadah korban. Syukur Alhamdulillah sebab saya mendapati walaupun keadaan ekonomi yang merudum pada tahun ini tetapi kadar binatang korban bertambah di Masjid atau Surau.

Cuma pada tahun-tahun akan datang saya berharap pengagihan daging korban hendaklah diperhalusi semula atau perlu dibuat homework yang lebih sikit oleh orang yang berkorban atau wakilnya. Saranan ini supaya orang yang benar-benar memerlukan daging korban pastikan dapat. Apa yang saya perhatikan ialah kesukaran untuk mengagihkan daging sebab tidak tahu siapa yang betul-betul perlu. At last diberikanlah kepada orang yang membantu melapah, sebahagian dimakan beramai-ramai, jiran-jiran terdekat (walaupun jiran tersebut berkemampuan), sedara mara dan sesiapa sahaja yang datang dimajlis sembelihan.

Di Malaysia ini ramai lagi orang yang betul-betul memerlukan tapi kenalah buat homework sikit. Kita perlu kenalpasti target sebelum sembelihan lagi.

Sama-samalah kita cari caranya.

Sekian

LELAKI ISLAM JUGA PERLU TUTUP AURAT

Baru-baru ini saya menegur Gadis Melayu berseluar pendek yang kian bertambah pada masa ini. Di sini saya juga menyeru kepada kaum lelaki supaya elakkan diri dari memakai SELUAR PENDEK YANG MENAMPAKAN LUTUT sebab batas aurat lelakiialah di antara lutut dan pusat.

Jika anda pakai maknanya anda telah melakukan perkara yang HARAM.

Thursday, November 26, 2009

Selamat Menyambut Aidil Adha

Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Korban. Semuga diri kita semua sanggup berkorban demi menegakkan tuntutan agama yang sempurna yakni Islam. Azamkan diri kita supaya berubah kepada yang baik bagi setiap aktiviti yang kita lakukan.

Tinggalkan amalan buruk yang masih kita lakukan.

Selamat Berkorban!

Tuesday, November 24, 2009

Empat (4) Golongan Manusia, Mana satu pilihan Anda?

Manusia terdiri daripada 4 golongan iaitu:
1) Dikenali di Bumi dan dikenali di Langit
2) Tidak dikenali di Bumi tetapi dikenali di langit
3) Dikenali di Bumi tetapi tidak dikenali di langit
4) Tidak dikenali dibumi dan tidak dikenali di langit

Sangat beruntunglah golongan 1 dan beruntunglah golongan 2
Rugilah golongan 3 dan sangat rugilah golongan 4

Muhasabah diri kita. Semoga kita berada dalam golongan 1 atau golongan 2.

Monday, November 23, 2009

SAMA-SAMA MENJAGA INTEGRITI DALAM SEMUA URUSAN

Baru-baru ini saya berpeluang mendengar taklimat Integriti Diri oleh Institut Integriti Malaysia. Budaya integriti ini perlu dipupuk dari kecil lagi supaya kesedaran dalaman dibudayakan dalam kehidupan seharian. Sekiranya seseorang mempunyai integriti(Jujur, amanah, tabligh, fatanah, ikhlas) mana mungkin beliau sanggup membuang walau sebatang mancis pun ke tanah atau jalanraya.

Semua pekerja sama ada dalam sektor awam atau swasta mestilah berintegriti supaya perkhidmatan atau produk yang dihasilkan mendapat berkat dunia dan akhirat. Adalah tidak beretika atau memang tiada integriti sekiranya berlaku keadaan dimana bayaran main golf atau karaoke di'absorb' dalam bayaran pakej hotel (hidden cost) semasa mengadakan function di Hotel. Harap ini tidak berlaku dalam agensi kerajaan.

Kepada yang kaki ponteng kerja, jauhkan amalan tersebut. Waktu bekerja kita kerja, waktu keluarga kita bersama keluarga. Jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang waktu kerja. Jam 5.30 petang hingga 7.30 pagi waktu keluarga. Pandai-pandailah membahagikan masa. InsyaAllah integriti diri akan terbina dengan beransur-ansur.

Sunday, November 22, 2009

Saya merasa hairan kenapa Gadis Melayu sanggup pakai....

Saya tinggal di Kuala Lumpur. Sejak akhir-akhir ini saya sangat hairan kenapa pada masa ini ramai anak gadis berugama Islam sanggup bersiar-siar dengan hanya berseluar pendek menampakkan paha yang gebu. Udahlah gitu bajunya pun menampakkan sebahagian barang berharga. Tahukah anda bahawa ramai PERAGUT-PERAGUT NAFSU di sekitar anda?

Di ruang blog ini saya merayu kepada semua anak gadis melayu Islam atau anak gadis beragama Islam (tak kira etnik) yang kebetulan membaca blog ini, sekiranya anda merupakan salah seorang pengamal seluar pendek SUPAYA jangan berbuat demikian di tempat awam. PLEASE.

Kalau dirumah bersama mahram tu takpelah juga.

Selamat berubah.

Minda Bistari

Saturday, November 21, 2009

Alangkah Indahnya Jika Jemaah Subuh Seperti Jemaah Jumaat

Kita umat Islam seharusnya bersama-sama berusaha Solat Subuh berjemaah sehingga jemaah Solat Subuh sama ramai dengan Jemaah Solat Jumaat.

Rujuk buku Keajaiban Solat Subuh (The Miracle of Solat Subuh) oleh Dr Raghib Al Sirjani diterjemah oleh Desmadi Saharuddin dan disemak oleh Dr. Mohd Puzhi bin Usop.

Di muka belakang buku tersebut ditulis seperti di bawah:

Sebegitu mulia solat Subuh sehinggakan mengerjakan solat sunat dua rakaat pada waktu melebihi nilai dunia dan segala isinya. Sungguh luar biasa! Pada waktu itu pula para malaikat berganti tugas antara malaikat yang bertugas pada waktu malam dan malaikat yang bertugas pada waktu siang. Betapa mulia waktu ini!

Masihkan kita ingat dengan waktu kehancuran kaum 'Ad dan kebinasaan kaum Tsamud? Masihkah kita ingat dengan peristiwa penaklukkan benteng Tustar yang dikenali sebagai benteng paling kuat di dunia pada masa itu? Masihkah kita dengan kejayaan Quthuz, seorang panglima Muslim yang berjaya menghancurkan kekuatan pasukan Tafar di 'Ain Jaluth? Semua peristiwa penting itu terjadi pada waktu Subuh. Betapa berkah waktu subuh itu!

Friday, November 20, 2009

Kenapa Surau Berkunci? Bukalah sebahagian!

Akibat ramainya pencuri di masjid dan surau maka AJK masjid/surau membuka pintu pagar hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja. Akibatnya ramai orang yang hendak singgah di surau untuk solat hampa. Baru-baru ini saya hendak ke dewan masyarakat di Taman Ibu Kota kerana ada function jam 2.30 petang. Oleh sebab saya belum solat maka saya pergi ke surau terdekat (kira-kira jam 2.15 petang). Mula saya ke surau Taman Medan Idaman tapi hampa sebab pagarnya berkunci. Saya pun pergi ke surau Taman Ibu Kota tapi hampa lagi sebab pagar surau itu pun berkunci. Mujurlah di dewan taman ibu kota itu ada surau. Alhamdulillah.

Saya cadangkan supaya surau direka bentuk supaya ada kawasan berkunci dan ada kawasan yang boleh diakses oleh orang awam yang ingin bersolat pada bila-bila masa.

Hanya orang-orang beriman sahaja yang layak memakmurkan rumah Allah. Maka lebih ramai orang singgah untuk solat di surau kita maka insyaAllah, Allah akan mengurangkan orang jahat merosakkan surau kita.

ASTRO OASIS DISARAN TIDAK MENYIARKAN IKLAN SUBAHAH

Umum mengetahui Astro Oasis merupakan saluran yang membina Modal Insan dengan sajian-sajian keagamaan dan nasihat yang berguna. TETAPI SAYANG ia juga menyiarkan iklan-iklan yang tidak berapa manis, umpamanya iklan Sehati Berdansa dan lain-lain iklan cerita-cerita drama yang di dalamnya ada adegan sentuhan bukan mahram. Saya peminat Astro Oasis tapi tak minat tengok iklannya. Harap dapat terus meningkatkan kualiti siaran.

Waktu Kerja Efektif telah digariskan dalam Islam

Umat Islam diwajibkan mengerjakan solat sebanyak 5 kali sehari. Digalakkan juga bersolat secara berjemaah iaitu beramai-ramai dan diketuai oleh Imam.

Jika kita hayati di antara Subuh dan Zohor ianya adalah waktu yang agak panjang iaitu kira-kira 7 Jam. Tempoh ini adalah tempoh yang menyegarkan iaitu tempoh yang paling efektif untuk bekerja.

Di antara Zohor dan Asar adalah lebih kurang 2 jam 30 minit. Tempoh ini adalah tempoh yang kurang efektif sebab itulah selepas 2 jam 30 minit bekerja kita harus berehat (solat Asar berjemaah). Selepas solat Asar, kita diberi masa selama lebih kurang 3 jam iaitu untuk pulang ke rumah dan beriadah (bersukan/exercise) sebelum berjemaah Maghrib. Diantara Maghrib dan Isyak, kita diberi masa lebih kurang 1 jam 30 minit dan ini sudah cukup untuk kita membaca Quran atau mendengar tazkirah.

Selepas Isyak iaitu sebelum tidur jam 11.00 malam, kita bolehlah bersama keluarga atau mengunjungi jiran atau menunjuk ajar anak-anak.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap amalan solat berjemaah ini bolehlah diamalkan di semua pejabat sama ada di pejabat kerajaan atau pun di pejabat swasta. InsyaAllah kerja yang kita kerjakan mendapat keberkatan dan lebih produktif.

InsyaAllah.

Wednesday, November 18, 2009

HENTIKAN PROGRAM REALITI

Petikan dari Utusan Malaysia Online 18 November 2009

Hentikan program realiti

Oleh YULPISMAN ASLI
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 17 Nov. - Program realiti seperti Sehati Berdansa, Akademi Fantasia dan Mentor wajar dihentikan kerana ia menggalakkan pembaziran di kalangan masyarakat.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Abu Samah Shabudin berkata, kewujudan program-program seumpama itu juga hanya menguntungkan stesen televisyen dan syarikat telekomunikasi terbabit.

Sedangkan katanya, budaya berbelanja tidak seharusnya mendorong masyarakat atau pengguna melakukan pembaziran terutama dalam keadaan ekonomi dunia yang masih tidak menentu sekarang.

"Pada saya program seperti ini menjurus kepada pembaziran kerana ibu bapa terpaksa menambah nilai kad prabayar telefon bimbit bagi membolehkan anak-anak mereka turut serta. Keadaan seperti ini perlu dihentikan," katanya .

-----------------------------------
Ulasan

Saya menyokong penuh saranan dari Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang di atas. Malah saya pernah tulis dalam blog ini pada 12 November lalu supaya program SEHATI BERDANSA perlu diberhentikan sebab bukan budaya kita SUAMI ISTERI terlonjak-lonjak depan orang ramai.

Harap saranan di atas jangan hanya tinggal saranan sahaja.

Monday, November 16, 2009

DENGARLAH IKIM.FM dan RADIO 24

Sepanjang pengamatan saya Radio IKIM.FM dan RADIO 24 (bernama) merupakan 2 saluran radio yang boleh membentuk insan mulia dan berpengetahuan. Saluran lain asyik HIBURAN-HIBURAN-HIBURAN tak percaya cuba dengar.

Oleh itu saya seru kepada pembaca blog Supermind/MindaBistari DENGARLAH IKIM.FM dan RADIO 24.

Beri sokongan kepada saluran Radio Yang Baik.

Keadaan Sekeliling Akan Mempengaruhi Diri Kita

Persekitaran banyak mempengaruhi tindakan kita. Jika kita tinggal di tempat yang sunyi sudah pasti kita berasa seram dan takut terutama pada waktu malam. Jika kita berada ditempat maksiat, sedikit sebanyak kita akan terikut nak buat maksiat (kecuali tahap kesabaran kita tinggi). Jika kita (lelaki) berada disekeliling gadis-gadis seksi sudah pasti iman tergugat kecuali kita kuat melawan nafsu. Tetapi berapa ramai yang kuat imannya sekarang? Oleh itu, saya berharap pihak berkuasa dapatlah buat sesuatu supaya dapat mengurangkan gadis-gadis seksi dipersekitaran kita.

Sekarang dah ramai sangat orang berbaju tapi macam tak berbaju.

Akibatnya, berapa ramai orang rogol orang? berapa ramai anak luar nikah? berapa ramai yang ditangkap berkhalwat? berapa ramai pasangan bersekedudukan?

Tolonglah kurangkan dengan cara menggubal ETIKA BERPAKAIAN RAKYAT 1MALAYSIA dan dikuatkuasakan.

Thursday, November 12, 2009

SEHATI BERDANSA PATUT DIBERHENTIKAN

Program yang lebih banyak buruknya dari baiknya patut diberhentikan saja. saya perhatikan suami isteri terlonjak-lonjak depan orang ramai dan kadang-kadang keterlaluan (sebab nak menang) bukan budaya 'tak kan Melayu hilang di dunia'.

Kata-kata Nasihat di antara 2 buah lagu

Cadangan supaya menyelitkan kata-kata nasihat (iklan nilai murni) di antara dua buah lagu dalam mana-mana rancangan muzik atau Top Hit. Iaitu sebelum memainkan lagu berikutnya siarkan iklan seperti ' Jauhilah dadah kerana dadah itu merosakkan diri anda, jangan sia-sia tenaga muda anda'. atau 'sudahkan anda solat? jangan lupa solat dalam waktunya'

strategi paksa dengar

Tuesday, November 10, 2009

PNM perkenal sudut bacaan dalam kereta api

Tahniah kepada Perpustakaan Negara Malaysia kerana memperkenalkan sudut bacaan dalam kereta api. Pagi tadi saya berpeluang naik LRT. Saya terlupa nak bawa buku. Jadi saya pun cuba baca tanpa buku. Rupa-rupanya tanpa buku pun kita boleh membaca.
Apa yang saya buat ialah lihat di persekitaran kemudian buat analisis. Pagi tadi saya lihat baju yang dipakai oleh orang disekeliling. Saya pun buat analisis. Saya dapati ramai orang suka pakai baju batik bagi perempuan dan baju tanpa corak bagi lelaki.

Sunday, November 8, 2009

Bukan Senang Menjadi Seorang Doktor

Saya baru balik dari Hospital K****L*****. Saya ke sana kerana anak jiran kemalangan jalanraya. Motosikal dilanggar oleh Kereta. Mujurkan pemandu kereta yang melanggar anak jiran saya ini sudi menghantar beliau berdarah ini ke Hospital K**** L*****.

Alhamdulillah segalanya telah selamat tetapi terpaksa dibawa ke Hospital Selayang kerana hati anak jiran saya ini terkoyak. Pakar hati hanya ada di Hospital S******g.

Tapi itu bukan topik yang saya nak bincang. Saya cuma nak maklumkan bahawa bukan senang menjadi seorang doktor. Doktor kena kuat semangat. Doktor kena penyayang. Doktor kena menjelaskan keadaan pesakit secara berhemah dan bertoleransi.

Saya lihat doktor tu letih aje sebab banyak kes emergency pada satu-satu hari.

Oleh sebab anak jiran saya akan dipindahkan ke Hospital S******g dan sambil menunggu Ambulan, Doktor yang bertugas menenangkan keluarga, katanya sabar lebih kurang 5 hingga 10 minit adalah Ambulan.

Rupa-rupanya 5 hingga 10 minit di hospital bersamaan 30 - 50 minit masa sebenar.

Saturday, November 7, 2009

TAHNIAH NEGERI SEMBILAN

Dengar kata Stadium Bukit Jalil malam tadi penuh sesak dengan peminat kedua-dua belah pihak yang bertanding. Populariti bolasepak kembali meningkat ekoran insiden-insiden sebelum ini. Rupa-rupanya insiden-insiden yang hangat sebelum ini menjadi satu daya tarikan atau promosi untuk perlawanan bolasepak akan datang. Semoga bolasepak negara akan lebih maju dan aksi-aksi agresif (tetapi jangan terlampau)peminat perlu dipertingkatkan juga demi untuk menarik minat orang ramai untuk menonton secara LIVE di stadium.

STADIUM PENUH - PEMANGKIN KEMAJUAN BOLASEPAK NEGARA

Saya bukan jenis 'perigi cari timba' - Fasha Sandha

Tajuk di atas saya petik dari sebuah akhbar bertarikh Ahad 8 November 2009. Tapi bukan itu yang nak saya nyatakan di sini tetapi saya nak luahkan yang rasa tidak berkenan saya sebab dalam banyak-banyak gambar Fasha Sandha, gambar seksi Fasha Sadha yang dipamirkan di MUKA HADAPAN akhbar. Bukankah banyak lagi gambar lain Fasha Sadha yang bertudung atau lebih sopan yang boleh dimuatkan?. Cerita yang dimuatkan itupun tak relevan dengan gambar.

Akhbar merupakan satu instrumen yang boleh mendidik masyarakat menjadi insan kamil. Akhbar juga boleh (lebih mudah) menjerumus masyarakat ke lembah kehinaan. jadi harapan saya kepada pengusaha akhbar supaya lebih bertanggungjawab kepada kesejahteraan ummah.

Biarlah pendapatan yang kita perolehi itu mendapat Redha ALLAH.

Berselindung di Sebalik Kedai Yang Eksklusif

Sejak kebelakangan ini Restoran-restoran bukan Muslim telah dapat menarik pelanggan dari kalangan orang Islam dengan cara menaiktarafkan restorannya menjadi Ekslusif seperti menambah perkataan kopitiam, cafe, house, resipi dan sebagainya. Saya selalu memerhatikan ramai orang-orang Islam yang membawa keluarga makan termasuk anak-anak kecil di restoran-restoran tersebut.

Sekarang ini seolah-olah orang-orang orang Islam dah tidak kisah lagi pasal halal haram makanan yang dimakan. Janganlah menyalahgunakan perkataan 1Malaysia bagi menghalalkan yang haram.

Saya pernah pergi ke Jepun dan berjumpa dengan orang Turki. Saya tanya orang turki itu. Dia Islam tapi dia tak sembahyang sebab mak bapak dia tak kisah dia tak sembahyang. Dia Islam tapi dia makan babi sebab di sana pasal makan ni tiada siapa peduli.

Saya bimbang kalau sekarang kita (orang Islam) tidak kisah pasal makan terutama kepada anak-anak. Tak taulah apa nak jadi 10 atau 20 tahun akan datang.

Tengok di tempat nombor ekor, ramai orang islam masih beli nombor sebab dulu memang biasa orang lama-lama beli nombor tak caya tanya orang lama. Anak2 dulu dah besar jadi mereka tak kisah beli nombor sebab mak bapak dia dulu beli.

Heee takutnya aku.

Friday, November 6, 2009

Kenapa Bumi ditimpa Hujan?

Cuba bayangkan jika bumi tidak disiram Hujan! Pasti bumi kotorkan?.
Sebabnya, sekiranya hujan tidak turun maka banyaklah kekotoran di muka bumi ini. Apa tidaknya. Lembu berak atas bumi. Burung berak atas bumbung kereta. Orang meludah atas jalan. Bangkai ayam expired juga ada atas bumi. Jadi apabila hujan, semua yang saya sebut di atas akan dibersihkan.

Rumput, kalau tidak disiram akan Mati

Hati saya terpikat dengan surah Al=A'LA. Lihat terjemahanannya yang saya cabut dari naskah Al-Quran dan Terjemahannya (Rasm Uthmani) terbitan Pustaka Darul Aman.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
SUCIKANLAH NAMA TUHANMU YANG MAHA TINGGI.
YANG MENCIPTAKAN, LALU MENYEMPURNAKAN (PENCIPTAANNYA)
YANG MENENTUKAN KADAR (MASING-MASING) DAN MEMBERI PETUNJUK.
DAN YANG MENUMBUHKAN RERUMPUTAN,
LALU DIJADIKAN-NYA (rumput-rumput) ITU KERING KEHITAM-HITAMAN.

KAMI AKAN MEMBACAKAN (aL-qURAN)KEPADAMU MUHAMMAD SEHINGGA ENGKAU TIDAK AKAN LUPA.
KECUALI JIKA ALLAH MENGHENDAKI. SUNGGUH DIA TAHU YANG TERANG DAN YANG TERSEMBUNYI.
DAN KAMI AKAN MEMUDAHKAN BAGIMU KE JALAN KEMUDAHAN (MENCAPAI KEBAHAGIAAN DUNIA DAN AKHIRAT. OLEH SEBAB ITU BERIKANLAH PERINGATAN, KERANA PERINGATAN BERMANFAAT.
ORANG YANG TAKUT (KEPADA ALLAH) AKAN MENDAPAT PELAJARAN.

DAN ORANG YANG CELAKA AKAN MENJAUHINYA. ...... hingga ayat 19.

dari ayat di atas kita dapati bahawa Allah mengajar kita supaya memberi peringatan walaupun sepatah dua kata secara berterusan. Berulang-ulang memberi peringatan tidak mengapa kerana memberi peringatan itu sesuatu yang bermanfaat dan supaya yang diberi ingatan tidak lupa.

Monday, November 2, 2009

Filem Melayu Sekarang Dah Teruk Moralnya

Saya perhatikan filem-filem Melayu baik cerita wayang atau cerita drama TV sudah teruk moralnya. Cuba lihat, banyak adegan tidur dan berpeluk di atas katil. Perempuan pakai seluar pendek. anak perempuan cium bapa (walhal bukan bapa sebenar). Cuba ikuti pula rancangan reality seperti Sehati Berdansa. Itu pun teruk. walaupun suami isteri berdansa tetapi kadang-kadang gelagat suami isteri keterlaluan untuk ditonton oleh orang lain.

لقد لاحظت الملايو الأفلام الجيدة قصة أو فيلم الدراما التلفزيونية وقد moralnya بشدة. يحاول أن يرى الكثير من المشاهد ويرتجف السرير في السرير. النساء ارتداء سراويل قصيرة. cium والد ابنة (angkanya ليس الأب الفعلي). كوبا سوف تتبع مثل الواقع دعونا برنامج الرقص. هذا هو شديد. على الرغم من الزوج والزوجة ولكن أحيانا الرقص المدقع السلوك من الزوج والزوجة للعرض من قبل الآخرين.

I noticed Malay films TV drama/movie has been severely bad morale. Trying to view, many scenes and bed shivering in bed. Women wear shorts. daughter kiss father (actually not her father). Try to follow such as reality Let's dance program. That is severe. although husband and wife dancing but sometimes extreme behavior of husband and wife for viewing by others.

translate menggunakan google translate ==== at least got meaning ======

Saturday, October 31, 2009

COUNTRY'S TOURISM SLOGAN

Malaysia
Malaysia. Truly Asia
Australia
Australia. A different light. We can't wait to say G'day
New Zealand
100% Pure New Zealand
Vietnam
Vietnam. A Destination for the New Millennium
Hong Kong
There's no place like Hong Kong.Hong Kong will take your breath away!
Bangladesh
Come to Bangladesh before the tourists
Philippine
Philippines. More than the usual
Thailand
Thailand. Happiness on Earth. Amazing Thailand - Experience Variety. Amazing Thailand - Dreams for all seasons.
Queensland
Where Else But Queensland.Beautiful one day, perfect the next
Sydney
Manly. Seven Miles from Sydney, a Thousand Miles from Care…
India
Incredible India. India. Eternally Yours
Kerala,India.
Kerala. God's own country.
New South Wales, Australia
There's no place like it (campaign for Sydney & New South Wales)
Indonesia
Indonesia. Ultimate in Diversity.My Indonesia - Just a Smile Away
Singapore
Uniquely Singapore. Live it up in Singapore! Surprising Singapore
Croatia
Croatia. The Mediterranean as it once was
Scottish
Live it. Visit Scotland
Lancashire
Lancashire. It's a real pleasure.
Austria
Austria. At last! Austria. You've arrived
Ireland
Ireland. The Island of Memories... Awaken To A Different World
Greek
Live your myth in Greece. A new point of view. (campaign for Athens, Attica) Greece. Beyond Words.
Wales
Marketing slogan: Wales. Big Country
Cyprus
Cyprus. The Island for All Seasons.Cyprus. A whole world on a single island
Spanish
Smile! You are in Spain! Spain Marks. Spain. Everything Under the Sun
Andalucia
Andalucia. There's only one.
Switzerland
Switzerland. Get natural
Luzern
Luzern. Swiss made.
Latvia
Latvia. The Land that Sings.The Heartland of the Baltic
Andorra
Andorra. The Pyrenean Country.
Iceland
Pure. Natural. Unspoiled. Iceland. The Way Life Should Be.
Sicily,Italy
Sicilia. Everything else is in the shade
Estonia
Estonia. Positively Transforming.

Sumber : http://www.textart.ru/database/slogan/2-tourist-board-advertising-slogans.html

Friday, October 30, 2009

Kes-kes Moral Dalam Akhbar hari Ini Sabtu 31 Oktober 2009

Mayat wanita separuh bogel di temui. - Rogol kemudian Bunuh. - Kerja siapa ini? Kenapa terjadi dalam negara kita?


Peniaga air tebu didakwa membunuh Manatik Hani ( Pembantu rumah warga Indonesia ) - Kerja siapa ini? Kenapa terjadi dalam negara kita?

Sebat Kartika: Nanti perintah Mahkamah. Kenapa ada umat Islam yang minum arak di negara kita?

Pegawai syarikat pelabur didakwa menipu.

Laporan Audit di siasat.

Bekas polis didakwa bunuhj budak lelaki.

Pelajar dipercayai tanam bayi belakang rumah.

Kes gambar Nurin Jazlin dibicarakan.

Kehilangan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.

dan banyak lagi.

Pening lagi kepala saya.

Tuesday, October 27, 2009

Kes HIV, KES Dadah, Kes Ragut, Kes Dera, Kes Rogol

Meningkatnya kes-kes negetif seperti HIV, penagihan dadah, penderaan, rogol, ragut, gaduh, bunuh dan seangkatan dengannya merupakan mesej kepada kita bagi menunjukkan betapa keadaan akhlak manusia masakini semakin TERUK. Peranan individu, keluarga, masyarakat dan pemimpin adalah sama beratnya. Semua harus berkerjasama di antara satu sama lain untuk meningkatkan mutu akhlak masing-masing.

Para pemimpin yang mempunyai kuasa membuat dasar seharusnya berusaha untuk melaksanakan dasar-dasar pembangunan modal insan dengan lebih agresif. Saluran-saluran komunikasi perlu dikawal. Siaran radio misalnya, dari pemerhatian saya hanya Radio IKIM dan Radi24 sahaja yang memandu akhlak kearah berilmu dan berakhlak mulia. Lain-lain siaran radio hanya Muzik-muzik-muzik atau celoteh berbentuk lara.

Manakala siaran TV pula, hanyalah asro OASIS, BernamaTV, Awani, Discovery Channel, History dan TV1(sebahagian)yang baik. Saluran lain banyak buruk dari baik.

Majalah? .... malas nak cerita.

Ketahuilah...apabila individu tidak mendekati Tuhan maka Setan akan mendekati individu itu. Bila Setan mempengaruhi individu tersebut maka individu tersebut tergamak membunuh, merogol, mendera, mencuri, merogol, hisap dadah dan sebagainya yang dapat memuaskan nafsu setan.

Nak perbaiki diri? Amalkan perbuatan baik, tinggalkan perbuatan buruk. Insya Allah, kita akan menghampiri Tuhan. Let's Do it.

Sunday, October 25, 2009

Hidup Di Dunia Amat Singkat

Kita hidup di dunia ini amat singkat. Paling lama 100 tahun. Purata hanya 60-70 tahun. Oleh itu eloklah mulai dari sekarang kita berusaha untuk jadi baik dan membuat apa yang Allah suka dan meninggalkan apa yang Allah tidak suka.

Fitrah manusia semulajadi ialah inginkan yang baik-baik. Kalau kita lihat kehidupan harian kita apa sangat yang kita perlukan. Kita nak makan sedap. kita nak rumah selesa. kita nak kenderaan baik. kita nak pakaian cantik. kita nak pasangan menyenangkan. lain daripada itu hanyalah assessori. So bila kita pilih assessori, pilihlah yang baik-baik. contohnya kita tolonglah orang susah. Kita berilah peringatan baik kepada masyarakat sebab peringatan itu bermanfaat. Kita bangunkanlah negara kita dengan cara makruf. biar tiada bangunan besar asalkan rakyat kita berilmu dan berakhlak mulia. Bila rakyat berilmu dan berakhlak mulia sudah pasti outcomenya baik.

Sebenarnya apa yang saya nak orang lain buat ialah:

Tinggalkan perbuatan buruk. Amalkan perbuatan baik. Perbuatan baik dan Perbuatan Buruk saya rasa semua orang tahu sebab FITRAH manusia inginkan kebaikan.
Hanya orang yang sabar sahaja yang boleh memenuhi fitrah.

Jadilah anda orang yang SABAR.

Saturday, October 24, 2009

Thanks To GOOGLE

The day more and more facilities provided by GOOGLE. Google translate's provided by Google allows text, web page and documents translated into many languages. Congratulations Google. Go to http://translate.google.com for more details.

Friday, October 23, 2009

JENAYAH OLEH WARGA ASING DI MALAYSIA

Saya semakin pening kepala memikirkan lambakan warga asing di Malaysia sebab banyak kejadian-kejadian jenayah sejak kebelakangan ini dilakukan oleh warga asing. Baru-baru ini 1 syawal kita dapati warga bangladesh berpesta seks dengan gadis tempatan di Pahang. Dua tiga hari ini, warga Sudan disyaki seksa bunuh budak 3 tahun.

Tapi yang saya pelik kenapa Setan-Setan yang bertopeng manusia ini boleh masuk ke Malaysia. Hati saya sungguh sakit. Akibat mereka kita rakyat Malaysia kena duduk di penjara. apa tidaknya rumah kena kunci sepanjang masa. bergrill. pagar kena tutup dan berkunci. Sebab takutkan keselamatan anak-anak, kita kena cari orang gaji untuk jaga. Orang gaji pula di kalangan warga asing juga. eee susah-susah.

Saya cadangkan prestasi badan kerajaan seperti imigresen, pertahanan, polis, tentera laut (yang jaga sempadan) hendaklah dinilai berdasarkan bilangan PATI, bilangan jenayah oleh warga asing. Selagi ada PATI, ada jenayah dari warga asing, agensi tersebut tidak boleh diiktiraf cemerlang seperti pengiktiran yang diberi sebelum ini.

Pelancong juga mestilah yang berkualiti. Ambil pelajar asing juga biarlah ada tapisan halus. cari jalan atau mekanisme supaya orang asing yang masuk Malaysia itu adalah yang berkualiti dan BUKAN YANG KENA BUANG DAERAH.

Saya merapu ni sebab hati saya dah sakit dan saya sayangkan 1Malaysia untuk orang Malaysia bukan 1Malaysia untuk dikongsi bersama dengan Orang Asing Yang Rosak.

BAJET2010 bayaran khas RM500 dipanjangkan ke Gred 41 hingga 54

Perkara 136 dalam teks ucapan bajet 2010, kerajaan memanjangkan bayaran khas RM500 ini kepada penjawat awam gred 41 hingga 54 dan pesara wajib.

Saya berpandangan elok bayaran khas ini juga dipanjangkan kepada semua warganegara Malaysia yang masih hidup sepanjang tahun 2009. kalau congak-congak tak banyak pun.

Katakan Rakyat malaysia berjumlah 28,000,000. Jadi 28,000,000 x RM500 = 14,000,000,000 iaitu hanya RM 14 Billion sahaja. Jika nak kurangkan sikit, beri kepada warganegara yang berumur 12 tahun ke atas sahaja.

Jika cadangan ini dilaksana pastinya memberi impak yang besar & outcome yang menarik.

Thursday, October 22, 2009

Minda Yang Mati

Forum Perdana Ehwal Islam yang disiarkan RTM1 malam ini (22.10.2009) sangat memberi kesan kepada penonton. Malangnya, siapa sangat yang menontonnya. Saya percaya penontonnya adalah terdiri daripada insan yang Mindanya Tidak Mati.

Oleh sebab itu, hendaknya pihak kerajaan mencari jalan supaya rancangan yang berupa peringatan sedemikian ditonton oleh rakyat.

SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU BERMANFAAT.

Tuesday, October 20, 2009

Memartabatkan Kedudukan IMAM

IMAM perlu memainkan peranan penting di dalam pembangunan modal insan. Sehubungan dengan itu IMAM mestilah berupaya memberi tazkirah dan peringatan kepada generasi-generasi muda dan tua supaya menjadi insan yang maju ilmu dan beriman.

Oleh itu IMAM seharusnya menjaga tatasusila dan peribadi masing-masing supaya tidak ada IMAM baik IMAM MASJID atau IMAM SURAU yang menghisap rokok dan duduk dikedai kopi berjam-jam lamanya. Jagalah Martabat IMAM kerana IMAM adalah contoh yang perlu diikuti.

Di sini saya juga menyeru kerajaan supaya menaikkan GAJI IMAM, IMAM BESAR Masjid Negeri sekurang-kurangnya JUSA C. Tapisan ketat haruslah dilakukan supaya tiada IMAM yang dilantik Menghisap Rokok. Gaji yang mencukupi patut diberi kepada IMAM bagi menggalakkan lebih ramai anak muda yang yang bercita-cita menjadi IMAM supaya rakyat Malaysia ramai yang berilmu agama. Bukan ramai yang pandai menyanyi je.

Jadikan profession IMAM idola anakmuda masa depan. Ya... sama-samalah kita memartabatkan IMAM

Wassalam

Sunday, October 18, 2009

ANAK HARAM BERCAMBAH - PETIKAN DARI METRO AHAD 18 OKTOBER 2009

Petikan dari akhbar Metro Ahad, 18 Oktober 2009

Secara purata 235 bayi luar nikah lahir setiap tahun di dua pusat perlindungan wanita di Lembah Klang. Jika dicampur statistik pusat kebajikan lain, kes tidak dilaporkan dan rentetan kejadian buang bayi, angka sebenar pasti berlipat ganda. Ia fenomena membimbangkan dan langkah drastik perlu diambil untuk menghentikannya.

----------------------------------------------------------------------------------
Pandangan MindaBistari
Pada masa ini penyumbang kepada keruntuhan moral masyarakat Malaysia sangat banyak. tiada kawalan yang serius terhadap sumber-sumber berkenaan. Puncanya termasuklah majalah, akhbar, dvd, wayang, tv, internet, pusat hiburan, kedai larut malam dan undang-undang yang longgar.

Saya perhatikan majalah-majalah banyak memaparkan cerita-cerita yang berkisar kepada sex, ala-sex, gambar seksi, cerita pengalaman pertama --- saya tak tahu kenapa KDN luluskan pengeluarannya. Dari segi akhbar pula, pasti ada mengeluarkan gambar artis-artis seksi, rogol, sumbang mahram dan soal jawab hubungan kelamin. DVD pula ada cerita sex yang dijual dimerata-rata (undersea), Internet? lagi teruk. Pusat hiburan di bandar-bandar pula ada tarian seksi dan hubungan bebas.

satu lagi yang saya cukup tak bersetuju ialah Undang-undang dimana bila seorang bukan islam bersekedudukan dengan wanita Islam, tiada undang-undang yang boleh mendakwa orang bukan islam tersebut sedangkan wanita islam dihukum (tapi sangat rengan). Undang-undang seperti ini perlu diubah segera. Sepatutnya sesiapa sahaja yang bersekedudukan tanpa NIKAH, baik orang bukan islam maupun orang islam, pasti dihukum.

Saya sangat berharap pihak berkuasa menangani masalah keruntuhan moral ini dengan SERIUS.

Dari segi pakaian pula, masyaAllah wanita gadis Cina sekarang semakin seksi. Sesungguhnya ia menyiksakan kaum Adam. Berseluar pendek hingga menampakkan pangkal paha telah menjadi trend waktu ini dan kini telah diikuti oleh anak-anak gadis Melayu. Tidakkah pihak berkuasa sedar atau buat-buat tak sedar?

Selagi masalah keruntuhan moral rakyat tidak diatasi selagi itulah Kita Tidak Boleh Mengaku Negara Maju.

Kumpulan Pakar Di Kalangan Pesara Awam

Saban hari ada sahaja penjawat awam yang bersara. Memang tidak dinafikan kebanyakan pesara mempunyai kepakaran tertentu. Oleh itu ada manfaatnya jika ada usaha untuk menghimpunkan pesara-pesara ini mengikut kepakaran atau kemahiran. Masing-masing kumpulan (bidang kepakaran) usahakan supaya kumpulan ini relevan, diperlukan dan menjadi sumber rujukan oleh sektor awam atau swasta.

Mereka boleh jadi pengajar.
Mereka boleh jadi perunding.
Mereka boleh jadi penasihat.
dan sebagainya.

Friday, October 16, 2009

1Malaysia 1Pemimpin 1Rakyat

Sekarang rata-rata orang menyebut perkataan SATU (1). Asal ada tema atau moto mesti ada elemen '1'. Misalnya 1Keluarga 1Komputer. 1Sekolah 1Makmal dsbnya. Nampaknya ini perkembangan yang baik untuk menuju kepada 1Pencipta.

Pada masa ini ramai yang mengucapkan Salam 1Malaysia. atau Selamat Sejahtera 1Malaysia. Ramai juga yang tidak sanggup untuk mengucapkannya kerana bimbang ia salah. Bagi mengatasi masalah ini perlu ada ketetapan dari Majlis Ulama untuk mengesahkan sama ada ia boleh diucapkan atau tidak.

Selamat memberi pandangan.

Wednesday, October 14, 2009

PENGANIAYAAN TERHADAP KANAK-KANAK DAN WARGA EMAS DALAM IKLAN AIRASIA

Petikan dari blog http://shamsuleffendey.wordpress.com/2009/05/14/iklan-lucah/
"
Apa yang aku nak bangkitkan berkenaan satu iklan syarikat penerbangan yang agak melampau pada pendapat aku. Syarikat tersebut, Air Asia mengiklankan pengalaman 2 orang penumpang menggunakan model terbaru kapal terbangnya, Airbus.

Pengalaman seorang cucu dan neneknya yang menceritakan pengalaman menggunakan perkhidmatan penerbangan Air Asia kepada kedua ibu-bapanya. Tiba-tiba terpapar adegan lucah yang dipertontonkan kepada umum kemudiannya, yang tidak patut sama sekali diperkatakan oleh budak kecik tersebut. Gambar ketika itu menfokuskan bontot dan payudara pramugari yang dikatakan ‘HOT’ oleh neneknya itu. Babak akhir iklan sekali lagi memaparkan gambar kandid yang diambil budak kecik tersebut menunjukkan bahagian bontot pramugari yang memakai skirt ketika itu. Umum pasti dah tau skirt merupakan pakaian rasmi pramugari syarikat Air Asia itu. Sementara itu ibu-bapanya yang membaca kisah itu didalam poskad yang telah dikirim oleh anaknya itu hanya tersenyum gembira.

Amatlah memalukan bagaimana budak kecik yang masih bersih akal fikirannya telah dikotori dengan iklan-iklan sebegini. Ianya mungkin bakal menarik minat kanak-kanak yang sebaya dengannya untuk meniru lakonan budak kecik tersebut. Bayangkanlan bila dah besar budak ini, apa yang akan diwarisi dari sikapnya sejak kecik itu?"

---------------

Komen: Mungkin kanak-kanak dan nenek tersebut gembira kerana perkhidmatan lain dan tidak bermaksud suka kepada yang terlampau itu tetapi arkitek iklan telah menganiayai mereka. Saya syorkan kanak-kanak dan nenek tersebut membuat saman malu.

Friday, October 9, 2009

TIPS BERHENTI MEROKOK SUPERMIND/MINDABISTARI

PERLU DIBUAT SERTAMERTA, IKUT TURUTAN

Langkah 1. Fahamkan ayat ini.

Kita diminta oleh pencipta supaya memelihara (menjaga) diri kita sendiri. Untuk menjaganya, kita mestilah menghalang apa-apa sahaja yang merosakkan diri kita. Perbuatan merokok itu, Merosakkan diri atau tidak?
Jika anda betul-betul yakin yang merokok itu boleh merosakkan diri, teruskan ke Langkah ke 2. Jika tidak yakin, ---lupakan hasrat nak berhenti tu.

Langkah 2. Niat

Cuba niatkan bahawa anda tak mau hisap rokok lagi sebab rokok itu merosakkan diri. Jika anda merokok maknanya anda tak sayang diri sendiri. Tak sayang diri sendiri maknanya anda tak endah kehendak pencipta.

Langkah 3. Jangan hisap langsung.

Selepas anda niat, anda jangan hisap langsung walaupun sebahagian. Hari paling sukar ialah 3 hari pertama. Kesukaran berkurangan dalam masa 3 bulan. Keinginan masih ada dalam masa 1 tahun (bau rokok masih sedap). Lepas setahun rasa keinginan sudah pudar. Selepas 2 tahun, anda mula rasa heran kenapa orang tak berhenti rokok. Selepas 3 tahun anda mula tak respek kalau ada imam yang merokok. Dan anda mula rasa busuk bau rokok. selepas 4 tahun, INSYAALLAH akan berhenti terus.

Mudahkan? 1,2,3 berhenti.

SIAPA YANG LEBIH BAIK MENEROKA BUMI DAN MEMAKMURKANNYA? ORANG DULU ATAU ORANG SEKARANG?

Perhatikan Ayat[9]Surah(RUM)dalam AlQuran.
"
Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.
"
----- Jadi fikirlah sendiri -----

Saturday, September 26, 2009

STATISTIC REFFERAL CENTRE by SuperMind/MindaBistari

Jumlah Penduduk Dunia

(KM PERSEGI): Jumlah Penduduk
DUNIA 510,072,000 : 6,759,596,742
1 China 9,596,960 : 1,335,705,906
2 India 3,287,590 : 1,160,254,802
3 USA 9,826,630 : 305,640,105
4 Indonesia 1,919,440 : 239,400,901
5 Brazil 8,511,965 : 197,974,204
sumber: GeoHive Online & http://sitaro.wordpress.com

Jumlah Penduduk Malaysia
2007: 27.17 juta; 2008: 27.73 juta: 2009: 28.31 juta , data pada 31 Julai 2009, sumber www.statistics.gov.my

Bilangan Umat Islam
Seluruh Dunia : 1.3 billion
Singapura:313,780 Melayu, 45,927 India, 2,687 China dan 6,891 Arab.
Thailand: 1,769,818 di lima wilayah selatan dan 274,100Di Bangkok
sumber utusan malaysia 26-7-2009 dalam ruangan rencana

Penduduk Islam Dunia kini 1.57 billion, sumber terbaru dari Utusan Malaysia 9-10-2009

Kematian
Setiap tahun ketagihan rokok menyebabkan kira-kira 3.5 juta kematian di seluruh dunia dan jumlah itu dijangka bertambah kepada 10 juta setahun pada tahun 2020 dan seterusnya, dan 7 juta daripada kematian itu adalah di negara membangun. Lima puluh peratus daripada kematian yang sia-sia itu kini berlaku kepada orang pertengahan umur (35-69), yang kerugian kira-kira 22 tahun jangka hidup biasa. "Setiap hari, hampir 10,000 orang mati di seluruh dunia akibat penggunaan tembakau."
Sumber: http://mindasuper.com/v2/index.php?Itemid=31&id=137&option=com_content&task=view

Bilangan Banduan
Sehingga 28 September 2009, terdapat seramai 36,000 banduan di 39 penjara, pusat tahanan dan perlindungan di Malaysia.
Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1007&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_28.htm

Bilangan Anggota Rela

Keanggotaan RELA sehinga 30 September 2009 ialah 596,799 anggota
Sumber : http://www.moha.gov.my/template04.asp?SectionID=1&SectionContentID=168

Baik Buruk Bazar Larut Malam Danau Kota Setapak

Kewujudan BAZAR LARUT MALAM DANAU KOTA SETAPAK telah mengubah landskap persekitaran taman Danau Kota yang terletak sepelaungan dari Pusat bandaraya Kuala lumpur. Danau Kota kini dikenali seluruh negara dengan produk Bazar Larut Malam yang paling ramai pengunjungnya.

Pun begitu banyak keluhan dan rasa tidak puashati penduduk di Taman Setapak Indah, Taman Ibu Kota dan Taman Danau Kota kerana pada waktu malam pergerakan penduduk menjadi terbatas disebabkan keadaan jalanraya yang sesak iaitu tidak terurus, Satu lagi kesan negetif ialah sikap peniaga yang meninggalkan Van-Van yang buruk ditempat-tempat parking di persekitaran menjadikan Danau Kota akan terkenal dengan Kawasan Simpanan Van-Van Buruk. Van-van ini sebenarnya stor barang-barang peniaga.

Kalau mereka bayar parking (sewa parking) pun, ia akan merosakkan keindahan Danau Kota sebab memang kehadiran van-van ini mencemarkan kawasan Danau Kota. saya harap DBKL akan mengambil perhatian perkara ini.

Satu lagi yang saya tak minat tengok ialah ramai pengunjung merupakan pasangan muda. entah dah kawih ke belum. Orang keluar malam ni pakaiannya lain macam. tak caya cubalah tengok sendiri. peniaga perempuan pula ada yang hisap rokok. Jika Bazar Larut Malam akan melahirkan makhluk asing (di luar tatasusila insan yang diredhai Allah) adalah lebih baik tak payah adakan bazar Larut Malam.

Apa kata kita tukar Bazar Larut Malam kepada Bazar Pengajian Malam, adakan juga jualan tetapi banyak aktiviti pembelajaran dan pembentukan insan kamil.

Pandangan Super Mind / Minda Bistari Mengenai Ops Sikap

Ops Sikap yang telah dilaksanakan sejak lebih 10 tahun lalu tidak langsung membantu mengurangkan bilangan kemalangan di jalanraya. Ops tersebut lebih kepada mengutip mencatat statistik dan melaporkan statistik sahaja. Tiada makna langsung bila dilaporkan ada pengurangan kemalangan maut pada hari ini berbanding semalan sebabnya esok mungkin bertambah semula.

Saya cadangan supaya pihak berkuasa sama ada polis,rela atau PBT buat operasi mengawal lalulintas di setiap Lampu Isyarat semasa musim perayaan. saya cadang sebegini sebab kesesakan biasanya berlaku di Lampu isyarat. Sebabnya ialah pemandu terpaksa tunggu lampu bertukar hijau untuk jalan sedangkan kenderaan di hadapan tiada. Kenderaan dari arah bertentangan juga tiada. Dari kanan juga tiasa. dari kiri juga tiada. biloa keadaan ini berlaku sudah pasti pemandu akan tension. Dalam keadaan ini ada pemandu yang tak sabar terus ikut bahu jalan dan langgar lampu isyarat.

Maksud saya keadaan tertentu akan menjadikan pemandu hilang pertimbangan.

Pihak berkuasa perlu cari kaedah lain untuk mengurangkan kemalangan. Di antaranya
1. Menyediakan jalan lori, kereta dan motosikal berasingan bagi kebanyakan tempat.
ii. Pemandu baru tidak dibenarkan memandu pada jarak xxx kilomter pada satu hari.
iii. Pemandu kereka baru tidak dibenarkan memandu pada jarak yyy kilometer pada satu hari.
iv. dan lain-lain yang difikitrkan dapat kurangkan kemalangan,

Monday, September 21, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya Melalui SMS

Sejak kebelakangan ini ramai yang menggunakan medium SMS sebagai saluran untuk menyampaikan sebarang ucapan termasuk ucapan Selamat Hari Raya. Walaupun rata-rata berpendapat menggunakan Kad Ucapan lebih berkesan daripada SMS tetapi reality nya penggunaan Kad Ucapan kian merosot dan penggunaan SMS dan emel lebih popular. Ini bermakna kemajuan teknologi akan mengubah taburan ekonomi manusia. Kalau dulu (semasa penggunaan Kad Ucapan), rezeki kepada pembuat, pengedar dan pengeluar setem bertambah. Tetapi kini rezeki syarikat telekomunikasi yang bertambah. Oleh itu syarikat telekomunikasi perlulah berkongsi rezeki dengan pengguna. Caranya ialah memberi rebet kepada pengguna yang menggunakan banyak SMS atau cara lain yang sesuai.

Kepada pembuat-pembuat kad raya, anda pun kena tukar cara atau strategi. Jangan buat kad kecuali dengan TEMPAHAN. Atau buat hanya sekadar ada. Atau buat promosi dan jual siap dengan setemnya sekali. Atau war-warkan perkhidmatan membuat kad raya secara tempahan siap dengan packaging iaitu: Pengguna hanya perlu memilih design, memberikan nama dan alamat penerima dan bila expected tarikh untuk dihantar. Syarikat akan menguruskan sehingga kad tersebut sampai ke penerima.

Thursday, September 17, 2009

Key Word Popular Kata Kunci Popular

Kata kunci popular boleh di perolehi dalam http://www.keywordcountry.com

Memasukan kata kunci polular dalam blog atau laman web anda akan membantu blog atau web anda termasuk di dalam senarai search result yang dilayari. Bila tersenarai ada kemungkinan orang akan melayari blog atau web anda. bagaimanapun gunakanlah key word yang benar-benar sesuai dengan content blog/web anda.

VACATURES ICT, ICT POLICY, ICT SERVICES, LOANS MORGAGE, CREDIT LOANS, EQUITY LOANS, new cars, car used, car rental, hotel reservations, hotel discount,pearls swine, swine flu, perals before swine, architecture design, home design architecture, dll

Wednesday, September 16, 2009

Hari Raya dan Kemalangan Jalan Raya

Sudah menjadi sinonim bila musim raya banyak kejadian kemalangan jalanraya. Sebenarnya banyak punca yang menyebabkan bertambahnya kemalangan jalanraya di musim perayaan.
Diantara sebab-sebanya ialah:
1. Ramai yang berada di jalanraya.
2. Ramai yang memandu kereta baru.
3. Ramai yang baru pertama kali memandu jarak jauh.
4. Ramai yang berlagak untuk menunjukkan dia hebat di jalanraya
5. Ramai polis dijalanraya menyebabkan ada yang terlalu berhati-hati takut disaman dan ada juga yang tak kisah sebab sama boleh ditangguh bayar sehingga diskaun diberi.
6. Ramai juga yang tak sempat baiki kereta maka ia rosak diperjalanan.
7. Ramai juga yang tak tau undang-undang jalanraya.
8. Ramai juga pemandu pemandu kurang SIUMAN.
9. Ramai pemandu tua, mengantuk dan berkhayal.
10. Buatlah kajian sendiri.

Saya cadang Jabatan Keselamatan Jalanraya kena lebih aktif mencari penyelesaian dan bukan sekadar buat pamiran kesedaran jalanraya di Shopping Complexs. Di antaranya
i) Buat pemeriksaan tehadap saiz jalan;
2) Kelayakan memandu semasa musim perayaan.
3) Had laju yang bersesuaian, saya rasa hadlaju sekarang below par berbanding teknologi permotoran semasa
4) Had umur pemandu.
5) Kenderaan bagaimana yang lebih banyak terlibat eksiden. Manual atau Auto?
7) Dan buatlah brainstorming dengan rakyat jelata.

SELAMAT HARI RAYA

Friday, September 4, 2009

Budaya Setinggan Perlu Dibenteras

Setinggan adalah kawasan-kawasan penempatan yang terletak di atas tanah kerajaan dan rumah-rumah yang dibina di atasnya tidak mendapat kebenaran pihak kerajaan. Kita akui kerajaan sangat baik sebab itulah mereka membiarkan setinggan ini di peringkay awal. Tetapi cara itu salah. Kerajaan perlu membendungnya di peringkat awak bertapaknya lagi. Bila tidak dikawal dan kawasan setinggan dah jadi Setinggan City maka kerajaan juga yang susah, Nak halau Imej kerajaan juga yang rosak. Padahal setinggan yang bersalah tetapi kerajaan semasa yang dipersalahkan. Fikirlah ya,

Budaya setinggan ini sebenarnya telah menular seperti berikut"

1, Misalnya di Pasar Tani. Kerajaan tempatan telah menyediakan ruang niaga khas di dalam satu wasan. tetapi ada juga yang memasang gerai di luar kawasa berkenaan. Mereka yang berniaga di luar kawasan sebenarnya setinggan (tak minta kebenaran pun) tapi kerajaan tempatan tak buat apa-apa pun. Dari 1 grai jadi dua, dari 2 jadi 3. Kadang-kadang gerai yang dipasang menggangu laluan pelanggan,

2. Bulan di pasar tani sahaja, Pasar Malam, Bazar ramadan. dan lain-lain lah.

Ikut Nabil lu fikirlah sendiri.

Meninggalkan Zuriat Yang Berkualiti Di Masa Depan

Saya kira sudah tiba masanya untuk kerajaan memikirkan satu program yang komprehensif untuk membina insan yang cemerlang mulai saat ini. Semua saluran pembelajaran dan saluran informasi perlu dipantau sepenuhnya. Kita dapati sekarang banyak kejadian-kejadian yang nampak manusia sudah rosak akhlaknya, Saya tiada statistik khusus telapi cuba perhatikan:
1, Bilangan Kejadian Rogol berbanding penduduk
2, Bilangan Kejadian Ragut berbanding penduduk
3, Bilangan Penagih Dadah berbanding penduduk
4, Bilangan Kes Rasuah ,,,,,
5. Bilangan Pecah masuk rumah
6. Bilingan Pelacur
9, Bilangan Pelanggan Pelacur
10. Bilangan Peminum Arak
11. Bilangan Pemain Judi
12. Bilangan Orang tak sembahyang (bagi Islam)
13. Bilangan Dato'/Tan sri terlibat Jenayah
dan pelbagai statistik

Di antara sumber-sumber yang perlu dikawal ialah :
1, Kandungan bahan Internet yang boleh di akses oleh rakyat malaysia. (apalah salahnya kerajaan memasang content filtering diperingkat Nasional - Tanya Cyber security bagaimana nak buat - jika ini dibuat nescaya sesiapa sahaja yang mengakses internet di Malaysia tidak dapat melihat gambar dan video lucah'. Memasang content filtering di peringkat Nasional (terpusat) bukan bererti menapis kandungan internet tetapi menyekat laman tak bermanfaat dari diakses oleh pengguna di Malaysia.

Radio dan Television pula kurangkan siaran lagu.muzik banyakkan siaran informasi seperti Radio 24, IKIM, elok ada radio Kesihatan dan seumpamanya.

Dari segi poligami pula, jangan benarkan orang yang tidak bersembahyang berpoligami sebab ia akan melahirkan zuriat yang tidak cemerlang. Galakkan orang-orang yang baik dan beriman berpoligami sebab ia akan melahirkan insan yang cemerlang InsyaAllah.

Dan banyak lagi cara untuk mengatasi masalah sosial ini.

Sunday, August 30, 2009

Hayati Makna Kemerdekaan

Bagaiman untuk menjadi bangsa Merdeka? Ikutilah Kisah berikut yang saya petik dari laman islamhadhari.net

Pertama, makna kemerdekaan dapat dipetik daripada kisah Nabi Ibrahim a.s ketika baginda membebaskan diri daripada orientasi asasi yang keliru dalam kehidupan manusia. Dalam surah al-An’am ayat 76-79 dikisahkan perjalanan spiritual Nabi Ibrahim dalam mencari Tuhan.

Pencarian spiritual tersebut merupakan usaha Nabi Ibrahim dalam membebaskan hidup daripada orientasi kehidupan yang diyakininya keliru, namun hidup subur dalam masyarakatnya.

Sebagaimana diketahui, masyarakat yang melingkungi Ibrahim a.s ketika itu menyembah berhala. Bagi Ibrahim a.s, peyembahan terhadap berhala merupakan kesalahan besar kerana secara logiknya pun perbuatan itu membawa manusia kepada perlakuan penghambaan yang menjatuhkan harkat dan martabat diri mereka sendiri sebagai manusia.

Kedua, makna kemerdekaan juga dapat dipetik daripada kisah Nabi Musa a.s ketika membebaskan bangsanya daripada penindasan Firaun. Kekejaman Firaun terhadap Bani Israil dikisahkan menerusi pelbagai ayat di dalam al-Quran. Firaun merupakan ‘bayangan masyarakat’ yang angkuh dan tamak akan kekuasaan di muka bumi.

Keangkuhan pemimpin atau penguasa seperti ini membuat mereka tidak segan silu membunuh dan memperhambakan kaum lelaki Bani Israil dan menistakan kaum wanitanya. Keangkuhan inilah yang mendorong Musa a.s tergerak memimpin bangsanya untuk membebaskan diri daripada penindasan, dan akhirnya meraih kemerdekaan sebagai bangsa yang mulia dan bermartabat (Al-A’raaf: 127, Al-Baqarah: 49, dan Ibrahim: 6)

Ketiga, kisah kejayaan Nabi Muhammad s.a.w dalam menggalas misi dakwah baginda di muka bumi (Al-Maa’idah: 3) menjadi sumber ilham yang tidak pernah putus atau usang bagi bangsa Malaysia untuk memaknakan kemerdekaan secara lebih holistik dan integral.

Ketika diutus 14 abad silam, Nabi Muhammad s.a.w menghadapi sebuah masyarakat yang mengalami tiga penjajahan sekali gus: kecelaruan atau kekeliruan hidup, penindasan ekonomi, dan kezaliman sosial.

Kecelaruan hidup diekspresikan dalam penyembahan patung oleh masyarakat Arab Quraisy. Rasulullah berjuang keras mengajar kepada umat manusia untuk menyembah Allah Yang Maha Esa dan meninggalkan ‘’tuhan-tuhan’’ yang secara terang-terang perlakuan itu menjeruskan harkat dan darjat manusia (Luqman: 13; Yusuf: 108; Az-Dzaariyaat: 56; Al- Jumu’ah: 2).

Penindasan ekonomi itu dilukiskan di dalam al-Quran sebagai sesuatu yang membuat kekayaan hanya berputar dan berlingkar pada kelompok-kelompok tertentu sahaja (Al-Hasyr: 7). Rasulullah s.a.w mengkritik orang-orang yang mengumpul dan menghitung-hitung harta tanpa mempedulikan kesejahteraan sosial dan keadilan ekonomi (Al-Humazah: 1-4; Al-Maa’uun: 2-3).

Rasulullah s.a.w memperjuangkan pembebasan perhambaan, kesaksamaan lelaki dan perempuan, dan persamaan antara manusia. Dalam khutbah terakhir baginda di Arafah, baginda menegaskan bahawa tidak ada perbezaan antara hitam dengan putih, antara Arab dengan bukan Arab.

Semuanya sama di hadapan Allah s.w.t. Tidak ada sisi atau sudut yang membezakan suatu kelompok manusia dengan manusia lainnya, melainkan tingkat ketakwaan mereka kepada Maha Pencipta (Al-Hujuraat: 13).

Apa makna kemerdekaan bagi kita? Sebagai kelompok terbesar daripada rakyat Malaysia, umat Islam seharusnya dapat memetik, mengambil, menggali (atau apa istilah sekalipun yang seumpamanya) makna kemerdekaan tersebut daripada al-Quran.

Wassalam

Friday, August 28, 2009

CARA MENGATASI MENGATASI MASALAH MASJID SESAK (BERMUSIM)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa Masjid Penuh Sesak tapi hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja (solat Jumaat, Solat Tarawih dan Solat Hari Raya). Pada waktu-waktu biasa ianya lengang sahaja.

Saya ingin mencadangkan supaya Masjid tersebut tidak diperbesarkan sebab pada masa biasa ia seakan terlalu besar sebaliknya pihak berkuasa perlu sediakan dewan atau ruang sementara untuk solat Jumaat contohnya di Dataran Merdeka, di Ballroom Hotel atau mana-mana dewan yang mudah diakses.

Saya hanya akan bersetuju Masjid dibesarkan apabila pada waktu-waktu biasa (Solat subuh, zohor, asar, maghrib dan Isyak) pun penuh sesak.

Hai kawan-kawan seIslam, marilah kita sama-sama solat berjemaah beramai-ramai supaya ada alasan untuk Maskid diperbesarkan.

Thanks for reading

Tuesday, August 25, 2009

Beri tangguh hukuman sehingga selepas Syawal

SEMPENA BULAN RAMADAN ini, Saya berdoa kepada Allah supaya insan-insan yang didapati bersalah dan dihukum penjara pada bulan Ramadan ini ditangguhkan hukumannya sehingga habis syawal. Saya percaya ada juga yang dipenjara bukan kerana ia bersalah tetapi atas sebab-sebab teknikal.

Dan saya juga berdoa agar mana-mana yang dipenjarakan (sedang ia tidak bersalah) supaya ada insan lain yang ada authority dapat memberi pengampunan kepada mereka.

Amin

BANYAK BUKU DALAM BAHASA MALAYSIA KINI

Syukur Alhamdulillah kerana di pasaran sekarang ini sudah banyak kita dapati Buku-buku yang ditulis dalam Bahasa Malaysia. Saya galakkan kita membeli dan membaca buku-buku yang mereka sediakan. Cuma saya nak minta para penulis buku supaya menulis dengan informasi yang berpadanan dengan harga yang ditawarkan.

Membantu Peniaga Bazar Ramadan

Memang kita tahu, ramai peniaga baru di Bazar Ramadan. Oleh itu bagi menaikkan semangat mereka berniaga, saya cadangkan supaya orang ramai memberi galakan dengan membeli makanan yang mereka jual seadanya. Sama-samalah kita membantu mereka.

Monday, August 24, 2009

Setuju dengan Saranan Ustaz Azhar Tuarno - Memakmurkan MASJID

Petang tadi (24 Ogos 2009) saya mendengar berita mengenai saranan Pegawai Perhubungan Awam Masjid Negara,Ustaz Azhar Tuarno yang meminta supaya AJK Masjid (yang rata-rata terdiri daripada orang lama) lebih aktif mengajak anak-anak muda menyertai AJK Masjid atau meminta anak-anak muda sesekali menjadi IMAM atau Tukang Azan.

Pihak Masjid juga diminta mengadakan aktiviti-aktiviti ilmuan misalnya ajar Tusyen di Masjid, ajar komputer dan sebagainya. Jadikan masjid tempat yang selesa bagi anak-anak muda.

Sunday, August 23, 2009

Di Bulan Ramadan, Kedai Makanan Milik Orang Islam Perlu ditutup dari 5.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Saya menyarankan kepada kerajaan supaya membuat peraturan iaitu pada Bulan Ramadan, Kedai Makanan Milik Orang Islam (tidak kira apa bentuk sekalipun) perlu ditutup dari 5.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Saya lihat kebanyakan Restoran MAMAK (India Muslim) masih dibuka seperti biasa. Alasan mereka kalau tak bisnes macam mana mau bayar sewa?. Kalau mereka itu seorang Islam, itu jawapan bodoh namanya. Sebagai peniaga pandai-pandailah merancang. Ada sesetengan peniaga sebulan bulan ramadan dia boleh bercuti sebab keuntungan masa lalu telah diambilkira untuk menampung sebulan di bulan ramadan.

Terus terang saya katakan saya TIDAK SUKA ORANG ISLAM MENJUAL MAKANAN PADA BULAN PUASA DARI JAM 5.30 pagi hingg 12.30 tengahari. Jika berniaga disebelah petang tak apa tapi itu pun untuk orang berbuka puasa bukan untuk makan di situ.

Mohon Pengusaha Restoran MAMAK menghormati BULAN RAMADAN. Tak payah tunggu arahan kerajaan.

Friday, August 21, 2009

BULAN RAMADHAN - SUMBER PERPADUAN

Fadhilat Ramadhan sebenarnya banyak. Saya tak nak sebut satu pun. Cuma saya berpandangan bahawa bulan Ramadhan adalah sumber kepada perpaduan.

Dalan bulan Ramadhan, perkara berikut berlaku:

1. Masjid/Surau penuh - disitu jemaah-jemaah berjumpa dan bertegur sapa dan mengeratkan lagi siratulrahim masyarakat.
2. Ramai individu menjadi pemurah mudah bersedekah dan ini dapat merapatkan jurang ekonomi golongan miskin dan berada.
3. Makanan yang dimasak di kongsi bersama jiran (bertukar-tukar juadah).
4. Bazar Ramadhan mula dirindui (ditunggu-tunggu) oleh bukan sahaja oleh Islam tetapi juga oleh bukan Islam.
6. Aktiviti maksiat secara lazimnya akan berkurangan maka masyarakt akan lebih selesa berjalan/bersiar semasa bulan Ramadhan.
7. Anak-anak Yatim di beri perhatian dan diberi bermacam-macam keperluan harian.

dan banyak lagi.

Harap Roh Ramadhan akan terus subur dalam waktu di luar bulan Ramadhan.

Thursday, August 20, 2009

Sambutan kemerdekaan di Parlimen

Sambutan kemerdekaan di Parlimen
20/08/2009 4:40pm - Utusan Online

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Sambutan penuh Hari Kemerdekaan ke-52 hanya akan dilangsungkan di pekarangan Parlimen sebagai langkah untuk mengelakkan perhimpunan besar-besaran bagi membendung penularan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sambutan itu akan diadakan secara sederhana. - Utusan

Syukur Alhamdulillah

Selamat Menyambut Ramadhan 22 OGOS 2009

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Semoga ada kekawan kita yang telah tinggalkan rokok sempena Ramadhan AlMubarak. Perbaiki amalan kita.

Friday, August 14, 2009

swine flu statistic rujuk di http://www.flucount.org:

H1N1 - Untuk statistik terkini rujuk http://www.flucount.org

The Pandemic Treat - Cabutan dari http://h1n1.moh.gov.my/NIPPP.php

1.4 THE PANDEMIC THREAT
A pandemic is a global disease outbreak. An influenza pandemic occurs when a new
influenza A virus emerges for which there is little or no immunity in the human population, begins to cause serious illness and then spreads easily person-to-person worldwide. Three such pandemics have occurred in the last century; in 1918, 1957, and 1968 each causing millions of deaths. Each of these pandemics was preceded by development of a new virus through re-assortment of the human and animal influenza virus genes.

1918: Spanish Flu
The Spanish Influenza (H1N1) pandemic is the catastrophe against which all modern
pandemics are measured. It is estimated that approximately 20 to 40 percent of the
worldwide population became ill and that over 40 million people died. One of the most
unusual aspects of the Spanish flu was its ability to kill young adults. The reasons for this remain uncertain. With the Spanish flu, mortality rates were high among healthy adults as well as the usual high-risk groups. The attack rate and mortality was highest among adults 20 to 50 years old. The severity of that virus has not been seen again.

1957: Asian Flu
In February 1957, the Asian influenza (H2N2) pandemic was first identified in the Far East. Immunity to this strain was rare in people less than 65 years of age, and a pandemic was predicted. In preparation, vaccine production began in late May 1957, and health officials increased surveillance for influenza outbreaks.
Unlike the virus that caused the 1918 pandemic, the 1957 pandemic virus was quickly
identified, due to advances in scientific technology. Vaccine was available in limited supply by August 1957. Although the Asian influenza pandemic was not as devastating as the Spanish one, there were at least 70,000 U.S. deaths and 1-2 million deaths worldwide.

1968: Hong Kong Flu
In early 1968, the Hong Kong influenza (H3N2) pandemic was first detected in Hong Kong. The number of death for this pandemic was 34,000 in the U.S. and 700,000 deaths worldwide which was less than half of the deaths in USA during the Asian flu pandemic, making it the mildest pandemic in the 20th century. There could be several reasons why fewer people died due to this virus. First, the Hong Kong flu virus was similar in some ways to the Asian flu virus that circulated between 1957 and 1968. Earlier infections by the Asian flu virus might have provided some immunity against
the Hong Kong flu virus that may have helped to reduce the severity of illness during the Hong Kong pandemic. Also, improved medical care and antibiotics that are more effective for secondary bacterial infections were available for those who became ill thus reducing the fatality.

Thursday, August 13, 2009

RUMAH TERBENGKALAI PENYUMBANG KEPADA DENGGI

Kementerian Kesihat juga harus bertindak menyaman pengusaha bangunan-bangunan atau rumah-rumah terbengkalai bagi menyedarkan bahawa mereka penyumbang kepada denggi dan pembiakan nyamuk yang lain. Bukan sahaja mereka membiakkan nyamuk tetapi mereka juga membiak penagih sebab penagih juga mendiami bangunan sedemikian.

Tuesday, August 11, 2009

SAMBUTAN 31 OGOS 2009 - SITUASI SEKARANG MEMBIMBANGKAN

Keadaan Penyakit H1N1 atau Selsema Babi yang membimbangkan ini maka saya mencadangkan supaya pada tahun ini Malaysia tidak menganjurkan Sambutan 31 Ogos seperti biasa. Hendaknya tiada keramaian dibuat. Lebih-lebih 31 Ogos 2009 jatuh dalam bulan Ramadhan. Tapi yang paling bimbang ialah PENULARAN H1N1 di kalangan peserta sambutan Hari Kemerdekaan nanti jika sambutan besar-besaran dibuat.

Kalau nak buat Sambutan, ia boleh dibuat secara Maya atau Virtual.

Thursday, August 6, 2009

Peluang baru Bisnes. ANJUR KEM UNTUK SEKELUARGA - Bagus cadangan ini

Hari ini 6 Ogos 2009, saya dengar rancangan KERPAN Radio24. Tetamu hari ini ialah Dato' Dr. Mohd Fadilah Kamsah. Saya tertarik dengan satu cadangan dari seorang pendengar yang menalipon. Beliau memberi pandangan bahawa pada masa ini banyak kem-kem atau program-program motivasi yang fokus audience nya spesifik kepada kumpulan pelajar, remaja, orang dewasa dan orang rua secara spesifik. Cadangan beliau supaya adakan Kem atau program untuk keluarga. Maksudnya program atau kem ini dibuka kepada sebuah keluarga sekurang-kurangnya 4 orang. Tujuan kem keluarga ini ialah untuk memupuk kasih-sayang dalam keluarga dan membentuk keluarga yang bahagia.

Saya percaya kalau ada kem sedemikian ramai keluarga yang akan menghadirinya.

Wednesday, August 5, 2009

KEMPEN MEMBAYAR SAMAN - BAIK BURUK DIBERI DISKAUN

Saya sangat berterima kasih kepada semua Badan Penguatkuasa kerana perihatin kepada rakyat dengan memberi diskaun kepada pesalah undang-undang semasa kempen membayar saman. TETAPI sebenarnya jauh dilubuk hati ini, saya sangat tidak bersetuju sebab kaedah ini hanya dinikmati oleh orang yang liat nak bayar saman. Bagi orang yang lurus dan sentiasa membayar saman dengan cepat akan rugi. Apa tidaknya, ada sebilangan orang telah membayar RM300 pada 31 Julai 2009, tuba-tiba ada kempen bayar saman bermula 1 Ogos 2009 hingga 30 September 2009 dan ditawarkan 50% pengurangan.

Lainlah kalau orang yang telah membayar saman penuh dipulangkan semula wangnya sebanyak 50% barulah adil.

MOHON kerajaan lihat semula approach Diskaun Saman. Jika nak implement juga pulangkan sebahagian wang kepada orang yang telah membayar penuh.


ORANG JUJUR HARUS DIUTAMAKAN. ORANG YANG TAK HIRAUKAN UNDANG-UNDANG harus didenda berganda.

Tuesday, August 4, 2009

Kementerian Pengguna dan Kementerian Perdagangan

Petang tadi (4 Ogos 2009) saya dengar rancangan Kerpan Radio 24 di mana Tok Ki (PPIM) berpandangan supaya Kementerian yang menjaga halehwal peniaga perlu diasingkan dengan Kementerian yang menjaga Pengguna. Bagi saya saya tak setuju.

Kata Tok Ki dia kesihan kepada Menteri berkenaan sebab kena jaga kedua belah pihak. Kena jaga kepentingan peniaga dan dalam masa yang sama kena jaga kepentingan pengguna.

Bagi saya adalah bagus keadaan seperti sekarang supaya Menteri yang bertanggungjawab itu dapat berfikir secara rasional dan adil kepada kedua-dua belah pihak (peniaga dan pengguna).

Dalam rancangan tersebut, dalam topik yang lain. Tok Ki ada menyatakan 'Pengguna mestilah bijak'. Contohnya 'Bila kita minum di restoran, dan kita dapati air minum kita ada semut. Kata Tok Ki kalau pengguna bijak, dia akan order satu lagi air minum yang sama. Bila nak banyar barulah dia maklumkan bahawa air yang mula tadi ada semut.

Berbanding pengguna yang tak bijak, dia akan panggil pekedai dan maklumkan supaya tukar air lain kerana airnya ada semut. Tok Ki bimbang Pekedai itu hanya akan buang semut dan air itu juga diberi kepada pengguna tadi. ---- Saya tak setuju syor Tok Ki ini sebab di sini ada perasaan syak wasangka.

Sunday, August 2, 2009

DEMONSTRASI DAN PERHIMPUNAN HARAM - PANDANGAN MINDA BISTARI

Hari ini (2 Ogos 2009) kita dikejutkan dengan bilangan yang begitu besar ditahan selepas satu demontrasi yang diadakan di Kuala Lumpur. Minda Bistari terdetik untuk menulis di laman blog ini mengenai perkara demontrasi dan perhimpunan haram. Pada pandangan saya desakan melalui demonstrasi ini adalah satu cara yang paling lemah bagi menuntut sesuatu yang dihajati. Mengadakan demontrasi akan menyusahkan orang ramai dan merugikan masa pasukan keamanan. Yang di tahan pula akan lebih susah.

Pihak berkuasa telah memberi amaran supaya jangan mengadakan demonstrasi tetapi ia tidak dihiraukan oleh penganjur dan penyahut anjuran. Oleh yang demikian saya minta semua pihak supaya gunakan saluran lain selain DEMONSTRASI sebab apa yang kita lihat demontrasi yang dibuat di seluruh dunia tidak sampai ke mana pun. Yang mungkin terjadi ialah rusuhan dan keganasan tidak sengaja.

Setuju atau tidak terpulang kepada pembaca Blog Super Mind / Minda Bistari. Itu hanya pandangan yang lahir dari sanubari saya sahaja.

Wassalam

Friday, July 31, 2009

Mempelajari Islam Melalui Laman Web

Saya ingin mengingatkan pembaca semua supaya berhati-hati mempelajari Islam melalui Laman Web sembarangan. Saya dapati banyak laman web atau blog yang membandingkan antara satu agama dengan satu agama yang lain dibuat secara terbuka sedangkan kesahihan fakta yang diberikan diragui. Oleh itu rujuklah laman-laman yang diyakini sahaja.

MEMPOPOLARKAN (KRA & KPI) MENAIKKAN IMEJ NEGARA

KEY RESULT AREA (KRA) dan KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) merupakan istilah lama yang diberi nafas baru sebab dicetuskan semula oleh Pemimpin Utama Malaysia. Komitment yang ditunjuk oleh orang nombor satu Malaysia memberi semangat baru kepada rakyat untuk sama-sama menetapkan KRA dan KPI masing-masing. Kita di peringkat individu sekalipun mestilah turut merangka KRA dan KPI masing-masing. Sekurang-kurangnya kita KeRjA bukan borak di kedai KoPI.

Thursday, July 30, 2009

MARTABATKAN SUBJEK SEJARAH UNTUK 1MALAYSIA

Benarkanh subjek SEJARAH kian dilupakan. Pada pandangan saya bagi menghidupkan konsep 1Malaysia, salah satu caranya ialah memartabatkan Subjek Sejarah. Sejarah (HISTORY) merupakan rentetan peristiwa silam yang boleh diambil iktibar untuk masa sekarang dan masa akan datang. Pelajaran Sains sekalipun ada SEJARAHNYA sendiri. Oleh itu setiap sesuatu kejadian ada sejarahnya. Kereta yang canggih di zaman ini sebenarnya berasal dari model asal pada masa lalu.

1Orang,1Keluarga,1Kampung,1Daerah.1DewanUndanganNegeri,1Parlimen,1Malaysia, 1Asia, 1Dunia, 1Cakerawala dan Tuhan itu Satu.

Wednesday, July 29, 2009

H1NI MOHON KERAJAAN MINTA RAKYAT PAKAI MASK

Kenapa kerajaan tidak galakkan pemakaian topeng muka bagi mengelakkan sebaran meluas H1N1 terutamanya di sekolah dan Institut Pengajian. Tak payahlah tutup sekolah, arah aje pakai topeng.

Saturday, July 25, 2009

RUANG FORUM PPIM PERLU DITAPIS

Saya baru melayari laman Forum dari Laman Web PPIM. Saya dapati ada perbincangan-perbincangan yang tidak ditapis yang boleh menyebabkan kekeliruan bagi umat Islam.

Diantaranya ialah:

Author Post
krulayar
Sun Jul 12 2009, 11:42PM
Registered Member #12863
Joined: Sun Jul 12 2009, 11:41PM
Posts: 1


---------------------------!!!! (SAYA TERPAKSA TUTUP TAJUK INI SEBAB IA MENGELIRUKAN)

Tenang-tenangkan diri...
Sila layari http://manatuhanallah.wordpress.com/
Terima Kasih

Krulayar


Harap PPIM berhati-hati dalam mengeluarkan forum.

Saya cuba ke http://manatuhanallah.wordpress.com/ rupa-rupanya ia telah disekat oleh SKKM.

Friday, July 24, 2009

HORMATI KEPUTUSAN KERAJAAN

Rakyat seharusnya menghormati keputusan kerajaan sama ada keputusan kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri. Dan saya sangat berharap semua kerajaan hendaklah membuat keputusan yang tepat dan berhemah demi kebaikan rakyat Malaysia. Rakyat DiDahulukan, Prestasi DiUtamakan.

Wednesday, July 22, 2009

Apabila Hilang Kepercayaan Kepada Pegawai Yang Diberi Amanah

Apbila kita memberi amanah kepada seseorang maka hendaklah kita mempercayainya 100%. Jika orang lain tidak percaya kepada orang yang kita amanahkan maka janganlah kita terpengaruh dengan orang tersebut. Biarlah orang yang kita amanahkan menjalankan tugas tersebut.

Kalau kita terpengaruh dan menerima cadangan mereka maka lebih baik minta orang yang kita beri amanah itu letak jawatan atau sekumpulan diberi amanah dibubarkan sebab kita sendiri pun tak yakin pada mereka (ya...kalau yakintakkan terima cadangan mereka)

Buat apa ditubuhkan badan lain (yang didakwa bebas) untuk siasat satu perkara sedangkan fungsi yang nak dilaksanakan itu ada dalam institusi sedia ada.

Lu fikirlah sendiri...

Sunday, July 19, 2009

BANTAHAN KEPADA KEPUTUSAN RASMI

Sejak kebelakangan ini ada satu trend iaitu tidak percaya kepada Keputusan Rasmi. Sebab itu banyak berlaku rayuan apabila sesuatu keputusan itu diumumkan.

Kebiasaannya keputusan pengadil adalah muktamad, surat menyurat tidak dilayani. Tapi sekarang lain pula tak boleh surat menyurat mereka bantah guna emel atau sms.Terpaksalah layan.

Apa yang saya nak simpulkan ialah Ramai Yang Mempertikaikan Keputusan Rasmi. Kenapa agaknya? Rasa saya ialh sebab orang sudah tidak ada keyakinan kepada pembuat keputusan. Kenapa jadi begini.?

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita sama-sama saling percaya mempercayai antara satu sama lain terutama kepada pembuat keputusan. Orang terlibat dalam membuat keputusan pula, perlulah adil dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Sama-samalah kita perbetulkan kekurangan yang ada,

Saturday, July 18, 2009

Industri Pembantu Rumah Tempatan Perlu diwujudkan

Sudah tiba masanya kita mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada Pembantu Rumah warga asing. Sebenarnya di Malaysia ramai yang boleh bekerja sebagai Pembantu Rumah. Bagaimanapun rakyat Malaysia sebenarnya tak suka tinggal bersama majikan.

Oleh itu saya mengharapkan ada agensi pembantu rumah tempatan. Pembantu Rumah Tempatan ini berkerja seperti orang kerja pejabat juga tetapi masa kerjanya panjang sikit cuba mereka tidak tinggal di rumah majikan. Misalnya mula kerja Jam 8.30 pagi dan pulang jam 6 petang. Mereka tinggal di rumah sewa yang disediakan majikan dan ada kenderaan yang mengangkut mereka seperi pekerja kilang juga.

Saya percaya jika agensi ini ada, ramai anak tempatan yang ingin menjalan kerja seperti ini. Lama kelamaan kebergantungan kepada pembatu rumah asing dapat dikurangkan.

CUEPACS Perlu Tingkatkan Prestasi Staf Sokongan

Saya setuju sangat dengan pandangan Penjawat Awam Kecewa yang disiarkan oleh Berita Harian berarikh 17/7/2009 dengan tajuk CUEPACS PERLU UTAMAKAN DISIPLIN PENJAWAT AWAM, BUKAN GANJARAN.

Ya betul sejak dulu CUEPACS asyik tuntut kepada Kerajaan supaya menaikkan elaun itu dan ini. Langsung tidak bincang mengenai prestasi kerja penjawat awam terutama kumpulan sokongan termasuklah disiplin mereka. Oleh itu saya cadangkan pada masa akan datang CUEPACS mestilah menyediakan pelan peningkatan prestasi kerja dan displin selain tuntutan kewangan.

MAN U VS MALAYSIA - LAWAN KALI KE DUA?

Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Malaysia kerana dapat memberi saingan kepada pasukan Machester United denga kekalahan tipis 2 berbalas 3. Tetapi saya tidak setuju jika di adakan perlawanan sekali lagi jika pasukan Malaysia orang yang sama.

Jika benar Malaysia nak lawan Man United pada Isnin nanti, saya harap ambil pemenang piala Malaysia sebelum ini. Jika Selangor menang dalam piala Malaysia sebelum ini maka Isnin nanti biarlah MU lawan Pasukan Selangorlah.

Keluhan Peniaga Di Pekan-Pekan (Pusat Bandar)

Sabtu lepas saya bersembang-sembang dengan seorang pengusaha kedai makan. Saya bertanya bagaimana berniaga?. Beliau kata sekarang ni teruk sikit sebab tak ramai yang datang dikawasan tersebut pada hal kawasan tersebut adalah khusus untuk gerai makan dan banyak kedai-kedai lain.

Apa yang saya nak kongsikan ialah pandangan beliau yang saya sendiri pun tidak terfikir.

Iaitu katanya 'Sepatutnya kerajaan (dalam kes ini penguasa kerajaan tempatan) cuba lah hadkan gerai-gerai makan yang tumbuh seperti cendawan di tepi-tepi jalan supaya apabila orang yang makan di akan pergi ke tempat makan khas iaitu di gerai-gerai makan yang didirikan oleh kerajaan dan disewa oleh peniaga di pinggir bandar. Secara tak langsung peniaga bukan kedai makan juga akan maju."

Kalau semua kedai-kedai termasuk kedai makan dah ada dimerata tempat di tepi jalan, siapa yang nak pergi ke bandar? Akibatnya peniaga-peniaga di bandar hidup segan mati terhutang.

--------------------
Jika difikir dan dibuat kajian lanjut, saya rasa betul juga pandangan simamat ni. Barulah saya terfikir patutlah di bandar dah kurang orang.

Thursday, July 16, 2009

chedet.co.cc blog popular dengan idea mantap

Tahniah kepada Tun Mahathir kerana mempunyai blog yang ramai pengunjung. Saya dapati komen pun banyak bagi setiap isu yang diutarakannya. Pandangannya bukan omomg kosong. Itu pandangan saya aje.

Tuesday, July 14, 2009

Cadangan Supaya Kerajaan Tubuhkan Agensi yang Menguruskan Peneroka Ladang Lembu

Sebagaimana Ladang Kelapa Sawit, Ladang Getah, Ladang Nenas, Ladang Koko, Ladang Tembakau, ada agensi kerajaan khusus yang memajukkannya. Saya mencadangkan Kerajaan juga kena tubuhkan agensi yang memajukan Ladang Lembu, Ladang Kambing, Ladang Ayam dan seumpamanya supaya kita tidaklah mengimport haiwan-haiwan tersebut. Itu satu cadangan dari mindaku.

Bulan Ramadhan Kembali Lagi Eloklah berazam BERHENTI MEROKOK

Hari ini 14 Julai 2009. Ramadan dijangka 22 Ogos 2009 iaitu sebulan lagi. Kepada pembaca yang merokok tu eloklah beransur-ansur kurangkan merokok supaya boleh berhenti pada 22 Ogos 2009 dan berhenti seterusnya. Jangan tunggu 22 Ogos 2009 baru nak cuba berhenti. Maaf jika saranan ini sensitif.

SIAPA MENANG DI MANEK URAI?

Dengan adanya pilihanraya kecil maka penduduk di Manek Urai dikunjungi oleh ramai orang. Dan ramai yang sudah kenal Manek Urai. Elok lah Manek Urai buat Tahun Melawat Manek Urai. Biar apa pun keputusan pilihanraya kecil, dimaklumkan bahawa PENDUDUK Manek Urailah yang MENANG.

Sunday, July 12, 2009

Siaran Radio Kebanyakanmya Siar Lagu

Lagu dan muzik memang menghayalkan. Tetapi lagu dan muzik tak banyak boleh membantu perkembangan ilmu dan pengetahuan individu. Ia akan membentuk insan yang lebih glamour dan lalai walaupun kaya dengan wang dan rakan. Apa yang nak saya perkatakan disini ialah mengenai kebanyakan siaran radio menyiarkan lagu 90% dari masa siarannya. Kecuali Radio24 dan Radio IKIM. Tapi radio IKIM pula terikut-ikut menyiarkan hiburan kerana semasa saya mengalih siaran ke Radio JAKIM sering kali disiarkan Lagu Nasyid, Nasyid sekarang ni pula dah moden dan seakan-akan lagu biasa juga.

Saya ingin mengesyorkan supaya perbanyakan menyiarkan rancangan berbentuk berbicara tentang ilmu dan pengetahuan. Kurangkan lagu & muzik.

Islam's Base Economy relevant forever &indirectly protect the Muslim

Halal`s Food is most popular food in the world NOW AND SOON. Makanan Halal sepatutnya dikeluarkan oleh Orang Islam. Owner mestilah Islam. Jika tidak kesahihan Quality HALAL tersebut masih Questionable.

Jika di dunia permintaan Makanan Halal bertambah maka pengeluaran Makanan Halal perlu dipertingkatkan. Apabila pengeluaran dipertingkatkan sudah pasti owner (pemilik makanan halal) akan kukuh ekonominya.

Dalam keadaan ekonomi merudum di seluruh dunia, dunia mula memandang kepada Bank Islam & sistem Pajak Gadai Islam.

Dinar Emas juga diakui menjadi satu pilihan untuk menggantikan mata wang kertas.

Friday, July 10, 2009

SEKOLAH 2 ALIRAN (BAHASA INGGERIS DAN BAHASA MALAYSIA)

Apa pandangan tuan/puan mengenai saranan saya ini? IAITU:

Kita tetapkan supaya Sekolah di Malaysia hanya ada 2 Aliran iaitu
1. Aliran Bahasa Inggeris
2. Aliran Bahasa Malaysia

Tiada lagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Jenis Kebangsaan Tamil, Jenis Kebangsaan Melayu. Kecuali Sekolah Ugama/Sekolah Swadta.

Reason

1. Bahasa Inggeris adalah Bahasa Antarabangsa (Standard yang dipraktikkan)
2. Bahasa Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan.

Jika kita ada 2 aliran maka TERPULANGLAH kepada Rakyat nak hantar anaknya di sekolah aliran apa.

Dalam hati kecil saya, saya yakin lama-kelamaan Rakyat akan menghantar anaknya ke Sekolah Aliran Inggeris.

Saranan saya elok dimulakan dari sekarang iaitu bermula tahun 2010 di Tahun 1 manakala Pelajar tahun 2 2010 masih guna sistem sekarang.

Pada tahun 2011, pelajar Tahun 1 dan Tahun 2
Pada tahun 2012, pelajar Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3
Pada tahun 2013, pelajar Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4,
Pada tahun 2014, pelajar Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5
Pada tahun 2015, pelajar Tahun 1, Tahun 2, Tahun 3, Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6
(Tahun 6 akan perikasa UPSR (Bahas Malaysia) atau UPSR(Bahasa Inggeris))
Pada tahun 2016, Semua pelajar sekolah rendah & Pelajat Tingkatan 1,
Pada tahun 2017, Semua pelajar sekolah rendah & Pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2
Pada tahun 2018, Semua pelajar sekolah rensah * Pelajar Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3
(Tahun 6 & Tingkatan 3 akan periksa (UPSR(BI@BM)& PMR(BI@BM))
dan begitulah seterusnya hinggalah kepada Universi pun ada 2 aliran.

BAHASA INGGERIS BAHASA PERHUBUNGAN ANTARABANGSA

Entah mengapa hari ini saya terdetik nak tukar fikiran mengenai penggunaan Bahasa di Malaysia. Baru-baru ini dalam blog ini saya sering menulis mengenai Martabatkan Bahasa Malaysia dengan memberi beberapa cadangan supaya Bahasa Malaysia di gunakan sepenuhnya dalam agensi kerajaan.

Kini apabila memikirkan masalah global, iaitu komunikasi tanpa sempadan MAKA kita seharusnya memilih SATU bahasa untuk dipraktikkan supaya bila kita bercakap orang lain boleh faham. Bila orang lain bercakap kita boleh faham. Kini Bahasa Inggeris adalah bahasa Standard yang digunakan diseluruh dunia apabila kita berkomunikasi. Misalnya jika kita pergi ke JEPUN dan bercakap dengan orang jepun kita guna Bahasa Inggeris. Bila kita ke Peramcis kita berbicara menggunakan Bahasa Inggeris. Kita ke Belanda ke Jerman ke Australia kita juga guna Bahasa Inggeris bila berbicara dengan mereka.

Rumusan saya ialah Sekarang kita cuma berjuang 2 bahasa sahaja iaitu: Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Bahasa2 lain tidak utama (hilang pun tiada masalah asalkan manusia boleh berhubung antara satu sama lain menggunakan bahasa yang semua orang tahu).

Oleh yang demikian saya syorkan supaya semua kaum menggunakan Bahasa Inggeris mulai sekarang supaya Rakyat Malaysia boleh berbahas, memberi pandangan, mengambil bahagian dalam perbincangan global dengan semua negara dalam dunia ini.

Itu pandangan saya. Lagi pun Bahasa Inggeris adalah Bahasa Perhubungan Antarabangsa.