Petikan dari Utusan Malaysia Online 18 November 2009
Hentikan program realiti
Oleh YULPISMAN ASLI
utusanpahang@utusan.com.my
KUANTAN 17 Nov. - Program realiti seperti Sehati Berdansa, Akademi Fantasia dan Mentor wajar dihentikan kerana ia menggalakkan pembaziran di kalangan masyarakat.
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Abu Samah Shabudin berkata, kewujudan program-program seumpama itu juga hanya menguntungkan stesen televisyen dan syarikat telekomunikasi terbabit.
Sedangkan katanya, budaya berbelanja tidak seharusnya mendorong masyarakat atau pengguna melakukan pembaziran terutama dalam keadaan ekonomi dunia yang masih tidak menentu sekarang.
"Pada saya program seperti ini menjurus kepada pembaziran kerana ibu bapa terpaksa menambah nilai kad prabayar telefon bimbit bagi membolehkan anak-anak mereka turut serta. Keadaan seperti ini perlu dihentikan," katanya .
-----------------------------------
Ulasan
Saya menyokong penuh saranan dari Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang di atas. Malah saya pernah tulis dalam blog ini pada 12 November lalu supaya program SEHATI BERDANSA perlu diberhentikan sebab bukan budaya kita SUAMI ISTERI terlonjak-lonjak depan orang ramai.
Harap saranan di atas jangan hanya tinggal saranan sahaja.
No comments:
Post a Comment