Umat Islam diwajibkan mengerjakan solat sebanyak 5 kali sehari. Digalakkan juga bersolat secara berjemaah iaitu beramai-ramai dan diketuai oleh Imam.
Jika kita hayati di antara Subuh dan Zohor ianya adalah waktu yang agak panjang iaitu kira-kira 7 Jam. Tempoh ini adalah tempoh yang menyegarkan iaitu tempoh yang paling efektif untuk bekerja.
Di antara Zohor dan Asar adalah lebih kurang 2 jam 30 minit. Tempoh ini adalah tempoh yang kurang efektif sebab itulah selepas 2 jam 30 minit bekerja kita harus berehat (solat Asar berjemaah). Selepas solat Asar, kita diberi masa selama lebih kurang 3 jam iaitu untuk pulang ke rumah dan beriadah (bersukan/exercise) sebelum berjemaah Maghrib. Diantara Maghrib dan Isyak, kita diberi masa lebih kurang 1 jam 30 minit dan ini sudah cukup untuk kita membaca Quran atau mendengar tazkirah.
Selepas Isyak iaitu sebelum tidur jam 11.00 malam, kita bolehlah bersama keluarga atau mengunjungi jiran atau menunjuk ajar anak-anak.
Oleh yang demikian, saya sangat berharap amalan solat berjemaah ini bolehlah diamalkan di semua pejabat sama ada di pejabat kerajaan atau pun di pejabat swasta. InsyaAllah kerja yang kita kerjakan mendapat keberkatan dan lebih produktif.
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment