Sunday, August 23, 2009

Di Bulan Ramadan, Kedai Makanan Milik Orang Islam Perlu ditutup dari 5.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Saya menyarankan kepada kerajaan supaya membuat peraturan iaitu pada Bulan Ramadan, Kedai Makanan Milik Orang Islam (tidak kira apa bentuk sekalipun) perlu ditutup dari 5.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Saya lihat kebanyakan Restoran MAMAK (India Muslim) masih dibuka seperti biasa. Alasan mereka kalau tak bisnes macam mana mau bayar sewa?. Kalau mereka itu seorang Islam, itu jawapan bodoh namanya. Sebagai peniaga pandai-pandailah merancang. Ada sesetengan peniaga sebulan bulan ramadan dia boleh bercuti sebab keuntungan masa lalu telah diambilkira untuk menampung sebulan di bulan ramadan.

Terus terang saya katakan saya TIDAK SUKA ORANG ISLAM MENJUAL MAKANAN PADA BULAN PUASA DARI JAM 5.30 pagi hingg 12.30 tengahari. Jika berniaga disebelah petang tak apa tapi itu pun untuk orang berbuka puasa bukan untuk makan di situ.

Mohon Pengusaha Restoran MAMAK menghormati BULAN RAMADAN. Tak payah tunggu arahan kerajaan.

2 comments:

  1. Peniaga makanan perlu berniaga jika tidak bagaimana mau mendapat wang, cuma jangan menjual kepada orang islam, jika tutup overhead tauke yang nak tanggung pasal , cuma pastikan tidak menjual pada org islam..sekadar pandangan

    ReplyDelete
  2. Tuan bukaminda.com,
    peniaga makanan (islam) ni perlulah cari alternatif lain semasa bulan ramadan. Boleh berniaga dari Jam 12.30 tengahari secara bungkus macam peniaga bazar ramadan, Atau kumpul duit keuntungan 11 bulan lalu untuk menampung 1 bulan ramadan.

    Jual makanan untuk orang makan semasa siang hari di bulan ramadan seolah-olah memberi sokongan untuk orang tidak mengikut tuntutan Islam. ditakuti tiada keberkatan

    Alternatif lain mungkin akan lebih menguntungkan.

    sekadar pandangan saya sahaja

    ReplyDelete