Monday, March 1, 2010

SURAU DAN MASJID ELOK JANGAN DIKUNCI

Malam tadi saya singgah di sebuah surau di tepi jalan Ibu Kota. Waktu itu jemaah lelaki sedang melaksanakan solat Isyak. Saya baru nak ambil wuduk, tetapi saya lihat ada seorang wanita nak masuk ke tempat solat wanita tetapi sayangnya pintunya berkunci. Lalu wanita itu solat diluar bilik.

Dalam hati saya kenapalah surau selalu berkunci, tidakkah ia menyusahkan orang-orang yang ingin singgah solat?. Yang mengherankan saya surau dan masjid di bandar2 kebanyakannya hanya dibuka pada waktu solat wajib. Masa lain tutup.

Saya tahu ajk surau takutkan pencuri sebab itu mereka kuncikan surau/masjid. Tetapi tahukah anda dengan berbuat demikian akan menyusahkan pengguna (muslim) untuk singgah solat. Ini akan membuatkan orang akan menjauhi surau dan tak nak berhenti di surau/masjid sebab ia selalu berkunci.

Yang saya heran surau/masjid sepanjang saya balik kampung, apabila kami singgah untuk solat atau ke bilik air, surau/masjid tersebut tidak tutup pulak.

Jika niat kita baik iaitu membuka pintu dan pagar surau pada kebanyakan masa untuk memberi peluang kepada jemaah, InsyaAllah pencuri akan segan untuk masuk sebab sentiada ada orang. Kalau pun tiada orang, sudah pasti malaikat ada untuk menjaga surau tersebut. Janji Ikhlas.

Dengan tersiarnya artikel ini, hendaknya surau/masjid yang dulunya berkunci harap dibukakanlah sekarang.

No comments:

Post a Comment