Wednesday, March 10, 2010

BERUSAHA MENGELAKAN PENCERAIAN

Penceraian adalah sesuatu yang dibenarkan tetapi ia perlu dijauhi kecuali terpaksa. Pagi tadi saya dengar radio IKIM.fm membicarakan tentang penceraian. Saya tak sempat untuk sama-sama memberi pandangan semasa isu itu dibincangkan sebab saya dalam perjalanan ke ofis.

Saya ingin pesan kepada pasangan yang hampir hendak bercerai supaya dengarlah nasihat saya. Ketahuilah Allah suka hambanya berkasih sayang. Allah suka hambanya memaafkan kesalahan orang lain. Bagi pasangan-pasangan yang menemui jalan buntu saya nasihatkan supaya anda berdua berishtifar dan berdoa kepada Allah untuk menunjukkan jalan yang terbaik untuk diselesaikan.

Sementara itu cuba muhasabah diri. Umpama anda menanam pokok, anda perlu jaga pokok itu supaya ia tidak mati. Anda berkahwin dengan pasangan anda atas pilihan anda sendiri. Oleh sebab dia itu pilihan hati anda maka sudah semestinya anda mesti pertahankan pilihan tersebut. kalau anda tidak pertahankan maknanya anda menafikan pilihan hati anda. Anda tidak sayang kepada hati anda.

Ingatlah bahawa kemarahan jika dilayan akan menjadi marak. Jadikanlah kemarahan anda itu sebagai motivasi untuk mengurangkan kadar kemarahan dengan mendekatkan diri kepada Allah. Kemarahan anda merupakan satu peluang untuk anda membaiki diri. Jika anda boleh mengurangkan marah anda, maka Anda sebenarnya telah menang.

No comments:

Post a Comment