Friday, March 26, 2010

Amalkan Budaya Membaca di mana jua kita berada

Setiap tahun Perpustakaan Negara Malaysia membuat promosi supaya rakyat Malaysia rajin membaca biarpun di dalam kereta api. Apa yang saya perhatikan bahawa masyarakat kita (terutamanya bangsa Melayu) masih kurang mengamalkan membaca. Saya pernah berurusan di Bank di mana banyak pamplet-pamplet informasi yang disediakan tetapi amat kurang yang ambil dan baca sedangkan kebanyakkan menunggu giliran hingga 15-30 minit. Saya cadangkan semua yang sedang menunggu giliran supaya ambil pamplet dan baca. Sekurang-kurangnya kita tahu perkhidmatan yang bank sediakan walaupun kita memang tak minat perkhidmatan tersebut waktu itu. Ketahuilah dengan membaca kita akan mencerdaskan otak kita. Bila otak kita cerdas, banyak data yang dicerap oleh otak untuk menjadi satu maklumat yang berfaedah.

Begitu juga di Klinik-klinik, banyak pamplet mengenai penyakit dan cara pencegahan. Saya sarankan anda bacalah pamplet2 tersebut. Insya Allah bila anda membaca anda akan rasakan masa menunggu itu sekejap (walhal lama). Bila kita sedang membaca informasi tiba-tiba nombor giliran dipanggil, kita akan merasakan bahawa cepatnya nombor kita dipanggil.

Jadi saya sarankan anda bacalah apa sahaja dimasa-masa menunggu anda.

No comments:

Post a Comment