Setiap kejadian adalah dengan Izin Allah. Tidak bergerak sesuatu benda pun tanpa Izin Allah. Apabila hambanya membuat maksiat atau kejahatan, maksiat atau kejahatan tidak akan terjadi sekiranya Allah tidak Izinkan ia berlaku. Tetapi ingatlah bahawa keIzinan yang Allah yang diberikan bukanlah bermakna Allah Redha perbuatan tersebut. Apa yang penting bagi seorang hamba ialah mendapat Redha Allah.
Ketahuilah bahawa Allah tidak Redha manusia melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh NYA. Oleh itu untuk mendapat Redha Allah hendaknya kita buatlah apa yang Allah suka.
Wassallam
No comments:
Post a Comment