Pagi sabtu lalu saya berpeluang ke Taman Botani Negara, Shah Alam yang dulunya dikenali dengan nama Taman Pertanian Bukit Cerakah. Kemudian bertukar nama ke Taman Pertanian Cahaya Alam. Sabtu lepas saya lihat nama lain pulak iaitu Taman Botani Negara. Biar apapun namanya, saya mengharapkan supaya kerajaan perlu mempertingkatkan promosi supaya pelancong tempatan dan luar negara menjadikan Taman Botani Negara itu destinasi pilihan. Taman itu sebenarnya cantik dan memenuhi citarasa pencinta Alam.
Semasa menaiki bas yang disediakan di dalam taman tersebut, pengunjung termanggu-manggu kerana drebar dan pemandu pelancong langsung tidak bersuara. saya cadangkan supaya pemandu atau pemandu pelancong yang bertugas membawa bas tersebut membuat ulasan sedikit mengenai stesen-stesen persinggahan. Beri sikit info kepada pengunjung. Jangan senyap aje.
Banyak lagi yang boleh dipertingkatkan. Saya juga lihat ada tempat yang boleh dijadikan tempat memancing, jika sesuai, sediakan tempat memancing.
Marilah ramai-ramai ke Taman Botani Negara, boleh bawa makanan dan berkelah di situ. Banyak pondok-pondok dan suasananya pun dingin walaupun ditengahari sebab banyak pokok2.
Jambatan gantung pun ada. Mountain bike pun ada.
Masuk ke Taman tersbut murah aje ....dewasa RM3 kanak2 RM1.
No comments:
Post a Comment