Petang tadi saya hantar cuci kereta. Semasa saya menunggu, ada sebuah kereta baru CAMRY yang dipandu oleh seorang tua bersongkok yang juga ingin membasuh kereta.
Orang tua tersebut duduk berhampiran lalu saya menegurnya. Panjang lebar juga saya bersembang dengannya. Rupanya dia orang seberang (Indonesia) bukan rakyat Malaysia. Beliau datang pada tahun 1982. Beliau menceritakan bahawa beliau di sini berniaga. Dulu beliau berniaga di pasar tapi kini beliau berniaga Kain Telekong. Saya tanya ada kedai ke? Dia kata tiada. Dia cuma hantar ke kedai2 orang lain untuk dijual. Saya tanya ada telekong tu ambil di Indonesia ke? Dia kata tak. Dia buat sendiri. Sya tanya ada kilang ke? tidak. Dia cuma cari suri rumah yang pandai menjahit. Mereka jahit dirumah2 sendiri. Kemudian beliau kutip dan hantar ke kedai.
maka saya pun kata. Ya sebenarnya banyak kerja yang boleh dibuat, janji RAJIN.
Saya seru kepada anak2 muda, bangunlah dan buatlah apa2 kerja yang baik (halal) janganlah asyik lepak dan enjoy. ambil contoh orang seberang yang rajin tu.....
No comments:
Post a Comment