Hari ini saya terkejut lagi bila menatap Mingguan Malaysia yang tak serik2 menyiarkan gambar artis-artis Malaysia dan luar negara yang agak seksi. Hari ini (28 Mac 2010) ada beberapa gambar yang tidak manis untuk tatapan umum.
1. Gambar itu fantsi diriku. Betty Banafe.
2. Melodi Cinta. Rossa
3. Tak mahu berbogel lagi. Kendra Wilkinson
4. LiLo 'diharamkan' ke India? Lindsay Lohan
5. Kekecewaan kedua heroin Titanic. Kate Winslet
Gambar2 seperti itu sebenarnya akan menaikkan nafsu anak2 muda lebih2 lagi yang kurang iman
Kata nak kurangkan sumber2 pembuangan bayi... Saya berharap akhbar seharusnya membantu kerajaan untuk mengurangkan pengaruh2 seks bukannya sebagai sumber modal menaikkan nafsu seks.
Saturday, March 27, 2010
ROAD TO POWER : WHAT YOU THINK IS WHAT YOU GET
Pagi tadi saya berpeluang hadir Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Danau Kota (SKDK)Setapak. Sebelum mesyuarat seperti biasa ada ucapan perasmian. SKDK beruntung sebab dirasmikan oleh orang yang berpengalaman dalam bidang akademik dan motivasi. Beliau ialah YBhg. Dato' Dr. Hj. Mohd Shafie Bin Abdullah. Semasa ucapannya beliau telah memberi tips yang berguna iaitu jika Sekolah sasarkan pencapaian serama 45 pelajar Strait 'A' maka bolehlah gunakan kaedah Road To Power - What you think is what you get. Dalam konsep ini kita kena lihat apa entiti yang terlibat untuk menjayakan sasaran kita itu. Dalam kes untuk mencapai sasaran seramai 45 orang pelajar mendapat 5A, kita kena lihat siapa yang terlibat?. Pelajar, Ibu/Bapa, Guru. Semua entiti ini kena berkumpul bersama dan membuat strategi dan janji. Biarlah sasaran tersebut dikomited oleh semua entiti. Dan diulang-ulang janji2 ini.
Friday, March 26, 2010
Isyak Berjemaah Subuh Berjemaah Isnin Puasa Khamis Puasa
Setiap hari Radio IKIM.fm menyiarkan hadis yang bermaksud jika kita solat Isyak Berjemaah seolah-olah kita solat separuh malam. Jika kita solat Subuh Berjemaah seolah-olah kita solat sepanjang Malam (bila Isyak pun berjemaah). Oleh itu marilah kita cuba amalkan. Kemudian kita tambah amalan kita dengan berpuasa sunat Isnin dan Khamis. Selamat mencuba InsyaAllah.....
Pelbagai Karektor Manusia
Manusia ada pelbagai karektor. Seorang insan tidak sama karektornya dengan insan lain. Ada orang yang tak boleh duduk diam. Ada orang yang suka duduk diam. Ada yang boleh bercakap banyak. Ada pula yang tak pandai bercakap banyak. Ada orang banyak idea tapi idea dia tak kemana, bukan sebab idea tak bagus tetapi dia tidak keluarkan idea tersebut jadi idea tersebut tak boleh diimplementasi.
Kepada orang yang banyak idea tapi tak pandai hendak luahkan disarankan supaya menulis buku atau menulis diblog supaya idea tersebut boleh dikongsi sama.

Amalkan Budaya Membaca di mana jua kita berada
Setiap tahun Perpustakaan Negara Malaysia membuat promosi supaya rakyat Malaysia rajin membaca biarpun di dalam kereta api. Apa yang saya perhatikan bahawa masyarakat kita (terutamanya bangsa Melayu) masih kurang mengamalkan membaca. Saya pernah berurusan di Bank di mana banyak pamplet-pamplet informasi yang disediakan tetapi amat kurang yang ambil dan baca sedangkan kebanyakkan menunggu giliran hingga 15-30 minit. Saya cadangkan semua yang sedang menunggu giliran supaya ambil pamplet dan baca. Sekurang-kurangnya kita tahu perkhidmatan yang bank sediakan walaupun kita memang tak minat perkhidmatan tersebut waktu itu. Ketahuilah dengan membaca kita akan mencerdaskan otak kita. Bila otak kita cerdas, banyak data yang dicerap oleh otak untuk menjadi satu maklumat yang berfaedah.
Begitu juga di Klinik-klinik, banyak pamplet mengenai penyakit dan cara pencegahan. Saya sarankan anda bacalah pamplet2 tersebut. Insya Allah bila anda membaca anda akan rasakan masa menunggu itu sekejap (walhal lama). Bila kita sedang membaca informasi tiba-tiba nombor giliran dipanggil, kita akan merasakan bahawa cepatnya nombor kita dipanggil.
Jadi saya sarankan anda bacalah apa sahaja dimasa-masa menunggu anda.

Wednesday, March 24, 2010
Coretan dari Facebook
AJK Surau/Masjid perlu ada pelbagai peringkat iaitu terdiri daripada 'pesara', 'melayu', ,'cina muslim', 'india muslim', remaja dan kanak2. Ini supaya masing-masing dapat menarik angkatannya.
------
Bagi mengelakkan anda buang bayi, buanglah sifat buruk yang ada pada anda. Dampingilah AlQuran dan AlHadis. Berkawanlah dengan orang yang baik budi pekertinya. Ingatlah, perbuatan yang keji akan diindahkah oleh Syaitan menyebabkan anda seronok melakukan perbuatan keji tersebut. Jika IMAN tidak kuat di DADA nescaya akan tewaslah anda. so kuatkan iman.
-------
Saya ingin cadangkan supaya Jabatan Keselamatan Jalanraya perkenalkan tanda Zon Kelajuan misalnya catkan warna hijau di benteng/penghadang jalan bagi kelajuan 60, warna kuning bagi kelajuan 70, warna oren bagi kelajuan 80 dan seterusnya supaya pemandu tidak teragak-agak. Teragak2 boleh menyebabkan kemalangan.

Kemalangan Jalanraya Lebih Dahsyat Sekarang
Agaknya bahan untuk membuat kereta bermutu rendah sebab itulah bila eksiden remuk teruk. Tapi ada orang kata pemandu bawak kereta terlalu laju. Ada juga orang kata jalan teruk sebab tu mudah terbabas. Ada juga yang kata tahap kelajuan yang kurang sesuai.
Tapi saya ada pandangan, salah satu faktor yang boleh menyebabkan kemalangan ialah cara antara seorang dengan seorang pemandu lain tidak sama. Ada yang bawak laju, ada yang ikut peraturan kelajuan dan tidak kurang juga yang SKEMA.
Biar apapun sebab-sebab di atas. Terfikir pula saya untuk mencadangkan supaya tanda kelajuan di jalanraya perlu di improve. Kadang2 kita lihat Peringatan 70, tiba-tiba ada tanda 90 entah sepanjang mana ada pula tanda peringatan 70. Pemandu yang skema atau yang mengikut peraturan akan teragak2. Manakala pemandu yang memang biasa bawak laju akan terus bawak laju.
Jadi saya ingin cadangkan supaya Jabatan Keselamatan Jalanraya perkenalkan tanda Zon Kelajuan misalnya catkan warna hijau di benteng/penghadang jalan bagi kelajuan 60, warna kuning bagi kelajuan 70, warna oren bagi kejakuan 80 dan seterusnya supaya pemandu tidak teragak-agak.
fikirkanlah....

Sunday, March 21, 2010
Pertingkatkan promosi Taman Botani Negara, Shah Alam (Taman Pertanian Bukit Cerakah/Taman Pertanian Cahaya Alam)
Pagi sabtu lalu saya berpeluang ke Taman Botani Negara, Shah Alam yang dulunya dikenali dengan nama Taman Pertanian Bukit Cerakah. Kemudian bertukar nama ke Taman Pertanian Cahaya Alam. Sabtu lepas saya lihat nama lain pulak iaitu Taman Botani Negara. Biar apapun namanya, saya mengharapkan supaya kerajaan perlu mempertingkatkan promosi supaya pelancong tempatan dan luar negara menjadikan Taman Botani Negara itu destinasi pilihan. Taman itu sebenarnya cantik dan memenuhi citarasa pencinta Alam.
Semasa menaiki bas yang disediakan di dalam taman tersebut, pengunjung termanggu-manggu kerana drebar dan pemandu pelancong langsung tidak bersuara. saya cadangkan supaya pemandu atau pemandu pelancong yang bertugas membawa bas tersebut membuat ulasan sedikit mengenai stesen-stesen persinggahan. Beri sikit info kepada pengunjung. Jangan senyap aje.
Banyak lagi yang boleh dipertingkatkan. Saya juga lihat ada tempat yang boleh dijadikan tempat memancing, jika sesuai, sediakan tempat memancing.
Marilah ramai-ramai ke Taman Botani Negara, boleh bawa makanan dan berkelah di situ. Banyak pondok-pondok dan suasananya pun dingin walaupun ditengahari sebab banyak pokok2.
Jambatan gantung pun ada. Mountain bike pun ada.
Masuk ke Taman tersbut murah aje ....dewasa RM3 kanak2 RM1.

Azan Subuh 2 Kali : Kenapa tidak di amalkan di Malaysia?
Pada Sabtu lepas (20 Mac 2010), saya berpeluang menginap di Hotel BlueWave di Shah Alam. Saya terdengar Azan Subuh dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada jam 5.02 pagi. Waktu subuh di Shah Alam pada ketika itu ialah pada jam 6.02 pagi. Ini bermakna Masjid tersebut telah mengamalkan Azan Subuh sebanyak 2 kali. Saya teringat semasa saya menunaikan haji di Mekah di mana Azan Subuh memang 2 kali.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan supaya di Malaysia, semua masjid dan surau mengamalkan Azan Subuh sebanyak 2 kali. Kali pertama ialah satu jam sebelum masuk waktu subuh supaya penduduk setempat bersedia untuk ke Masjid/surau sebelum azan yang kedua. Insya Allah jika amalan ini dilaksanakan, hasilnya akan memberangsangkan.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam kerana telah berjaya menghimpunkan jemaah subuh melebihi 250 orang. Selepas subuh ada bacaan Quran beramai-ramai yang diketuai oleh IMAM masjid. Walaupun hanya 1 mukasurat sehari tetapi ia akan memberi kesan yang mendalam. Selepas bacaan Quran, imam akan membaca terjemahannya. Selepas itu sama-sama berselawat dan seterusnya membaca Asma Husna beramai-ramai. Saya pasti jemaah yang mengikutinya akan mendapat manfaat dan akan merasa rugi jika tertingal berjemaah subuh.
Bagi penduduk sekitar masjid tersebut, marilah sama-sama subuh berjemaah di masjid berkenaan.

Saturday, March 20, 2010
Tudung Wanita untuk disewa
Bagi wanita bertudung yang berkerjaya, memiliki pelbagai jenis tudung pada satu-satu masa adalah perkara biasa kerana fesyen dan warna tudung perlu sesuai dengan warna dan corak baju. Oleh yang demikian, setiap kali beli baju pastinya wanita akan memilih dan membeli tudung pula.
Harga tudung yang sederhana baik harganya dalam lingkungan RM20 hingga RM60. Katalah purata harganya RM30. Pada satu-satu masa bilangan tudung yang diliki ialah 15. 15x30 = RM450.
Apa kata kita buka bisnes sewaan tudung wanita.

Thursday, March 18, 2010
Di Kedah ada Seks Dalam Semak
Berita jam 8 di TV3 tadi (18/3/2010) memaparkan gejala seks di Rumah Terbengkalai di Sarawak dan suasana tawar menawar di tepi semak di Kedah. Jika tawaran di terima, pelanggan akan di bawa ke Hotel Semak berhampiran. Saya hairan kenapa keadaan ini berlaku di Malaysia. Yang peliknya ada pulak pelanggannya. Pelanggan tu semestinya lelaki. Wahai kaum lelaki, walaupun anda saja-saja nak main tawar menawar tetapi alah bisa tegal biasa. Sesekali betina pelacur tu offer RM1/= dan kebetulan nafsu mengganas....tewas hang. So janganlah terjebak dalam suasana begitu. Lebih baik awak pergi surau/masjid, bersihkan surau/masjid, cuci tandas surau/masjid....dapat juga berkatnya.
Wednesday, March 17, 2010
Cerita Orang Seberang Yang Berjaya
Petang tadi saya hantar cuci kereta. Semasa saya menunggu, ada sebuah kereta baru CAMRY yang dipandu oleh seorang tua bersongkok yang juga ingin membasuh kereta.
Orang tua tersebut duduk berhampiran lalu saya menegurnya. Panjang lebar juga saya bersembang dengannya. Rupanya dia orang seberang (Indonesia) bukan rakyat Malaysia. Beliau datang pada tahun 1982. Beliau menceritakan bahawa beliau di sini berniaga. Dulu beliau berniaga di pasar tapi kini beliau berniaga Kain Telekong. Saya tanya ada kedai ke? Dia kata tiada. Dia cuma hantar ke kedai2 orang lain untuk dijual. Saya tanya ada telekong tu ambil di Indonesia ke? Dia kata tak. Dia buat sendiri. Sya tanya ada kilang ke? tidak. Dia cuma cari suri rumah yang pandai menjahit. Mereka jahit dirumah2 sendiri. Kemudian beliau kutip dan hantar ke kedai.
maka saya pun kata. Ya sebenarnya banyak kerja yang boleh dibuat, janji RAJIN.
Saya seru kepada anak2 muda, bangunlah dan buatlah apa2 kerja yang baik (halal) janganlah asyik lepak dan enjoy. ambil contoh orang seberang yang rajin tu.....

Tuesday, March 16, 2010
BACALAH AL-QURAN SEBELUM SOLAT SUBUH BERJEMAAH
Membaca AlQuran setiap hari adalah amalan yang sangat dituntut. Dalam kesibukan bekerja setiap hari pergi pagi balik senja menjadikan alasan untuk kita menyatakan tak sempat nak baca Quran. Sebenarnya Allah sudah maklum bahawa manusia akan sibuk di waktu siang sebab itulah Allah menggalakkan kita bangun malam untuk mengingatinya. Oleh itu marilah kita sama-sama mencuba sedaya untuk membaca aL QURAN sebelum kita solat subuh. Amalkan setiap hari. Kalau bangun jam 5 pagi, insyaAllah sempat kita baca satu muka surat. Sehari 1 muka surat setahun kita dah baca 365 muka surat.
Sama-sama cuba ya. kalau boleh baca juga terjemahannya.

Rajin dan Gigih Berusaha Membawa Kejayaan
Saya ada seorang sepupu namanya Salim (nama gelaran di Kampung). Beliau ini bukan ada kelulusan yang hebat. Hanya setakat SPM. Tetapi oleh kerana beliau rajin berusaha. Gigih dan berterusan. Kini beliau telah dapat membina dua buah rumah di tanah milik arwah ayahnya. Beliau kini telah memiliki kereta Persona baru disamping kereta proton lama yang digunakan untuk membawa barangan niaga. Perawakan beliau amat simple dan selalu mengukir senyum. Beliau kini mengusahakan Air Soya, Fucuk Soya, Menjual ABC, mee kari, goreng pisang dan jual ikan keli. Walau secara kecil-kecilan tetapi telah menampakkan peningkatan yang ketara dan penuh keberkatan. Yang lebih membanggakan ialah beliau ini tak tahu penat lelah. Beliau masih sempat lagi mengambil upah membuat bilik rumah orang kampung yang mahukan khidmatnya yang kemas dan bermutu. Walaupun beliau meluangkan masa hanya 1 jam sehari untuk membuat bilik tetapi dalam masa sebulan bilik yang dibina siap juga.
Apa yang saya ingin maklumkan dan menyeru di sini ialah supaya remaja-remaja dikampung mengambil contoh Pakcik Salim (Kini berusia 44 tahun, telah beristeri dan mempunyai 4 orang anak). Rajin berusaha, tekun dan gigih akan membawa kejayaan, Insya Allah. Tekadkan hati, tinggalkan tabiat buruk seperti lepak2, merokok, hisap dadah, mencuri dan sebagainya (yang buruk) buatlah yang baik-baik. InsyaAllah akan berjaya.
Tidakkah anda ingin memiliki rumah sendiri, kereta sendiri, keluarga sendiri?

Wednesday, March 10, 2010
BERUSAHA MENGELAKAN PENCERAIAN
Penceraian adalah sesuatu yang dibenarkan tetapi ia perlu dijauhi kecuali terpaksa. Pagi tadi saya dengar radio IKIM.fm membicarakan tentang penceraian. Saya tak sempat untuk sama-sama memberi pandangan semasa isu itu dibincangkan sebab saya dalam perjalanan ke ofis.
Saya ingin pesan kepada pasangan yang hampir hendak bercerai supaya dengarlah nasihat saya. Ketahuilah Allah suka hambanya berkasih sayang. Allah suka hambanya memaafkan kesalahan orang lain. Bagi pasangan-pasangan yang menemui jalan buntu saya nasihatkan supaya anda berdua berishtifar dan berdoa kepada Allah untuk menunjukkan jalan yang terbaik untuk diselesaikan.
Sementara itu cuba muhasabah diri. Umpama anda menanam pokok, anda perlu jaga pokok itu supaya ia tidak mati. Anda berkahwin dengan pasangan anda atas pilihan anda sendiri. Oleh sebab dia itu pilihan hati anda maka sudah semestinya anda mesti pertahankan pilihan tersebut. kalau anda tidak pertahankan maknanya anda menafikan pilihan hati anda. Anda tidak sayang kepada hati anda.
Ingatlah bahawa kemarahan jika dilayan akan menjadi marak. Jadikanlah kemarahan anda itu sebagai motivasi untuk mengurangkan kadar kemarahan dengan mendekatkan diri kepada Allah. Kemarahan anda merupakan satu peluang untuk anda membaiki diri. Jika anda boleh mengurangkan marah anda, maka Anda sebenarnya telah menang.

SIMBOLIK DALAM ISLAM
Islam Indah kerana SIMBOLIK. Banyak perumpamaan, sindiran, bidalan dan simbolik dalam Islam. Antaranya ialah Wuduk. Untuk menunaikan solat, kita masih perlu ambil wuduk walaupun kita sudah mandi maupun sudah mandi wajib. Kalau ikut akal memang tak logik. Tetapi wuduk itu sebenarnya simbolik. Dan banyak lagi.... nanti saya sambung.
Sunday, March 7, 2010
AGM TAK CUKUP KORUM
Ada persatuan yang dibubarkan disebabkan tidak dapat mengadakan AGM. Ada juga persatuan yang masih berupaya mengadakan AGM tetapi kehadiran ahli hanya cukup korum. Tak apalah. Malangnya bila AGM hanya cukup korum maka pemilihan exconya amat limited iaitu hanya dikalangan yang hadir sahaja. Sedangkan yang hadir tersebut ada di antaranya hanya berminat untuk hadir program2 yang dianjurkan persatuan bukan untuk jadi exco.
Saya bimbang fenomena ini akan menyebabkan ahli takut nak hadiri agm pada masa akan datang.

Saturday, March 6, 2010
Kenapa Allah Menjadikan Manusia boleh MENDENGAR dan MELIHAT?
Asalnya manusia diciptakan dari air mani yang bercampur benih lelaki dan benih perempuan (kecuali nabi Adam dijadikan daripada Tanah).Semasa mula dilahirkan manusia tidak boleh sebut apa-apa. Allah ingin menguji manusia dengan perintah dan larangan sebab itulah Allah jadikan manusia itu berupaya mendengar dan melihat. Allah juga telah menunjukkan jalan yang lurus, ada yang bersyukur ada yang KUFUR. (rujukan ayat 2 & 3 surah Al-Insan)
Harapan agar para pembaca blog MindaBistari ikutlah jalan yang lurus....

MELUAT TENGOK IKLAN PRODUK MALAM JUMAAT
Saya berpandangan etika nama-nama produk perlu diwujudkan supaya tiada lambakan nama-nama produk yang bukan-bukan. Adakah patut Malam Jumaat dijadikan Jenama?. Produk2 lain seperti UBAT KUAT, KOPI JANTAN, KOPI MAK DARA, dan macam2 lagi adalah jenama yang boleh menjatuhkan maruah Melayu Islam.
Jika tidak dikawal, nanti ada produk namanya 'Pengalaman Pertama', 'Sedapnya XXX', 'Gebu', 'KeMUT' dan macam-macam.

Sijjin dan 'Illiyyin
"Sesungguhnya catatan orang yang durhaka benar-benar tersimpan dalam Sijjin" ,ayat tujuh surat At-Tatfif
"Sesungguhnya catatan orang-orang yang berbakti benar-benar tersimpan dalam 'Illiyyin." , ayat 18 surat At-Tatfif
Sijjin ialah nama kitab yang mencatat perbuatan orang2 yang durhaka (jahat).
'Illiyyin ialah kitab yang mencatat segala perbuatan orang-orang yang berbakti.
Oleh itu marilah kita sama-sama berebut supaya perbuatan kita semuanya dicatat dalam 'Illiyyin'.

Thursday, March 4, 2010
Alah Bisa Tegal Biasa
Sesuatu perkara yang kita lakukan akan menjadi amalan apabila kita telah biasa melakukannya. Perkara yang susah sekalipun akan menjadi senang dan seronok untuk dilakukan apabila kita sering lakukan. Oleh itu berhati-hatilah dalam melakukan sesuatu perkara. Janganlah hendaknya anda melakukan perkara-perkara yang salah baik dari sisi undang-undang negara lebih-lebih lagi undang-undang Islam.
Sebagai contoh: Jika kita sebelum ini tidak pernah berseluar pendek. Kali pertama kita pakai seluar pendek dikhalayak ramai, kita rasa janggal dan kemalu-maluan. Bila pakai kali kedua kita akan rasa confident. Kali ketiga. keempat, kelima kita dah jadi amalan biasa.
Begitu juga minum arak. Mula2 pening, rasa nak muntah. Tapi bila diulang-ulang lama-lama ketagih. Tak minum tak sah. Tak lengkap.
Begitu juga baca surat khabar setiap hari. Bila tak dapat surat khabar rasa tak lengkap hari itu.
Jadi apa yang ingin saya sampaikan ialah, jadikanlah amalan baik sebagai amalan biasa kita. Jangan jadikan perbuatan jahat sebagai kebiasaan kita.
Marilah kita sama-sama meninggalkan perbuatan jahat, menambah perbuatan baik setiap masa. Semoga Allah menempatkan kita di dalam golongan hamba yang diredhai. Amin.

Wednesday, March 3, 2010
PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK PANDU LALU
Dalam zaman serba serbi moden ini bermacam-macam fasiliti atau kemudahan baru telah, sedang dan akan muncul pada bila-bila masa mengikut keperluan semasa. Salah satu isu yang selalu dibangkitkan ialah berkaitan kesukaran untuk mendapatkan pembantu rumah dan kesusahan keluarga untuk menghantar anak ke nursery atau pusat jagaan kanak-kanak. Pusat jagaan kanak-kanak mula dibuka di Agensi-agensi kerajaan dan kini ia akan dilaksanakan di pihak syarikat swasta. Bila timbul isu ini saya mula terfikir bahawa adalah baik sekiranya pengusaha menyediakan kemudahan Pusat Jagaan Kanak-kanak Pandu Lalu."
ALLAH TIDAK REDHA HAMBANYA MEMBUAT MAKSIAT
Setiap kejadian adalah dengan Izin Allah. Tidak bergerak sesuatu benda pun tanpa Izin Allah. Apabila hambanya membuat maksiat atau kejahatan, maksiat atau kejahatan tidak akan terjadi sekiranya Allah tidak Izinkan ia berlaku. Tetapi ingatlah bahawa keIzinan yang Allah yang diberikan bukanlah bermakna Allah Redha perbuatan tersebut. Apa yang penting bagi seorang hamba ialah mendapat Redha Allah.
Ketahuilah bahawa Allah tidak Redha manusia melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh NYA. Oleh itu untuk mendapat Redha Allah hendaknya kita buatlah apa yang Allah suka.
Wassallam

Monday, March 1, 2010
SURAU DAN MASJID ELOK JANGAN DIKUNCI
Malam tadi saya singgah di sebuah surau di tepi jalan Ibu Kota. Waktu itu jemaah lelaki sedang melaksanakan solat Isyak. Saya baru nak ambil wuduk, tetapi saya lihat ada seorang wanita nak masuk ke tempat solat wanita tetapi sayangnya pintunya berkunci. Lalu wanita itu solat diluar bilik.
Dalam hati saya kenapalah surau selalu berkunci, tidakkah ia menyusahkan orang-orang yang ingin singgah solat?. Yang mengherankan saya surau dan masjid di bandar2 kebanyakannya hanya dibuka pada waktu solat wajib. Masa lain tutup.
Saya tahu ajk surau takutkan pencuri sebab itu mereka kuncikan surau/masjid. Tetapi tahukah anda dengan berbuat demikian akan menyusahkan pengguna (muslim) untuk singgah solat. Ini akan membuatkan orang akan menjauhi surau dan tak nak berhenti di surau/masjid sebab ia selalu berkunci.
Yang saya heran surau/masjid sepanjang saya balik kampung, apabila kami singgah untuk solat atau ke bilik air, surau/masjid tersebut tidak tutup pulak.
Jika niat kita baik iaitu membuka pintu dan pagar surau pada kebanyakan masa untuk memberi peluang kepada jemaah, InsyaAllah pencuri akan segan untuk masuk sebab sentiada ada orang. Kalau pun tiada orang, sudah pasti malaikat ada untuk menjaga surau tersebut. Janji Ikhlas.
Dengan tersiarnya artikel ini, hendaknya surau/masjid yang dulunya berkunci harap dibukakanlah sekarang.

Subscribe to:
Posts (Atom)