Ya memang tidak dapat dinafikan suatu masa dulu ramai Doktor wanita yang tidak bertudung. Jururawat juga tidak bertudung. Tapi sekarang sudah ramai yang mula bertudung. Tetapi masih ada yang belum mencuba untuk bertudung. Harap-harap lepas baca blog ini mereka akan mula pakai tudung.
Ramai juga isteri2 pemimpin yang tidak memakai tudung. Harap mereka pakai lepas ini. Sesungguh tiada mazhab yang mengatakan dedah rambut, dedah dada, dedah lengan itu tidak berdosa.
Jika akui ianya DOSA kenapa buat?. Jika dedahkan juga maknanya anda memang tak nak ikut Islam. Jika sendiri tak nak ikut Islam, maka usahlah nak perjuangkan Islam.
Jangan salahkan suami, jika isteri tidak bertudung. sebab saya percaya ada juga suami yang suruh tapi isteri yang tak mahu. isterinya kan dah besar panjang dah pandai fikir sendiri.
Kepada isteri yang tidak bertudung, kesihanlah kepada suami anda. Nanti beliau cari lain baru tau.
Oleh sebab ramai yang berjaya (rezeki melimpah ruah) tidak bertudung maka sekarang ini saya dapati sudah ramai anak-anak muda kembali Tidak Bertudung sebabnya ramai wanita yang berjaya Tidak Bertudung. TERUTAMA PENYANYI, PELAKON, MODEL, PELAWAK, KETUA ORGANISASI.
Pada pandangan anak muda (gadis), peluang pekerjaan akan lebih mudah jika tidak bertudung. Oleh sebab iman di dada tak kuat maka anak gadis ini akan menanggalkan tudung untuk menghadiri temuduga. Sebab peluang untuk diterima bekerja akan lebih cerah terutama di syarikat non-muslim.
No comments:
Post a Comment