Pagi tadi saya pergi ke Pasar Tani, di situ ada orang jual makanan (nasilemak/kueh/nasikerabu/laksam) dan sebagainya. Isteri saya membeli kueh, nasi kerabu dan laksam. Kebiasaannya beg plastik bungkus tu susah nak buka untuk memasukkan makanan yang kita beli. Untuk membukanya, penjual tu menggunakan air liur iaitu jarinya cepat-cepat menyentuh lidahnya dan terus jarinya membuka plastik. Hati saya tidak merestui cara itu, tetapi saya tidaklah sampai menegurnya.
Bagaimanapun bila dirumah saya kurang selera nak makan sebab teringatkan peristiwa itu. Jadi bagaimanakah cara nak bagi tahu penjual itu?
Perlakuan itu perlu di hentikan sebab jari dia yang berulang-ulang mengenai lidahnya itu jugalah yang akan memegang senduk, sudu, plastik, kertas yang digunakan untuk membungkus makanan.
Siapa yang ada kamera boleh buat rakaman.
Di Pejabat Pos dah sediakan air untuk dicelup. kenapa digerai tak boleh menggantikan air liur dengan air biasa?
Hai Dunia...dunia... Lepas ni saya dah tak nak beli kat situ.... tak selera.
No comments:
Post a Comment