Tuesday, January 5, 2010

Marilah Kita Menuju Cara Islam Sepenuhnya

Salam.

Kawan-kawan semua, sekali lagi saya menyeru dan memperingatkan diri kita supaya melaksanakan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam. Sesungguhnya ugama Islam adalah ugama yang benar. Selain Islam adalah BATIL.

Melihat dari segi tempat ibadatnya, semua orang akan melihat ia bersih dan indah. Tiada asap, tiada bauan yang tidak menyenangkan melainkan bau wangi minyak atar.

Kita ada peraturan untuk memperbaharui ingatan kita kepada Pencipta iaitu dengan mengerjakan solat 5 kali sehari. Sebelum bersolat kita ambil wuduk. Ini bermakna jika kita tidak mandi pun hari itu namun kita dah pun membasuh anggota penting kita.

Jika kita tidak bersenam hari itu tetapi jika kita solat dengan betul, baca surah al-quran dengan betul tajwidnya maka solat itulah Senaman kita.

Kita disuruh tutup aurat maka telah tertutuplah satu pintu syaitan kepada orang lain. Jika orang lain tutup aurat maka peluang untuk kita lihat perkara haram dah tertutup. baguskan?

Jika kita ikut cara Islam mana mungkin kita mencuri. jika kita mencuri maka itu maknanya kita bukan ikut cara Islam.

Jika kita ikut cara Islam mana mungkin kita merokok. jika kita merokok juga maka maknanya kita bukan ikut cara Islam.

Jika kita ikut cara Islam mana mungkin kita berjudi. jika kita berjudi juga maka maknanya kita bukan ikut cara Islam.

Jika kita ikut cara Islam mana mungkin kita minum arak. jika kita minum arak maka maknanya kita bukan ikut cara Islam.

Jika kita ikut cara Islam mana mungkin kita ambil rasuah. jika kita ambil rasuah juga maka maknanya kita bukan ikut cara Islam.

jika kita ikut cara Islam mana mungkin kita membuang sampah merata-rata. jika kita buang sampah merata-rata maknanya kita bukan ikut cara Islam.

Jika kita ikut cara Islam mana mungkin kita dedah aurat. jika kita dedah aurat kita maka maknanya kita bukan ikut cara Islam.

Jika kita ikut cara Islam mana mungkin kita berzina. jika kita berzina juga maka maknanya kita bukan ikut cara Islam.

Jika kita ikut cara Islam mana mungkin kita makan berlebihan. jika kita makan berlebihan maknanya kita bukan ikut cara Islam.

Jika kita ikut cara Islam mana mungkin kita menipu. jika kita menipu juga maka maknanya kita bukan ikut cara Islam.

Jika amalan kita banyak yang tidak mengikut cara Islam maka kita Islam tulin atau Islam fasik?

Oleh itu marilah kita sama-sama mengamalkan apa-apa yang disyorkan oleh Islam.

No comments:

Post a Comment