Monday, January 18, 2010

HAKIKATNYA BEGITU......

Sekarang baharu saya sedar setelah hidup hampir separuh abad. Rupa-rupanya kita kena pandai pilih hobi atau pilih kawan. Dulu semasa saya giler snooker, kalau pergi kemana-mana jika ada kedai snooker saya singgah main. Disitu biasanya kita akan jumpa orang yang biasa kita jumpa dikedai snooker yang lain. maknanya peminat snooker ni bila dia travel mana-mana pun dia akan cari tempat main snooker juga.

Dulu semasa saya giler memancing, bila pergi memancing dimana-mana pun saya akan jumpa orang yang sama-sama mancing di tempat lain juga.

Sekarang saya minat bowling. Bila saya pergi main boling di mana-mana tempat maka saya akan jumpa orang yang sama minat boling.

Dalam masa yang sama saya suka singgah solat subuh di masjid-masjid yang hampir dengan tempat tinggal bila waktu outstation. Di masjid pun kadang-kadang terjumpa orang yang sama-sama solat subuh di masjid yang lain.

Maknanya kalau kita nak jumpa orang DALAM SURGA maka di dunia ini kita kenalah sukakan hobi ahli surga. Lakukan hobi yang baik-baik.

Kalau hobi anda yang tak baik maka akibatnya kita akan jumpa ahli neraka.

pikir sajalah ya

No comments:

Post a Comment