Semut merupakan makhluk Allah yang ada disebut di dalam AlQuran. Bukan sahaja ia disebut malah ada satu surah dipanggil Surah Semut (An-Naml). Ini bermakna semut ada keistimewaanya. Semangat kerjasama semut harus diteladani. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Bila ada semut di dalam rumah kita...mesejnya ialah pasti ada makanan semut yang bertebaran yang boleh diakses oleh semut di sekitar rumah kita.
Oleh itu jika kita hendakkan rumah kita bebas semut, kita kena usahakan membersihkan rumah kita supaya semut tak dapat makan. Bila semut tak dapat makan maka pastinya semut akan berpindah ke tempat lain.
InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment