Sejak akhir-akhir ini sering kedengaran jenayah yang pelik-pelik. wanita mati disumbat dalam almari. kanak-kanak dirogol dan dibuang dalam tasik. kanak-kanak diseksa. Ragut hingga mangsa mati. khalwat dimerata-rata sempena tahun baru. barang besar hilang. dan macam-macam lagi.
Apakah tanda semua ini?. Pada pandangan saya ia menandakan bahawa keimanan masyarakat yang hidup di negara ini (termasuk warga asing) amat nipis. Sebab apa? Sebabnya ialah Baik dari atas hinggalah ke institusi keluarga langsung tidak ada inisiatif untuk mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pencipta.
Jika kita ikut peraturan yang telah ditetapkan di dalam alQuran dan Hadis, Insya Allah negara kita akan dihindari dari kerosakan akhlak masyarakat. Ini terbukti semasa Masyarakat di Kota Madinah dalam keadaan Jahil, kemudian apabila Islam datang dengan sendirinya masyarakat menjadi baik.
Sebab pokok pangkalnya ialah daripada HATI. Hati ini akan diberi hidayah oleh pencipta apabila Dia ingin memberinya. Untuk membolehkan Dia memberi, kita kena ikut apa yang Dia suruh buat dan tinggalkan apa yang Dia minta kita jauhkan. Kita mohon taufik dan hidayah daripada Pencipta untuk kita dan rakyat malaysia yang beriman.
Baik undang-undang maupun adap sopan, ikutlah ISLAM. Insya Allah aman negara kita.
Nukilan hati MindaBistari di awal tahun 2010. Wassalam
No comments:
Post a Comment