Saturday, March 27, 2010

ROAD TO POWER : WHAT YOU THINK IS WHAT YOU GET

Pagi tadi saya berpeluang hadir Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Danau Kota (SKDK)Setapak. Sebelum mesyuarat seperti biasa ada ucapan perasmian. SKDK beruntung sebab dirasmikan oleh orang yang berpengalaman dalam bidang akademik dan motivasi. Beliau ialah YBhg. Dato' Dr. Hj. Mohd Shafie Bin Abdullah. Semasa ucapannya beliau telah memberi tips yang berguna iaitu jika Sekolah sasarkan pencapaian serama 45 pelajar Strait 'A' maka bolehlah gunakan kaedah Road To Power - What you think is what you get. Dalam konsep ini kita kena lihat apa entiti yang terlibat untuk menjayakan sasaran kita itu. Dalam kes untuk mencapai sasaran seramai 45 orang pelajar mendapat 5A, kita kena lihat siapa yang terlibat?. Pelajar, Ibu/Bapa, Guru. Semua entiti ini kena berkumpul bersama dan membuat strategi dan janji. Biarlah sasaran tersebut dikomited oleh semua entiti. Dan diulang-ulang janji2 ini.

No comments:

Post a Comment