Tuesday, March 16, 2010

Rajin dan Gigih Berusaha Membawa Kejayaan

Saya ada seorang sepupu namanya Salim (nama gelaran di Kampung). Beliau ini bukan ada kelulusan yang hebat. Hanya setakat SPM. Tetapi oleh kerana beliau rajin berusaha. Gigih dan berterusan. Kini beliau telah dapat membina dua buah rumah di tanah milik arwah ayahnya. Beliau kini telah memiliki kereta Persona baru disamping kereta proton lama yang digunakan untuk membawa barangan niaga. Perawakan beliau amat simple dan selalu mengukir senyum. Beliau kini mengusahakan Air Soya, Fucuk Soya, Menjual ABC, mee kari, goreng pisang dan jual ikan keli. Walau secara kecil-kecilan tetapi telah menampakkan peningkatan yang ketara dan penuh keberkatan. Yang lebih membanggakan ialah beliau ini tak tahu penat lelah. Beliau masih sempat lagi mengambil upah membuat bilik rumah orang kampung yang mahukan khidmatnya yang kemas dan bermutu. Walaupun beliau meluangkan masa hanya 1 jam sehari untuk membuat bilik tetapi dalam masa sebulan bilik yang dibina siap juga.

Apa yang saya ingin maklumkan dan menyeru di sini ialah supaya remaja-remaja dikampung mengambil contoh Pakcik Salim (Kini berusia 44 tahun, telah beristeri dan mempunyai 4 orang anak). Rajin berusaha, tekun dan gigih akan membawa kejayaan, Insya Allah. Tekadkan hati, tinggalkan tabiat buruk seperti lepak2, merokok, hisap dadah, mencuri dan sebagainya (yang buruk) buatlah yang baik-baik. InsyaAllah akan berjaya.

Tidakkah anda ingin memiliki rumah sendiri, kereta sendiri, keluarga sendiri?

No comments:

Post a Comment