Thursday, January 14, 2010

Percepatkan Semua Urusan Surat Menyurat

Kabinet hari ini mengarahkan semua jabatan dan agensi kerajaan yang berurusan secara langsung dengan orang ramai untuk menjawab secepat mungkin segala surat-menyurat yang dikemukakan kepada mereka. -Petikan dari Utusan Malaysia Khamis 14 Januari 2010 (Muka 8).

Ulasan.

Saya setuju sangat saranan ini. Bagaimanapun saranan ini sebenarnya bukan perkara baru tetapi ia perkara lama yang diperbaharui untuk mengingatkan pelaksana-pelaksana. "Berilah Peringatan kerana Peringatan itu Bermanfaat"
Saya cadangkan semua surat perlu dijawab secara am dahulu (menyatakan telah terima dan akan menelitinya, jika tidak mendapat jawapan dalam masa xx hari, Sila hubungan pegawai Si Anu Bin Anu di talian atau emel sebelum sebarang tindakan susulan dibuat. Dengan cara ini pengguna/pelanggan akan merasakan suratnya sudah diambil tindakan maka tahap kemarahannya akan menurun.

1 comment:

  1. Salam,

    Kini terdapat cara yang mudah menguruskan surat yang banyak dengan penggunaan Sistem Pengurusan Surat

    ReplyDelete