Wednesday, January 27, 2010

INGATAN KEPADA PENULIS BUKU

Menulis buku adalah satu pekerjaan yang mulia kerana buku merupakan saluran untuk sebaran maklumat atau ilmu kepada pembacanya. Walau bagaimanapun sesuatu buku itu boleh juga menjadi satu fitnah dan merosakkan pemikiran pembacanya. Dua situasi yang berlawanan ini adalah bergantung kepada kandungan buku tersebut.

Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah etika penulis-penulis buku hendaklah tinggi. Saya tidak berapa suka jika penulis buku tidak menjaga kualiti kandungan buku atau mesej yang ingin disampaikan disebabkan semata-mata untuk meraih keuntungan singkat atau fakta yang diberikan diragui kebenarannya. Terkadang-kadang buku yang best seller, jika dibaca tidak sehebat mana kandungannya berbanding yang tidak best seller.

Bagi buku-buku ugama terutama sejarah nabi, sejarah para sahabat nabi, sejarah imam-imam muktabar, saya berharap ia perlu ada penapisan dari pihak yang pakar/ulamak/ikim/jakim supaya fakta yang diberikan atau cerita yang disampaikan adalah betul dan tidak mengelirukan.

Setiap buku atau penerbitan untuk bacaan umum dicadangkan mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri. Mana-mana buku dipasaran yang tiada kelulusan KDN hendaklah dihapuskan.

Saranan saya ini semata-mata mengharapkan buku yang ada dipasaran adalah bermutu dan mempunyai fakta-fakta yang sahih (kecuali buku novel atau buku jenaka).

Moga Allah membantu tuan/puan untuk memahami maksud/pandangan MindaBistari ini.

No comments:

Post a Comment