Friday, January 29, 2010

Bas pecut 170 km/jam - Perkara Biasa

Bukan sahaja bas yang memejut laju di jalanraya malah lori besar pun begitu terutama yang bawak kontena kosong. Kereta tak usah cakaplah rata2 melebihi had laju. Tetapi pada pandangan saya pihak berkuasa perlu membuat pemantauan lebih mengenai perkara ini. Jangan sampai hanya sebahagian yang kena saman tetapi sebahagian besarnya tak kena. yang kena saman pulak tu yang terlebih sikit-sikit je misalnya kalau kelajuan 110km, dapat surat saman kerana pandu 121 km/j.

Oleh sebab jalanraya pun sudah cantik dan baik mutunya. Tambahan pula teknologi permotoran telah canggih (bila bawak laju tak terasa) maka saya dengan ini ingin mencadangkan supaya had laju dinaikkan sedikit. Jika Had Laju 110 km/j maka dicadang dinaikkan kepada 130km/j. Jika di tempat 90km/j dicadangkan dinaikan kepada 110km/j. Harga Tol boleh naik, takkanlah hadlaju tak boleh dinaikkan.
Keadaan semasa: Hadlaju tak Naik, Tapi Kemalangan Terus Meningkat.

Sebabnya.

1. Saya pernah cuba mengikut kelajuan tetapi tak boleh ikut lane tengah sebab orang lain pandu lebih. mereka mulalah beri lampu. kita terpaksa ke tepi. Bila ketepi kereta di lane tepi tu bawak ada yang kurang dari 90km. sebenarnya Had Laju (yang tidak sesuai) juga menyumbang kepada kemalangan jalanraya.

HARAP DAPAT KAJI SEMULA HADLAJU DIJALANRAYA dengan mengambilkira teknologi sekarang.

sama-sama kita memperbaiki keadaan

No comments:

Post a Comment