Saturday, May 30, 2009

BERAPA BANYAK KEMPEN DAH....ROKOK TETAP KU HISAP

Saya sudah jemu dengan pelbagai kempen Tidak Merokok, Merokok Merbahayakan Kesihatan, Tak Nak Merokok, Amaran pada kotak dan kini gambar berwarna pula pada kotak rokok.

Kepada orang yang merokok mereka akan tetap terus merokok sehingga sakit. Kini mereka rasa berpuashati kerana kerajaan telah berjaya mencantikkan kotak rokok. kita tahu packaging penting dalam menarik minat pelanggan. Bayar mahal pun tak apa sebab kotaknya cantik dan berwarna warni pula.

Saya tak paham apa rasionalnya menyediakan gambar pada kotak rokok. Buat aje keputusan Malaysia Diharamkan Menjual Rokok - Mudah saja. Siapa jual akan dikenakan tindakan/denda.

Belanja untuk kempen dah berapa juta RM agaknya.

Dulu dalam blog ini saya pernah cadangkan supaya

HARAMKAN ROKOK INSYAALLAH, KADAR PENAGIHAN DADAH AKAN BERKURANGAN sebab ramai yang ketagih rokok. Bila ramai yang mencari-cari rokok maka ramailah jadi pengedar rokok. Secara tidak langsung Pegedar Dadah akan menukar profession menjadi Pengedar Rokok. Oleh itu Pengedaran Dadah akan berkurangan. Maka jumlah penagih dadah juga lama-kelamaan akan berkurangan sebab tiada bekalan.

TIADA ROKOK DIPASARAN TERBUKA BOLEH MENGURANGKAN PENAGIHAN DADAH! tak caya cubalah haramkan Penjualan Rokok

Pengalaman Seorang Rakan Perokok yang Telah pun berhenti Merokok
Si A merokok sejak berusia 11 Tahun. Mula-mula Si A mencuri-curi hisap rokok takut famili nampak. Bila bersekolah menengah dari tingkatan 1 Si A hisap rokok setiap kali dalam perjalanan dari sekolah ke rumah. Semasa Tingkatan 3 beliau diserempak dengan bapanya ketika sedang hisap rokok. Bapanya hanya perli, patutlah duit selalu tak cukup rupanya beli rokok.

Tapi sejak itu Si A dah tidak takutlagi hisap rokok depan ayahnya. Tingkatan 3 dah dapat lesen. Si A ini Perokok tegar sehingga ke Universiti. Berbuih nasihat dari sekeliling supaya jangan merokok tapi itu semua tidak pakai punya. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Bila kawin. Isteri suruh berhenti - Tidak JUga. Bila ada anak, si Anak suruh berhenti - Tidak juga. Kesimpulannya bagi perokok cakap apa sahaja pasti Rokok Tetap ia Hisap.

Bagaimana Si A boleh berhenti?

Si A telah berhenti 3 tahun tanpa sebatang rokok pun dihisapnya. Kata Si A dia berhenti sebab dia ada TARGET. Iaitu dia akan cuba buang apa sahaja yang NEGETIF. Si A ada sasaran iaitu nak PERGI HAJI. Setahun sebelum pergi Haji beliau dah mula tinggalkan rokok sebab beliau tahu rokok itu Negetif. Pada bulan Ramadan tahun 1995 beliau berhenti merokok. Sehingga sekarang beliau tidak merokok. Beliau tidak merokok bukan sebab KEMPEN tetapi sebab HATI dan KEMAHUAN.

Jika anda MAHU pasti anda BOLEH.

No comments:

Post a Comment