Friday, May 22, 2009

AKU TAK PUAS HATI KEPUTUSAN

Anda Tidak puas hati tentang keputusan tersebut? (Keputusan yang dimaksudkan di sini ialah apa-apa keputusan yang ada dalam minda anda, sehingga tergamak anda klik topik dalam blog ini).

Biar apapun isu, apabila keputusan tidak memihak kepada kita maka kita akan rasa tidak puas hati. Perasaan itu memang biasa. Tetapi kita hidup di dunia ini mesti ikut peraturan dan undang-undang. Seseorang yang jelas berzina misalnya tetapi pendakwa tidak dapat mendatangkan 4 saksi yang adil maka dia akan terlepas hukuman (didunia) ini. Bila dia terlepas dari hukuman maka kita tidak boleh lagi kacau dia. Biarkanlah dia, jika dia sedar perbuatannya salah sudah pasti dia akan memperbaiki dirinya. Jika dia masih tidak sedar kerana menyangka dia hebat sudah pasti dia akan berzina lagi dan makin rosaklah dia.

Rumusan saya: Jangan kacau lagi mereka, kita buat kerja kita sekarang, Insya Allah kerja yang ikhlas akan mendapat barkah.

No comments:

Post a Comment