Monday, May 4, 2009

Saya sudah di PTS kan. Anda?

Saya sebenarnya kurang faham maksud ungkapan yang dipopularkan oleh PTS. Yang saya faham ayat "Saya sudah di PTS kan" ialah diri dan pemikiran saya sudahpun sebati dengan PTS iaitu apabila membeli buku tidak ada penerbit lain yang akan saya cari melainkan PTS. Apakah itu maksudnya? Kalau boleh pihak PTS bolehlah beri komen.

Sebenarnya saya menyukai membaca buku keluaran PTS kerana semua bukunya berbentuk positif. Sesungguhnya tidak terdapat sebuah buku pun yang menceritakan sesuatu yang buruk seperti "Gadis bohsia itu telah pun mengakui kesilapannya. Dulu ketika gadis tersebut tidak kenal dosa pahala, beliau merelakan tubuhnya diratah oleh lelaki-lelaki bernafsu buas". Penerbit PTS pasti akan mengubah ayat menjadi positif. Misalnya " Kesedaran seorang gadis dalam melalui liku-liku hidup yang penuh pancaroba telah mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa".

Saya berharap PTS akan dapat memperjuangkan kualiti di dalam berkarya.

Hak Cipta Terpelihara, Minda Bistari, 2009

No comments:

Post a Comment