Monday, May 4, 2009

PIHAK BERKUASA SEPANG TOLONGLAH ATASI KESESAKAN TRAFIK DISIMPANG TIGA DI PEKAN SEPANG

Pada 3 Mei 2009 (ahad) saya bertolak dari KL ke Port Dickson Melalui Pekan Sepang. Setiba di pekan Sepang ialtu simpang ke PD. Perjalanan saya cukup selesa. Tiada kereta pun dari arah sepang ke port dickson atau dari Nilai ke Port Dickson. Saya dapati Lampu Isyarat Hijau tapi tiada kereta. Tetapi saya sedih lihat kereta dari Port Dickson beratur panjang untuk ke ke Nilai HANYA KERANA LAMPU ISYARAT MERAH. Kalau tidak silap saya panjangnya 3 KM (Kepada yang terkena mohon sokong melalui komen). Kesihan pemandu, nak langgar peraturan takut disaman. Ikut peraturan MASA rugi sebab lampu isyarat tidak berakal. JADI saya mintalah anggota polis ke anggota Majlis Perbandaran ke tolonglah kawal lalulintas disitu supaya pengguna jalanraya ni selesa. Daripada duduk di balai baik jaga trafik light (Pada waktu tertentu sahaja bukannya berterusan). Itulah pandangan saya. Jika saya tak tulis disini hati saya tak senang.

Ya sama-samalah kita lancarkan perjalanan pembayar cukai.

CUKAI DIBAYAR PERKHIDMATAN DITERIMA
PERKHIDMATAN TERUK CUKAI TAK IKHLAS
WAHAI PEMIMPIN PENGUASA BIJAKSANA
ARAHKAN ANGGOTA MU BERTINDAK PANTAS

Hak Cipt Terpelihara, Minda Bistari, 2009

No comments:

Post a Comment