Friday, May 8, 2009

Cadangan Kepada Kementerian Pertanian

Rata-rata mengetahui bahawa Malaysia sangat kaya dengan tanam-tanaman. Saya mencadangkan supaya Kementerian Pertanian membuat kaji selidik di seluruh Malaysia bagi mengetahui lebihan tanaman (sayuran, buah-buahan dsb)di seluruh negara.

Secara kasarnya jika kita pergi ke kampung-kampung, kita dapati buah kelapa banyak di atas pokok tidak diambil oleh tuannya dan sampai masa buah kelapa tersebut gugur begitu sahaja. Tuan punya kelapa pula bila nak santan mereka beli yang sudah siap.

Begitu juga buah jambu batu, buah betik, buah nangka, buah cempedak, buah rambutan, buah langsat dan sebagainya banyak yang dibazirkan, Sayur pun begitu juga, kita lihat kacang botol, kacang panjang, cili dsbnya ada di laman-lama rumah orang kampung tapai terbiar tiada yang ambil untuk dimanfaatkan.

Tujuan saya ialah supaya ada inisiatif dari mana pihak untuk mengambil, mengumpul dan mesarkan, Manfaatnya kongsi bersama.

Sekian, terima kasih

No comments:

Post a Comment