Thursday, May 28, 2009

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN.

PAKYAT DI DAHULUKAN

Saya ingin mencadangkan supaya ADUN mengadakan mesyuarat bersama rakyat di bawah Dewan Undangannya sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Buat surat jemputan secara formal/rasmi iaitu secara bersurat atau kad jemputan. Jika terlalu ramai pecahkan mengikut Zon. Di dalam mesyuarat tersebut agendanya seperti berikut:

-Perutusan Pengerusi
-Pengesahan Minit (Jika nesyuarat kali kedua)
-Perkara-perkara berbangkit
-Pembentangan Kertas Makluman 1 (Tajuk bebas & berbentuk knowledge sharing)
-Pembentangan Kertas makluman 2 (Tajuk bebas & berbentuk penjelasan dasar kerajaan)
-Pembentangan Kertas makluman 3 (Tajuk bebas & berbentuk peningkatan Modal Insan)
-Lain-lain hal
-Penutup

Dengan cara ini saya percaya ADUN akan dapat mendengar secara terus dari Rakyat dan rakyat pun akan lebih dekat dan mengenali pada ADUN. Rakyat kenal bukan dengan namanya tetapi dengan raut wajahnya sekali.

PRESTASI DIUTAMAKAN

Dari isu-isu yang dibangkitkan oleh Rakyat, ADUN mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengutamakan penyelesaiannya. Selesaikan permasalah rakyat di bawah Dewan Undangannya. Dari sini Rakyat akan menilai prestasi ADUN berkenaan. Oleh itu utamakan Prestasi kerja tersebut.

Rumusan

Dengan adanya aktiviti di atas saya berkeyakinan penuh rakyat merasa mereka adalah sebahagian dari Kerajaan kerana Kerajaan melaksanakan apa yang mereka mahu dan mereka juga akan menyumbang untuk Kerajaan. Konsep Win Win.

No comments:

Post a Comment