Wednesday, June 3, 2009

TAHNIAH KEPADA HOSPITAL SULTAN AHMAD SHAH TEMERLOH

Pengalaman saya mendapatkan rawatan perubatan untuk ibu saya di Hospital Sultan Ahmad Shah amat meninggalkan kesan dihati saya. Keseluruhan anggota Hospital amat menjiwai slogan yang dipamirkan dimerata-rata iaitu Kami Sedia Membantu.

Walaupun rawatan bermula jam 10.10 pagi dan berakhir pada 1.45 petang (termasuk ubat) tetapi sepanjang masa rawatan anggota Hospital yang bertugas sering bertanya dan menegur membuatkan pelanggan tidak rasa lama berada di situ.

Suasana di Hospital tersebut sangat menarik. Kafeteria Hospital pula amat selesa dan mempunyai harga berpatutan.

Sekalung Tahniah juga kepada Dr. Zawawi yang kebetulan bertugas semasa saya mendapat rawatan untuk ibu saya. Saya percaya Dr lain pun sama berhemah seperti beliau.

Tahniah Kementerian Kesihatan.

No comments:

Post a Comment