Tuesday, June 23, 2009

KERPAN - Kerusi Panas RADIO 24

Setiap hari saya meninggalkan pejabat antara jam 6 petang atau 6 suku. Saya pulang kerumah menaiki kenderaan. Saya sentiasa mendengar Radio 24. Saya suka dengar rancangan Kerusi Panas yang di hoskan oleh Azlan Idris. Rancangan tersebut disiarkan setiap hari dari jam 6.30 petang hingga 7.00 malam. Entah mengapa hari ini baru terdetik saya nak tulis dalam blog ini mengenai KERPAN iaitu singkatan dari Kerusi Panas. Waktu tu tetamu ialah EFFA RAZIAH. Saya tertarik dengan kenyataannya iaitu "BERILAH PELUANG KEPADA ORANG YANG INGIN BERUBAH". Mungkin beliau bercakap mengikut pengalamannya. Ya Saya setuju dan kepada pembaca semua, Kita kena berfikiran Positif. Jika ada orang yang ingin berubah --- berilah galakan dan sokongan.

No comments:

Post a Comment