Tuesday, July 7, 2009

TAK SETUJU KOMPAUN DIBERI DISKAUN JIKA...

Saya cukup tidak berkenan mana-mana pihak yang memberi diskaun bagi kompaun atau denda lama. Sepatutnya kompaun/denda yang telah lama tidak dibayar oleh pesalah dinaikkan. Diskaun patut diberi kepada orang yang bayar awal.

Sekiranya diskaun diberi SEKARANG kepada pesalah yang membayar kompaun atau denda lama, MAKA untuk berlaku adil kepada pesalah yang telah membayar harga penuh pada masa lalu, saya mencadangkan supaya refund (pulangan) hendaklah diberi kepada orang yang membayar penuh.

Saya tidak suka orang yang lurus dan jujur selalu teraniaya. Orang yang degil dan tak bertanggungjawab selalu mendapat pembelaan.

Hang pikirlah sendiri

No comments:

Post a Comment