Saturday, May 30, 2009

BERAPA BANYAK KEMPEN DAH....ROKOK TETAP KU HISAP

Saya sudah jemu dengan pelbagai kempen Tidak Merokok, Merokok Merbahayakan Kesihatan, Tak Nak Merokok, Amaran pada kotak dan kini gambar berwarna pula pada kotak rokok.

Kepada orang yang merokok mereka akan tetap terus merokok sehingga sakit. Kini mereka rasa berpuashati kerana kerajaan telah berjaya mencantikkan kotak rokok. kita tahu packaging penting dalam menarik minat pelanggan. Bayar mahal pun tak apa sebab kotaknya cantik dan berwarna warni pula.

Saya tak paham apa rasionalnya menyediakan gambar pada kotak rokok. Buat aje keputusan Malaysia Diharamkan Menjual Rokok - Mudah saja. Siapa jual akan dikenakan tindakan/denda.

Belanja untuk kempen dah berapa juta RM agaknya.

Dulu dalam blog ini saya pernah cadangkan supaya

HARAMKAN ROKOK INSYAALLAH, KADAR PENAGIHAN DADAH AKAN BERKURANGAN sebab ramai yang ketagih rokok. Bila ramai yang mencari-cari rokok maka ramailah jadi pengedar rokok. Secara tidak langsung Pegedar Dadah akan menukar profession menjadi Pengedar Rokok. Oleh itu Pengedaran Dadah akan berkurangan. Maka jumlah penagih dadah juga lama-kelamaan akan berkurangan sebab tiada bekalan.

TIADA ROKOK DIPASARAN TERBUKA BOLEH MENGURANGKAN PENAGIHAN DADAH! tak caya cubalah haramkan Penjualan Rokok

Pengalaman Seorang Rakan Perokok yang Telah pun berhenti Merokok
Si A merokok sejak berusia 11 Tahun. Mula-mula Si A mencuri-curi hisap rokok takut famili nampak. Bila bersekolah menengah dari tingkatan 1 Si A hisap rokok setiap kali dalam perjalanan dari sekolah ke rumah. Semasa Tingkatan 3 beliau diserempak dengan bapanya ketika sedang hisap rokok. Bapanya hanya perli, patutlah duit selalu tak cukup rupanya beli rokok.

Tapi sejak itu Si A dah tidak takutlagi hisap rokok depan ayahnya. Tingkatan 3 dah dapat lesen. Si A ini Perokok tegar sehingga ke Universiti. Berbuih nasihat dari sekeliling supaya jangan merokok tapi itu semua tidak pakai punya. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Bila kawin. Isteri suruh berhenti - Tidak JUga. Bila ada anak, si Anak suruh berhenti - Tidak juga. Kesimpulannya bagi perokok cakap apa sahaja pasti Rokok Tetap ia Hisap.

Bagaimana Si A boleh berhenti?

Si A telah berhenti 3 tahun tanpa sebatang rokok pun dihisapnya. Kata Si A dia berhenti sebab dia ada TARGET. Iaitu dia akan cuba buang apa sahaja yang NEGETIF. Si A ada sasaran iaitu nak PERGI HAJI. Setahun sebelum pergi Haji beliau dah mula tinggalkan rokok sebab beliau tahu rokok itu Negetif. Pada bulan Ramadan tahun 1995 beliau berhenti merokok. Sehingga sekarang beliau tidak merokok. Beliau tidak merokok bukan sebab KEMPEN tetapi sebab HATI dan KEMAHUAN.

Jika anda MAHU pasti anda BOLEH.

Thursday, May 28, 2009

1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PRESTASI DIUTAMAKAN.

PAKYAT DI DAHULUKAN

Saya ingin mencadangkan supaya ADUN mengadakan mesyuarat bersama rakyat di bawah Dewan Undangannya sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Buat surat jemputan secara formal/rasmi iaitu secara bersurat atau kad jemputan. Jika terlalu ramai pecahkan mengikut Zon. Di dalam mesyuarat tersebut agendanya seperti berikut:

-Perutusan Pengerusi
-Pengesahan Minit (Jika nesyuarat kali kedua)
-Perkara-perkara berbangkit
-Pembentangan Kertas Makluman 1 (Tajuk bebas & berbentuk knowledge sharing)
-Pembentangan Kertas makluman 2 (Tajuk bebas & berbentuk penjelasan dasar kerajaan)
-Pembentangan Kertas makluman 3 (Tajuk bebas & berbentuk peningkatan Modal Insan)
-Lain-lain hal
-Penutup

Dengan cara ini saya percaya ADUN akan dapat mendengar secara terus dari Rakyat dan rakyat pun akan lebih dekat dan mengenali pada ADUN. Rakyat kenal bukan dengan namanya tetapi dengan raut wajahnya sekali.

PRESTASI DIUTAMAKAN

Dari isu-isu yang dibangkitkan oleh Rakyat, ADUN mestilah mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mengutamakan penyelesaiannya. Selesaikan permasalah rakyat di bawah Dewan Undangannya. Dari sini Rakyat akan menilai prestasi ADUN berkenaan. Oleh itu utamakan Prestasi kerja tersebut.

Rumusan

Dengan adanya aktiviti di atas saya berkeyakinan penuh rakyat merasa mereka adalah sebahagian dari Kerajaan kerana Kerajaan melaksanakan apa yang mereka mahu dan mereka juga akan menyumbang untuk Kerajaan. Konsep Win Win.

Tuesday, May 26, 2009

HARAMKAN PAPAN IKLAN YANG MEMPAMERKAN GAMBAR WANITA SEKSI

Negara Malaysia adalah Negara Islam. Islam adalah Agama Rasmi. Kalau kita naik ERL dari KLIA ke KL Sentral - cuba perhatikan papan-papan iklan yang diletakkan di dinding-dinding bangunan. Kita dapat lihat banyak iklan-iklan yang mempamerkan gambar wanita seksi. Sebenarnya itu membawa imej buruk kepada Negara.

Satu lagi yang menjadi-jadi di Malaysia ialah iklan SPA - Massage - Salon Rambut yang semuanya menunjukkan gambar wanita seksi. Kenapa perlu begitu?. Saya juga minta kerajaan melihat iklan-iklan dalam TV, wayang, akhbar dan lain-lain yang mempamer iklan sedemikian.

TAPIS-TAPIS LAH YA!

Monday, May 25, 2009

BANDAR & PRODUK NYA

PULAU PINANG - BUAH PALA / JERUK / NASI KANDAR / LAKSA PENANG
TEMERLOH - IKAN PATIN
KOTA BHARU - NASI KERABU / NASI BERLAUK / NASI DAGANG
KUALA TERENGGANU - KEROPOK LEKOR / NASI DAGANG
MUAR - MEE JAWA
ALOR SETAR - PULUT IKAN MASIN
JOHOR BAHRU - OTAK-OTAK

Sunday, May 24, 2009

Kemudahan WiFi di Hotel

Pada masa ini kebanyakan Hotel telah menyediakan kemudahan WiFi kepada pelanggan. Yang membezanya pula ialah mengenai chargeable or free. Saya cadangkan hotel bagi free ajelah.

Saya sekarang berada di Penang. Seluruh Penang boleh akses Penanggov WiFi tapi kenalah daftar. Jika tak daftar tak boleh akses.

Syabas kepada Hotel Grand Continental kerana kemudahan WiFi terdapat disitu walaupun taraf Hotelnya tidak sampai 5 bintang.

Semua Hotel Patut Sediakan Internet free kepada Pelanggan

Saya mengucapkan terima kasih kepada MAS dan mana-mana hotel atau resort yang menyediakan akses Internet secara percuma. Pada masa ini keperluan perhubungan melalui Internet telah menjadi penting. Jadi apalah salahnya syarikat-syarikat besar ini menyediakan Internet secara percuma melalui kemudahan wireless. Tahniah sekali lagi kepada MAS. Pelancong pun suka.

Saturday, May 23, 2009

Penyakit Manusia Masa Kini

Melayari Internet dan menulis di Blog, Facebook, Friendster, Laman Web, Chatting dan main Computer Games merupakan penyakit manusia masa kini. Terkadang-kadang ada sesuatu yang ingin kita laksanakan atau perlu dapatkan maklumat dari Internet TETAPI apabila masuk sahaja di Internet kita akan melayari perkara-perkara lain dahulu atau tulis blog dahulu atau chatting dahulu atau macam-macam dahulu. Akhirnya matlamat asal tidak buat juga.

Mulai sekarang cuba amalkan 1 Tugas, Tujuan didahulukan, Pelaksanaan diutamakan.

KETUMBIT - sumber Myhealth Portal Kementerian Kesihatan

Pengenalan

Kelopak mata mempunyai kelenjar-kelenjar yang menghasilkan minyak, membantu melembapkan permukaan hadapan bola mata. Kadangkala, kelenjar ini boleh terkena jangkitan dan menyebabkan bisul kecil yang dipanggil ketumbit.

Tanda & Gejala

Ketumbit boleh menyebabkan gejala seperti sakit, mata rasa seperti berpasir, kemerahan atau bengkak pada kulit kelopak mata.

Komplikasi

Kebanyakan ketumbit akan hilang tanpa memerlukan rawatan dalam beberapa hari. Tetapi sesetengah individu mungkin mendapat komplikasi yang lebih teruk sekiranya jangkitan tersebut merebak kebahagian kelopak mata seterusnya menyebabkan 'preseptal cellulitis'. Keadaan ini menyebabkan kesakitan dan bengkak pada kelopak mata.
[Atas]

Rawatan


Kebanyakan ketumbit adalah kecil dan jarang menyebabkan gangguan yang teruk. Ia boleh dirawat di rumah dengan menuam beberapa kali sehari. Dalam beberapa hari ketumbit akan sembuh dengan sendirinya. Ketumbit yang telah dijangkiti kuman boleh dirawat dengan antibiotik. Dalam kes yang lebih teruk ketumbit boleh dirawat dengan pembedahan kecil.

Pencegahan

Individu yang mengalami jangkitan kecil pada bulu mata (blepharitis) mudah terkena ketumbit. Kumpulan individu ini perlu selalu membersihkan bulu mata mereka bagi mencegah ketumbit.

H1N1 AS MAY 23, 2009

SOURCE >>> http://www.brisbanetimes.com.au

Warning as swine flu surges past 10,000 mark
May 23, 2009

GENEVA: The global swine flu caseload has reached the 10,000 mark and the crisis has escalated in Asia, despite stringent government efforts to contain the virus.

The number of confirmed swine flu cases now stands at 10,243 in 40 countries, with 80 deaths, a spokeswoman for the World Health Organisation, Fadela Chaib, said.

Much of the increase came from the US, where authorities raised their number of cases by 346 to 5469 in 47 states.

The number of confirmed A(H1N1) infections in Mexico, the source of the outbreak, rose by almost 100 in 24 hours to 3660, health officials said as they announced four deaths.

Officials say 76 people have died in Mexico, but not all the deaths have been registered by the World Health Organisation. As dozens more cases were reported in Japan, Taiwan became the latest Asian country to record a case of the virus on its soil - that of an Australian doctor who arrived by plane from Hong Kong earlier in the week. Australia, meanwhile, has several new cases.

The mounting crisis has overshadowed proceedings at WHO's annual assembly where the United Nations Secretary-General, Ban Ki-moon, urged people to remain vigilant because experience had shown flu could start as a mild outbreak and then suddenly worsen. The WHO has already raised its alert level to five on a sliding scale of six, indicating that a fully fledged pandemic is imminent.

The outbreak spread to a third western region in Japan and experts warned it may have reached Tokyo which, with almost 36 million people, is the world's most populous urban area.

Face masks have become ubiquitous on buses, commuter trains and in shopping centres in affected areas in Japan, where 229 people have been infected.

Despite the concerns, Japan has eased quarantine measures.

"The new influenza has strong similarities to seasonal flu," the Health Minister, Yoichi Masuzoe, said. The virus was contagious but many people recovered without falling seriously ill and anti-flu drugs had proved effective, he said.
Warning as swine flu surges past 10,000 mark
May 23, 2009

GENEVA: The global swine flu caseload has reached the 10,000 mark and the crisis has escalated in Asia, despite stringent government efforts to contain the virus.

The number of confirmed swine flu cases now stands at 10,243 in 40 countries, with 80 deaths, a spokeswoman for the World Health Organisation, Fadela Chaib, said.

Much of the increase came from the US, where authorities raised their number of cases by 346 to 5469 in 47 states.

The number of confirmed A(H1N1) infections in Mexico, the source of the outbreak, rose by almost 100 in 24 hours to 3660, health officials said as they announced four deaths.

Officials say 76 people have died in Mexico, but not all the deaths have been registered by the World Health Organisation. As dozens more cases were reported in Japan, Taiwan became the latest Asian country to record a case of the virus on its soil - that of an Australian doctor who arrived by plane from Hong Kong earlier in the week. Australia, meanwhile, has several new cases.

The mounting crisis has overshadowed proceedings at WHO's annual assembly where the United Nations Secretary-General, Ban Ki-moon, urged people to remain vigilant because experience had shown flu could start as a mild outbreak and then suddenly worsen. The WHO has already raised its alert level to five on a sliding scale of six, indicating that a fully fledged pandemic is imminent.

The outbreak spread to a third western region in Japan and experts warned it may have reached Tokyo which, with almost 36 million people, is the world's most populous urban area.

Face masks have become ubiquitous on buses, commuter trains and in shopping centres in affected areas in Japan, where 229 people have been infected.

Despite the concerns, Japan has eased quarantine measures.

"The new influenza has strong similarities to seasonal flu," the Health Minister, Yoichi Masuzoe, said. The virus was contagious but many people recovered without falling seriously ill and anti-flu drugs had proved effective, he said.

Friday, May 22, 2009

AKU TAK PUAS HATI KEPUTUSAN

Anda Tidak puas hati tentang keputusan tersebut? (Keputusan yang dimaksudkan di sini ialah apa-apa keputusan yang ada dalam minda anda, sehingga tergamak anda klik topik dalam blog ini).

Biar apapun isu, apabila keputusan tidak memihak kepada kita maka kita akan rasa tidak puas hati. Perasaan itu memang biasa. Tetapi kita hidup di dunia ini mesti ikut peraturan dan undang-undang. Seseorang yang jelas berzina misalnya tetapi pendakwa tidak dapat mendatangkan 4 saksi yang adil maka dia akan terlepas hukuman (didunia) ini. Bila dia terlepas dari hukuman maka kita tidak boleh lagi kacau dia. Biarkanlah dia, jika dia sedar perbuatannya salah sudah pasti dia akan memperbaiki dirinya. Jika dia masih tidak sedar kerana menyangka dia hebat sudah pasti dia akan berzina lagi dan makin rosaklah dia.

Rumusan saya: Jangan kacau lagi mereka, kita buat kerja kita sekarang, Insya Allah kerja yang ikhlas akan mendapat barkah.

Tuesday, May 19, 2009

Ekonomi Meleset Seharusnya dimanfaatkan untuk berbakti kepada Tanah

Kita dengar ramai yang telah dibuang kerja kerana keadaan ekonomi yang merudum. Saya cadangkan kepada yang telah dibuang kerja dan tak tau nak buat apa di sarankan supaya berhijrah ke kampung-kanpung dan mencari tanah-tanah terbiar cari tuannya dan majukan tanah tersebut. Memajukan tanah adalah satu pekerjaan yang mulia. Bumi pun suka. Tentang modal rajin-rajinlah merujuk agensi kerajaan yang berkaitan.

Kepada pemilik Tanah yang tak tau nak buat apa-apa. Daripada tanah itu ditumbuhi lalang dan pokok terbiar lebih baik diberikan atau disewakan kepada orang yang hendak majukan tanah.dapat juga hasilnya. Jangan jadikan harta anda tidak berfaedah kepada diri anda.

Kepada yang diberikan tanah untuk dimajukan atau disewa janganlah pula ada niat jahat untuk memilik terus tanah itu.

Biar WIN WIN sama-sama.

Pilihanraya Kecil Penanti - Tidak Letak Calon

Saya adalah orang yang paling gembira sebab pemimpin kita tidak perlulah nak fikirkan strategi bagaimana nak menang. Lebih baik fikir fasal masalah negara yang lebih besar seperti Bagaimana untuk membantu rakyat. Bagaimana nak bangunkan ekonomi Islam. Bagaimana nak perbaiki akhlak rakyat jelata. dan macam-macam lagi.

Saturday, May 16, 2009

Tanggungjawab Harian Kita

Memperbaiki Diri Kita Supaya Hari Ini Lebih Baik Dari Hari Semalam

http://healthmap.org/swineflu

For Swine Flu latest update see http://healthmap.org/swineflu

KEMELUT POLITIK YANG MEMBOSANKAN

Saya bosan dengan masalah yang mudah tapi sengaja disusah-susahkan. Masalah di Perak tu sebenarnya mudah. Ikut sahaja peraturan dan undang-undang yang sedia ada, pastinya dapat diselesaikan dengan mudah. Rujukan paling sesuai ialah Al Quran dan Sunnah.

Menyelesaikan Masalah Kecil dalam masa yang lama juga boleh ditakrifkan sebagai tidak memenuhi KPI.

Etika Berpakaian Gadis Melayu Islam

Saya mohon Gadis Melayu Islam supaya ikuti Etika Berpakaian Wanita Islam. Banyak juga saya lihat Ibu Bertudung, anak dara yang ikutnya pula berseluar pendek. Agaknya si IBU dah berkali-kali melarang anaknya tapi anaknya degil. Sebab apa degil? Sebab tiada asas agama yang kukuh atau ugama yang diajar dah tersasau jauh.

Saya hanya MAMPU menasihatkan agar Gadis Melayu Islam supaya hormat kepada Ibu Bapa. Saya juga berharap mana-mana Gadis Melayu yang mengaku Islam supaya tidak lagi memakai seluar pendek ditempat awam. Jangan juga menampakkan pusat mu.

Semuga hidup anda diberkati.

MALU JADI RAKYAT MALAYSIA JIKA IKLAN UBAT KUAT LELAKI DI MERATA-RATA

Saya memohon Dewan Bandaraya Kuala Lumpur supaya menanggalkan mana-mana iklan yang berkempen produk-produk ke arah menguatkan seks lelaki. Begitu juga Dewan Tempatan yang lain. Macam-macam saya lihat. Dengan Kopi hinggalah kepada ubat sapu. Gambir dan XXX. Jiwa saya sangat sakit melihat iklan-iklan begitu terutama apabila ditanya oleh anak-anak dan kenalan bukan orang Malaysia. Lagi pun perkara itu bukan utama di Malaysia kerana orang Malaysia memang sudah kuat.

Masalah utama kita sekarang ialah bagaimana nak mengawal nafsu kuat! Lihat disekeliling berapa banyak kejadian rogol, bersekedudukan dan sebagainya. Bagi pihak kerajaan saya cadangkan wujudkan polisi mengharamkan jual ubat sedemikian secara terbuka, Jadikan barang kawalan. Kementerian kesihatan (KKM atau MOH) pula mestilah mengeluarkan sijil kepada produk-produk demikian. Hee....Geramnya aku. Manalah tau produk tu - bila makan hasil sebaliknya.

Iklan yang saya suka tengok ialah Mari Belajar Berniaga, Bagaimana untuk menambah keharmonian keluarga. Belajar Menulis Buku. Persediaan masa Hadapan dan sebagainya yang boleh memajukan Dunia.

Di akhbar, majalah dan TV pun HARAMKANLAH produk sedemikian.

Hai fikir-fikirkan lah ya. Jangan jadikan saya malu mengaku rakyat malaysia.

Thursday, May 14, 2009

CADANGAN LIRIK LAGU "1 MALAYSIA"

BERLAINAN RUMPUN MENCARI REZEKI
DI BUMI INDAH PERJALANAN DI TITIAN
SAPAAN SATU BAHASA
JAWAPAN MENUSUK JIWA
UCAPAN TERIMA KASIH
BERSATU DALAM 1 MALAYSIA

The RM83.7 million project commenced on March 23 and is scheduled for completion in September 2011.

Raja Nong Chik said City Hall was also building a tiered interchange at the Jalan Pudu/Jalan Imbi/Jalan Hang Tuah junction to smoothen traffic flow along Jalan Pudu and Jalan Imbi to Jalan Hang Tuah and vice versa so that motorists would not be bogged down by traffic lights. ----source BERNAMA online

Pendapat Minda Bistari.

Tak perlu buat buat interchange sebab kos tinggi dan hasilnya tetap jem. Lebih baik pindahkan stesen BAS PUDURAYA ke lokasi lain yang di luar Bandaraya. Untuk ke bandar orang gunakan public transport.

Sunday, May 10, 2009

Adakah Warga Asing Dibenarkan Memungut derma dari rumah ke rumah di Malaysia?

Jika Ya, kerajaan haruslah merumus polisi agar warga asing tidak dibenarkan memungut derma. Peraturan ini hendaklah di wartakan serta merta.

Pulau Langkawi Destinasi Pelancongan

Saya cadangkan supaya Kerajaan jadikan Langkawi sebagai sebuah Pulau yang Bebas Arak, Judi, Rokok & Bab. Sekarang ini aktiviti-aktiviti tersebut masih berleluasa. Jadikan Langkawi sebagai sebuah pulau Makanan Halal.

@Hak Cipta Terpelihara, Minda Bistari, 2009

Saturday, May 9, 2009

MINTA KERAJAAN HARAMKAN KUTIP DERMA DARI RUMAH KE RUMAH

Kerajaan patut mengadakan polisi yang menghalang kutipan derma dari rumah ke rumah dan juga aktiviti jualan dari rumah ke rumah. Ini kerana sejak kebelakangan ini ramai yang menjadi mangsa kepada mereka-mereka yang menyamar sebagai peminta sedekah, pemungut derma tatu jurujuak. Baru-baru ini mak mertua kepada adik saya hampir terjerut lehernya akibat diragut oleh pemungut derma berkopiah di dalam rumah.

Mak dan ba[a mertua adik saya datang dari kampung dan datang ke rumah anaknya. pada satu hari mereka didatangi oleh pemungut derma yang berkopiah (cukup baik gelagatnya. Bapak mertua ni seorang yang baik dan tidak syak apa2 maka diajaknya masuk kerumah. Setelah pemungut derma tersebut duduk diruang tamu. Bapa mertua ini pergi kedapur untuk ambil air. Orang kampunglah katakan. Mak mertua duduklah diruang tamu bersama tetamu yang baik itu. Tiba-tiba pemungut derma itu meragut rantai leher mak mertua adik saya tu. Nasib baik anak dia yang duduk ditingkat atas terdengar jerita lalu turun dan sergah, Pemungut derma tersebut lari lintang pukang. hanya lokek rantai yang sempat dikebasnya.

One Malaysia apa nak Jadi?

Friday, May 8, 2009

Memberi Rebet Cukai Kepada Rakyat Yang Tidak Merokok

Saya cadangkan kerajaan memberi galakan supaya rakyatnya tidak merokok. Caranya ialah memberi rebet cukai kepada keluarga yang tidak merokok. Caranya ialah semua ahli keluarga tersebut perlu buat pemeriksaan bagi memastikan mereka tidak menghisap rokok.

Cara ini saya rasa boleh mengurangkan bilangan keluarga merokok. Berilah rebet itu besar sikit. Jika orang tipu, maka ia menunjukkan Doktor Tipu.

Kerajaan juga perlu menasihatkan mana-mana doktor yang merokok perlu meninggalkan Kementerian Kesihatan jika masih hendak merokok.

Saya juga cadangkan mana-mana penjawat awam yang merokok perlu diberhentikan dan diganti dengan orang yang tidak merokok.

Merokok Menjijik Kan

Cadangan Kepada Kementerian Kesihatan

Saya cadangkan setiap shopping complex atau temapt keramaian, pihak Kementerian Kesihatan menempatkan satu pusat pemeriksaan tekanan darah tinggi, berat, tinggi dan keputusan obesiti bagi mengingatkan orang ramai supaya jaga kebersihan,

Pada masa ini ada pihak swasta buat pemeriksaan percuma tetapi disebalik percuma, orangramai di kempen produk2 kesihatan tertentu, Cara ini tidak begitu selesa untuk orang buat pemeriksaan kerana mereka bimbang terpengaruh dengan kempen.

Kita kena galakkan orang buat pemeriksaan kesihatan.

Cadangan Kepada Kementerian Pertanian

Rata-rata mengetahui bahawa Malaysia sangat kaya dengan tanam-tanaman. Saya mencadangkan supaya Kementerian Pertanian membuat kaji selidik di seluruh Malaysia bagi mengetahui lebihan tanaman (sayuran, buah-buahan dsb)di seluruh negara.

Secara kasarnya jika kita pergi ke kampung-kampung, kita dapati buah kelapa banyak di atas pokok tidak diambil oleh tuannya dan sampai masa buah kelapa tersebut gugur begitu sahaja. Tuan punya kelapa pula bila nak santan mereka beli yang sudah siap.

Begitu juga buah jambu batu, buah betik, buah nangka, buah cempedak, buah rambutan, buah langsat dan sebagainya banyak yang dibazirkan, Sayur pun begitu juga, kita lihat kacang botol, kacang panjang, cili dsbnya ada di laman-lama rumah orang kampung tapai terbiar tiada yang ambil untuk dimanfaatkan.

Tujuan saya ialah supaya ada inisiatif dari mana pihak untuk mengambil, mengumpul dan mesarkan, Manfaatnya kongsi bersama.

Sekian, terima kasih

Monday, May 4, 2009

SERUAN SUPAYA SEMUA BANGUN SEBELUM SUBUH

Untuk kesihatan badan saya cadangkan supaya semua insan termasuk kanak-kanak bangun awal sebelum subuh. Bangun sebelum subuh boleh menghindari dari pelbagai penyakit terutamanya angin ahmar. Tambahan pula bagi seseorang yang yang bangun awal sebelum subuh ia akan dapati tempohmasa pada hari tersebut sangat panjang. Bagi memanjangkan lagi tempohmasa dalam satu hari, kita jangan duduk rilek. Cuba cergas membuat apa sahaja kerja berfaedah dan pelbagai. Masa 24 jam satu hari itu sebenarnya banyak yang kita boleh buat.

Jika kita asyik duduk berangan dan menangguh-nangguhkan kerja pastinya tempohmasa dalam satu hari itu kita dapati sangat singkat.

Ayoh bangunlah...lakukan aktiviti yang menjurus kepada memakmurkan umat, ugama dan dunia.

@HAK CIPTA TERPELIHARA, MINDA BISTARI, 2009

PIHAK BERKUASA SEPANG TOLONGLAH ATASI KESESAKAN TRAFIK DISIMPANG TIGA DI PEKAN SEPANG

Pada 3 Mei 2009 (ahad) saya bertolak dari KL ke Port Dickson Melalui Pekan Sepang. Setiba di pekan Sepang ialtu simpang ke PD. Perjalanan saya cukup selesa. Tiada kereta pun dari arah sepang ke port dickson atau dari Nilai ke Port Dickson. Saya dapati Lampu Isyarat Hijau tapi tiada kereta. Tetapi saya sedih lihat kereta dari Port Dickson beratur panjang untuk ke ke Nilai HANYA KERANA LAMPU ISYARAT MERAH. Kalau tidak silap saya panjangnya 3 KM (Kepada yang terkena mohon sokong melalui komen). Kesihan pemandu, nak langgar peraturan takut disaman. Ikut peraturan MASA rugi sebab lampu isyarat tidak berakal. JADI saya mintalah anggota polis ke anggota Majlis Perbandaran ke tolonglah kawal lalulintas disitu supaya pengguna jalanraya ni selesa. Daripada duduk di balai baik jaga trafik light (Pada waktu tertentu sahaja bukannya berterusan). Itulah pandangan saya. Jika saya tak tulis disini hati saya tak senang.

Ya sama-samalah kita lancarkan perjalanan pembayar cukai.

CUKAI DIBAYAR PERKHIDMATAN DITERIMA
PERKHIDMATAN TERUK CUKAI TAK IKHLAS
WAHAI PEMIMPIN PENGUASA BIJAKSANA
ARAHKAN ANGGOTA MU BERTINDAK PANTAS

Hak Cipt Terpelihara, Minda Bistari, 2009

REKOD KEMATIAN TERBESAR DALAM SEJARAH / BIG DEATH

1918 - SPANISH FLU KILLED about 20-100 millions people worldwide
1945 - BOMBING IN HIROSHIMA KILLED about 140,000 (Hiroshima) & 80,000 (Nagasaki)
1957 - ASIAN FLU KILLED about 70,000 (in US),
1957 - HONG KONG FLU KILLED about 34,000 american
2004 - TSUNAMI (INDONESIA) KILLED about 173,981 (in Indonesia)
2008 - MADRID PLAN CRASH KILLED about 153 people
2009 - SWINE FLU (MEXICO) KILLED 176 (in Mexico) as 29 April 2009

Saya sudah di PTS kan. Anda?

Saya sebenarnya kurang faham maksud ungkapan yang dipopularkan oleh PTS. Yang saya faham ayat "Saya sudah di PTS kan" ialah diri dan pemikiran saya sudahpun sebati dengan PTS iaitu apabila membeli buku tidak ada penerbit lain yang akan saya cari melainkan PTS. Apakah itu maksudnya? Kalau boleh pihak PTS bolehlah beri komen.

Sebenarnya saya menyukai membaca buku keluaran PTS kerana semua bukunya berbentuk positif. Sesungguhnya tidak terdapat sebuah buku pun yang menceritakan sesuatu yang buruk seperti "Gadis bohsia itu telah pun mengakui kesilapannya. Dulu ketika gadis tersebut tidak kenal dosa pahala, beliau merelakan tubuhnya diratah oleh lelaki-lelaki bernafsu buas". Penerbit PTS pasti akan mengubah ayat menjadi positif. Misalnya " Kesedaran seorang gadis dalam melalui liku-liku hidup yang penuh pancaroba telah mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa".

Saya berharap PTS akan dapat memperjuangkan kualiti di dalam berkarya.

Hak Cipta Terpelihara, Minda Bistari, 2009

Saturday, May 2, 2009

Lebuhraya Pantai Timur (Karak-Kuantan) Tak Pernah Selesa

Setiap kali saya balik kampung melalui Lebuhraya Pantai Timur, jalan tersebut sentiasa dibaiki dan sebelah jalan dijadikan dua hala. Bila nak siap?