Saturday, May 9, 2009

MINTA KERAJAAN HARAMKAN KUTIP DERMA DARI RUMAH KE RUMAH

Kerajaan patut mengadakan polisi yang menghalang kutipan derma dari rumah ke rumah dan juga aktiviti jualan dari rumah ke rumah. Ini kerana sejak kebelakangan ini ramai yang menjadi mangsa kepada mereka-mereka yang menyamar sebagai peminta sedekah, pemungut derma tatu jurujuak. Baru-baru ini mak mertua kepada adik saya hampir terjerut lehernya akibat diragut oleh pemungut derma berkopiah di dalam rumah.

Mak dan ba[a mertua adik saya datang dari kampung dan datang ke rumah anaknya. pada satu hari mereka didatangi oleh pemungut derma yang berkopiah (cukup baik gelagatnya. Bapak mertua ni seorang yang baik dan tidak syak apa2 maka diajaknya masuk kerumah. Setelah pemungut derma tersebut duduk diruang tamu. Bapa mertua ini pergi kedapur untuk ambil air. Orang kampunglah katakan. Mak mertua duduklah diruang tamu bersama tetamu yang baik itu. Tiba-tiba pemungut derma itu meragut rantai leher mak mertua adik saya tu. Nasib baik anak dia yang duduk ditingkat atas terdengar jerita lalu turun dan sergah, Pemungut derma tersebut lari lintang pukang. hanya lokek rantai yang sempat dikebasnya.

One Malaysia apa nak Jadi?

No comments:

Post a Comment