Saturday, September 24, 2011

Majlis Sambutan Hari Raya & Pertemuan Kedua Pelajar SMKT 1975-1979










Al-Quran menyebut bahawa amalan silaturahim merupakan perintah kedua setelah perintah takwa. Dalam surah Al-Nisa ayat 1, Allah berfirman yang bermaksud:"Bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut namaNya, serta peliharalah hubungan silaturahim kaum kerabat."

Demikian juga dengan surah al-Hujuraat, ayat 10, Allah menegaskan dalam firmaNya yang bermaksud:"Sebenarnya orang-orang mukmin itu bersaudara. Maka damaikanlah di antara dua saudara kamu yang bertengkar itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

Takwa dan silaturahim selalu digandingkan di dalam Al-Quran dan merupakan dua hal yang tak boleh dipisahkan. Maksudnya jika orang itu bertakwa kepada Allah, tentu dia akan menyambungkan silaturahim dan kalau dia tidak bertakwa kepada Allah tentu dia akan memutuskan hubungan silaturahim. Terima kasih Hj Azmi Abd Malek atas usaha merapatkan Silaturahim.




SEMUANYA BERLAKU PADA 24 SEPTEMBER 2011 DI SRI PUNCAK TEMERLOH

No comments:

Post a Comment