Monday, September 5, 2011

Kaum Bani Israil banyak di sebut di dalam Al Quran, Kenapa?

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Mosaik 12 Bani Israel dalam dinding sebuah Sinagog di Baitulmaqdis
Bani Israel (Ibrani:שבטי ישראל Bahasa Arab:بني إسرائيل) merujuk kepada kaum atau keturunan Israel.

Perkataan Israel, berasal dari gelaran yang diberikan kepada Nabi Yaakub (a.s).

Istilah Israel bermaksud "Hamba Allah" atau "Tentera Allah". Perkataan "Isra" bermaksud "Hamba atau Tentera" dan "El" membawa maksud "Allah SWT". Gelaran "Israel" ini dikurniakan kepada Nabi Yaakub (a.s) kerana baginda diberkati oleh Allah SWT.

Perkataan "Israel" berasal dari bahasa Ibrani.

Kaum Bani Israel berasal daripada anak-anak nabi Yaakub (a.s) seramai 12 orang yang turut dikenali dengan gelaran 'Al-Asbaath' (Bahasa Arab:الأسباط) iaitu Rubin, Simeon, Lawway, Yahuda, Zebulaon, Isakhar, Dann, Gad, Asyer, Naftali, Yusuf, dan Benyamin.

Antara anak-anak baginda, ada antaranya yang diangkat menjadi Rasul seperti Nabi Yusof (a.s) yang meneruskan apa yang diajarkan oleh Nabi Ibrahim kepada datuk baginda, Nabi Ishak a.s., bapa baginda, Nabi Yaakub dan akhirnya baginda sendiri yang dipilih Allah untuk meneruskan Syariat Allah dimuka bumi ini.

Terdapat ramai rasul-rasul yang terkemuka diutuskan dalam kalangan Kaum Bani Israel ini seperti Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Ilyas, Nabi Ilyasa, Nabi Yunus, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan Allah kepada kaum ini sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w yang merupakan rasul yang terakhir yang diutuskan kepada seluruh umat manusia dimuka bumi Allah ini.

------------------------------------------------------------------------------
Ulasan saya.

Maknanya keturunan Israel ini adalah orang yang bijak, tetapi sebahagian besarnya dilaknati Allah sebab mereka merasakan mereka lebih baik dari orang dari keturunan lain. Umpama Iblis yang kalau kita ikut sejarahnya, ia adalah yang paling taat kepada Allah tetapi oleh sebab ia sombong maka ia langgar perintah Allah supaya sujud kepada Adam. Padahal Iblis tahu, Tuhan itu Allah tapi sebab sombong dia ingkar juga. Majoriti orang Israel begitu juga, dia tahu Islam itu benar, Allah itu Tuhan seluruh Alam tetapi Mereka tetap kata mereka yang betul sebenarnya. Kalau seorang dari keturunan Israel ikut Islam sepenuhnya kemungkinan dia menjadi seorang Islam yang hebat. Hanya Allah Yang Mengetahui.

------------------------------------------------------------
Lihat lah ayat 40 surah Al-Baqarah.

"Wahai Bani Israel!. Ingatlah nikmat-Ku yang telah Aku berikan kepadamu. Dan penuhilah janjimu kepada-Ku, niscaya Aku penuhi janji-Ku kepadamu, dan takutlah kepada-Ku saja."

Sila baca terus ayat 41 hingga 46 dan

Lihat pula ayat 47 surah Al-Baqarah

"Wahai Bani Israel! Ingatlah nikmat-Ku yang telah aku berikan kepadamu, dan Aku telah melebihkan kamu dari semua umat yang lain di alam ini (pada masa itu)."

Keterangan ayat 47 (sumbangan http://kongaji.tripod.com/)

يَا بَنِيْ إِسْرَائِيْلَ
"Wahai Bani Israil" (pangkal ayat 47).

Mereka dipanggil lagi dengan nama yang terhormat itu. Dengan menyebut nama nenek­ moyang mereka yang mulia itu, nama kehormatan yang dianugerahkan Tuhan kepada Ya'qub a. s. Amir Pahlawan Allah, moga-moga mereka sadar kembali. Memang Tuhan mengajarkan kepada RasulNya agar memanggil orang dengan nama yang Dia senangi. Apatah lagi dengan memanggil mereka dengan nama itu, tercakuplah mereka jadi satu semua, tidak ada lagi bagi kabilah ini dan kabilah itu yang rasa tersisih.

اذْكُرُوْا نِعْمَتِيَ الَّتِيْ أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَ أَنِّيْ فَضَّلْتُكُمْ عَلَى الْعَالَمِيْنَ
"Ingatlah olehmu akan nikmatKu yang telah Aku karuniakan kepadamu, dan sesungguhnya Aku telah pernah memuliakan kamu atas bangsa-bangsa " (ujung ayat 47).

Diperingatkan hal ini, bahwa kemulian yang telah dianugerahkan Allah kepada mereka itu, bukanlah karena darah keturunan mereka lebih tinggi dari darah keturunan yang lain. Sekali-kali tidaklah Tuhan mengajarkan perbedaan suku (ras), tinggi itu rendah ini. Mereka pernah dimuliakan melebihi bangsa dan suku yang lain, sebab merekalah penerima waris ajaran nenek-moyang mereka Ibrahim a. s., Ishak a. s. dan Ya'qub a. s. tentang percaya kepada Allah Yang Maha Esa.

Selama Tauhid itu mereka pegang teguh, kemuliaan itu tidaklah akan dihilangkan atau dicabut dari mereka. Jadi mereka diberi kemuliaan ialah karena kemuliaan pendirian. Adapun kalau Tauhidnya telah hilang, dan yang mereka pertahankan telah tinggal kemegahan saja menyebut-nyebut kebesaran yang lampau, hinalah mereka dan bangsa lain yang menerima dan menjunjung Tauhid itu pulalah yang akan dimuliakan Tuhan.

------------------------------------

No comments:

Post a Comment