"Katakanlah (Muhammad)."Siapa yang menjadi musuh Jibril, maka (ketahuilah) bahawa dialah yang telah menurunkan (al-Quran) ke dalam hatimu dengan izin Allah membenarkan apa (kitab-kitab) yang terdahulu, dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang beriman." (97:AL-Baqarah)
"Siapa yang menjadi musuh Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, Jibrail dan Mikail, maka sesungguhnya Allah musuh bagi orang-orang kafir." (98:Al-Baqarah)
Asbabun Nuzul ayat 97-98.
Anas bin Malik memaparkan bahawa kedua-dua ayat ini diturunkan sebagai teguran dari Allah terhadap sikap kaum Yahudi yang memusuhi malaikat Jibril. Mereka meyakini, bahawa Malaikat Jibril adalah yang menurunkan peperangan, pembunuhan dan kekerasan. (HR AlBukhari)
No comments:
Post a Comment