Wednesday, September 28, 2011

Kesihatan :Sarang Burung Walit, Madu lebah & Habatus Sauda

Memang tidak dinafikan bahawa setiap kejadian ALLAH ada manfaat dan ada mudaratnya kepada manusia. Cuma kadar manfaat atau mudarat bagi satu-satu ciptaan itu perlu ada kajian dari segi saintifiknya. Yang pasti apa yang disebut di dalam Al Quran dan Al Hadis pastinya tidak boleh diragui kesahihannya. Bagi Madu lebah dan Habatus Sauda, kita ada jumpa dalil-dalil dari dua sumber di atas.

Bagaimanapun bagi Sarang Burung Walit, hanya dari kajian saintifik yang membuktikan hasiatnya. Akan tetapi, kajian kemudaratannya tidak diketahui. Moga ada yang dapat buat kajian kebaikan dan keburukan. Keburukan bukan sahaja kepada si pemakannya tetapi kepada persekitaran juga perlu diambil perhatian.

Jika kita hendak ambil manfaat untuk segelintir manusia sedang memudaratkan banyak manusia lain maka perkara sedemikian perlu diambil perhatian.

-----------------------
Sebenarnya apa yang saya ingin sampaikan di sini ialah. Kita, di zaman ini suka sangat mengamalkan perkara yang nampak fizikal baik tetapi kurang mengamalkan apa yang disyorkan oleh yang ghaib. Misalnya jarang umat Islam yang mengamalkan makan Madu Lebah atau minum air zam-zam. Mereka lebih suka makan makanan kesihatan yang lain seperti ubi jaga, tongkat ali dsb. Yang Maha Pencipta juga syorkan supaya Bangun Sebelum Subuh tetapi mereka lebih suka Bangun Selepas Subuh. Mereka lebih percaya kepada undang-undang Barat berbanding Undang2 Islam.

Firman Allah dalam surah an-Nahl:
(Surah An-NAhl: 69).

Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:
Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."

No comments:

Post a Comment