Bagi memulakan sesuatu pekerjaan, eloklah kita memohon kepada Yang Mencipta Alam ini supaya menjauhkan kita dari gangguan makhluk yang dikutuk oleh Maha Pencipta. Musuh Yang Maha Esa.
Mengemukakan permohonan dengan harapan supaya pekerjaan yang kita buat itu tidak menyimpang dari tujuan pekerjaan itu dibuat.
Kenapa kita memohon dari Yang Menjadikan Kita? Sebab kita tahu Pencipta kita sangat mengasihani makhluk yang diciptanya selagi makhluk tersebut tidak menganiayai dirinya sendiri. Kasih Allah selagi makhluknya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Besar.
Bukan sahaja Maha Pengasih malah Pencipta kita juga sangat Maha Penyayang. Jika kita sayang kepada sesuatu maka sudah pasti kita akan menjaga keselamatan sesuatu yang kita sayang itu. Itulah harapan kita supaya Pencipta kita memelihara kita dengan sifat Maha Penyayang-Nya. Dengan sifat kesempurnaan yang ada pada Yang Maha Esa maka berhaklah Pencipta ini diberi Pujian sepanjang masa. Yang Segala Pujian hanya tertentu kepada Allah sahaja. Kalau kita nak puji makhluk boleh tetapi pujian sebenarnya adalah untuk Allah. Misalnya kita cakap cantiknya gadis itu, maka kita kena faham betul sebalik cantiknya gadis itu siapakah yang menjadikan gadis itu? tentulah Tuhan (Pencipta). Oleh itu bila kita puji gadis cantik, pada waktu yang sama hendaklah kita juga menyandarkan cantik itu kepada kebijaksanaan Tuhan yang boleh mewujudkan gadis secantik itu. Makhluk wajib memuji Tuhannya sesuai dengan sifat Tuhan-Nya Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Kehidupan makhluk akan hancur semuanya kerana Tuhan mengadakan hari pembalasan iaitu sesudah hari kiamat. Dialah memiliki hari pembalasan tersebut secara total. Setiap manusia termasuk kita akan ditanya dan dipertanggungjawabkab ke atas apa-apa sahaja yang kita lakukan di atas muka bumi ini. Sudah pasti perbuatan yang baik akan mendapat ganjaran yang baik. Perbuatan jahat akan mendapat balasan yang pedih juga.
Jika kita takut mendapat balasan pedih dan merana maka janganlah kita buat jahat. Kita buatlah apa yang Tuhan suruh dan tinggalkanlah sertamerta apa2 sahaja yang Tuhan larang. Untuk pastikan kita diperlihara oleh Pencipta, maka eloklah kita sembah hanya kepada Allah. Jangan sesekali sembah sesama manusia dengan mengenepikan larangan Allah. Sembah dan mohonlah pertolongan kepada Allah kerana tidak bergerak sesuatu tanpa izin Allah. Mohonlah kepada Tuhan agar ditunjukkan kita kepada Jalan Yang Lurus iaitu jalan yang diredhai oleh Allah.
Jalan lurus iaitu jalan yang Allah berikan nikmat kepada hamba-Nya iaitu bukan jalan yang sesat atau jalan yang dimurkai Allah.
No comments:
Post a Comment