Apabila Bos memaklumkan apa yang dia nak buat kepada kita, Lalu kita tanya kenapa bos nak buat? - Adakah bos marah? - tentunya dia tidak sampai ketahap marah sebab yang bertanya tu nak tahu,
Apabilan bos kita arahkan kita untuk buat sesuatu. Lalu kita tak buat apa yang dia suruh buat. Adakah bos marah? Memang patut bos marah sebab kita ingkar perintahnya.
Apabila bos melarang kita membuat sesuatu. Kita tak nak buat, tetapi ada orang lain yang mempengaruhi kita atau provok kita supaya kita buat. Kita terpengaruh dengannya lalu kita buat apa yang bos larang. Bos kita tau kita buat tu sebab kita kena tipu atau dipengaruhi oleh orang lain.Adakah bos marah? Tentunya dia marah tetapi tahap kemarahannya tidaklah sama seperti marahnya dia bila terus tak buat bila di suruh.
Ketiga-tiga senario di atas saya terfikir apabila membaca terjemahan ayat 30 hingg 36 surah Al Baqarah.
Ayat 30 : Perihal Malaikat yang bertanya Allah selepas Allah memaklumkan Allah hendak menjadikan manusia untuk mentadbir bumi. - Tiada hukuman dikenakan kepada Malaikat,
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat.'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi'. Mereka berkata,'Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbiah, memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?'Dia berfirman.'Sungguh, Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.!'"
Ayat 34 : Allah periintahkan malaikat/jin/iblis supaya sujud kepada Adam. Malaikat sujud tetapi Iblis tiadak sujud. Maknanya Iblis Ingkar perintah. Iblis dihukum dengan seberat2 hukuman. Srbabnya dia tak buat apa yang Tuhan suruh buat.
"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat,'Sujudlah kepada Adam!'Maka mereka pun sujud kecuali iblis. Ia menolak dan menyombomgkan diri, ia termasuk golongan yang kafir."
Ayat 35 dan 36, Allah larang adam buat sesuatu. Tapi Adam buat juga tetapi dia buat kerana terpengaruh dengan tipu daya syaitan. Maka Allah marah juga sebab itulah Adam dikenakan hukumkan tetapi hukumannya lebih ringan dan berpeluang pula untuk bertaubat.
"Dan Kami berfirman:'Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam surga, dan makanlah dengan nikmat (berbagai makanan) yang ada di sana sesukamu (tetapi)janganlah kamu dekati pohon ini, nanti kamu termasuk orang-orang yang zalim!'"
So fikir2lah sesungguhnya ada mesej penting yang Allah minta manusia fikir dengan ayat-ayatNya.
No comments:
Post a Comment