Wednesday, August 31, 2011

Sebahagian besar kesesakan lalu lintas boleh di atasi

Sepanjang perjalanan saya dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu saya dapat membuat kesimpulan seperti berikut:

1. Pada musim perayaan, kawalan lalu lintas di perlukan di semua Persimpangan Jalan-jalan utama dan di kawasan hampir dengan bandar.
2. Tidak perlu buat sekatan jalanraya walaupun untuk menahan motosikal sebab ia boleh menyumbang kepada bottle neck
3. Kereta bantuan kecemasan di jalanraya perlu di tambah dan di tempatkan di beberapa tempat strategik
4. Kereta rosak atau kemalangan, cepat-cepat di alih ke tepi sebab kadang2 eksidennya kecil sahaja tetapi pemandu terlibat salah-menyalah, padahal boleh ketepikan dulu keretanya.

Tempat yang paling saya frust sekali ialah dari pasir putih ke Selising. Pada malam khamis (Rabu malam Khamis) jem dari Pasir Putih ke Selising. Wal hal kerana tiada polis bertugas mengawal di persimpangan betul-betul depan balai polis Selising. Bila tiada pengawal trafik di situ, maka pemandu akan mematuhi lampu isyarat. Oleh kerana kadar bilangan kenderaan yang banyak dari arah Pasir Putih ke Kota Bharu sedang tidak banyak kenderaan dari arah sebaliknya maka limpahan kenderaan berpanjangan dari selising sehingga ke pasir putih. Jika ada pengawal bolehlah dia melepaskan kenderaan biarpun trafik light berwarna merah.

So saya ingan berpesan kepada pihak berkaitan supaya kurang polis membilang kereta di jalanraya. tambahkan pengawal di persimpangan jalan pada masa2 akan datang.

Tuesday, August 30, 2011

KELEBIHAN PUASA SUNAT ENAM HARI BULAN SYAWAL

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/

Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.

Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.

Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.

Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.

Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”

Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.

Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.

Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.

Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?

Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.

Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.

Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.

Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.

Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.

Friday, August 26, 2011

Jika terlanjur, jangan panik sebab Allah Maha Penerima Taubat jika anda bertaubat

Sekiranya kita melakukan kesalahan dan dosa, kita hendaklah berusaha untuk tidak melakukannya lagi. Mohon lah pada Allah keampunan. Mula buat apa yang Allah suruh dan Tinggalkan apa yang Allah larang.

Hayatilah ayat 37-39 Surah Al-Baqarah

"Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, lalu Dia pun menerima taubatnya. Sungguh, Allah Maha Penerima taubat, Maha Penyayang.

Kami berfirman,"Turunlah kamu semua dari surga!. Kemudian jika benar-benar datang petunjuk-Ku, kepadamu, maka siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, tiada akan rasa takut pada mereka, dan mereka tidak bersedih hati."

Adapun orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni neraka, Mereka kekal di dalamnya."


Thursday, August 25, 2011

Di antara Makluman, Perintah dan Larangan

Apabila Bos memaklumkan apa yang dia nak buat kepada kita, Lalu kita tanya kenapa bos nak buat? - Adakah bos marah? - tentunya dia tidak sampai ketahap marah sebab yang bertanya tu nak tahu,

Apabilan bos kita arahkan kita untuk buat sesuatu. Lalu kita tak buat apa yang dia suruh buat. Adakah bos marah? Memang patut bos marah sebab kita ingkar perintahnya.

Apabila bos melarang kita membuat sesuatu. Kita tak nak buat, tetapi ada orang lain yang mempengaruhi kita atau provok kita supaya kita buat. Kita terpengaruh dengannya lalu kita buat apa yang bos larang. Bos kita tau kita buat tu sebab kita kena tipu atau dipengaruhi oleh orang lain.Adakah bos marah? Tentunya dia marah tetapi tahap kemarahannya tidaklah sama seperti marahnya dia bila terus tak buat bila di suruh.

Ketiga-tiga senario di atas saya terfikir apabila membaca terjemahan ayat 30 hingg 36 surah Al Baqarah.

Ayat 30 : Perihal Malaikat yang bertanya Allah selepas Allah memaklumkan Allah hendak menjadikan manusia untuk mentadbir bumi. - Tiada hukuman dikenakan kepada Malaikat,
"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat.'Aku hendak menjadikan khalifah di bumi'. Mereka berkata,'Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbiah, memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?'Dia berfirman.'Sungguh, Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui.!'"

Ayat 34 : Allah periintahkan malaikat/jin/iblis supaya sujud kepada Adam. Malaikat sujud tetapi Iblis tiadak sujud. Maknanya Iblis Ingkar perintah. Iblis dihukum dengan seberat2 hukuman. Srbabnya dia tak buat apa yang Tuhan suruh buat.
"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat,'Sujudlah kepada Adam!'Maka mereka pun sujud kecuali iblis. Ia menolak dan menyombomgkan diri, ia termasuk golongan yang kafir."

Ayat 35 dan 36, Allah larang adam buat sesuatu. Tapi Adam buat juga tetapi dia buat kerana terpengaruh dengan tipu daya syaitan. Maka Allah marah juga sebab itulah Adam dikenakan hukumkan tetapi hukumannya lebih ringan dan berpeluang pula untuk bertaubat.
"Dan Kami berfirman:'Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam surga, dan makanlah dengan nikmat (berbagai makanan) yang ada di sana sesukamu (tetapi)janganlah kamu dekati pohon ini, nanti kamu termasuk orang-orang yang zalim!'"

So fikir2lah sesungguhnya ada mesej penting yang Allah minta manusia fikir dengan ayat-ayatNya.

Tuesday, August 23, 2011

Kenapa Iblis di Laknat?

Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat,"Sujudlah kamu kepada Adam!". Maka mereka pun sujud kecuali iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri, dan ia termasuk golongan yang kafir. (34:AlBaqarah)

Dan Kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam surga, dan makanlah dengan nikmat (berbagai makanan) yang ada di sana sesuka hatinu. (tetapi) janganlah kamu dekati pohon ini, nanti kamu termasuk orang-orang yang zalim. (35:AlBaqarah)

Lalu setan memperdaya keduanya dari surga sehingga keduanya dikeluarkan

Sunday, August 21, 2011

Tidak ada yang Malaikat tahu melainkan apa yang telah Allah ajarkan kepadanya

Dan Dia (Allah) ajarkan kepada Adam nama-nama (benda), kemudian Dia perlihatkan kepada para Malaikat, seraya berfirman, "Sebutkan kepada-Ku nama semua benda ini, jika kamu yang benar!". (31:AlBaqarah)

Mereka menjawab, "Maha suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana." (32:AlBaqarah)

Dia (Allah) berfirman,"Wahai Adam! Beritahukanlah kepada mereka nama-nama itu!" Setelah dia (Adam) menyebutkan nama-namanya, Dia berfirman,"Bukankah telah Aku katakan kepada mu, Bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan.?" (33:AlBaqarah)

Saturday, August 20, 2011

Kewujudan Malaikat Lebih Dahulu Daripada Manusia

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat,"Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih, memuji-MU dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman,"Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (30:AlBaqarah)

rujuk
http://kongaji.tripod.com/myfile/al-baqoroh_ayat_30-33.htm

Kenapa kamu ingkar kepada Allah?

Bagaimana kamu ingkar kepada Allah, padahal kamu (tadinya) mati, lalu Dia menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu lalu Dia menghidupkan kamu kembali. Kemudian kepada-Nya lah kamu dikembalikan. (28:AlBaqarah)

Dialah (Allah) yang menciptakan segala apa yang ada di bumi untuk mu kemudian Dia menuju ke langit, lalu dia menyempurnakannya menjadi tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. (29:AlBaqarah)

--------------------------------
Rujuk Tafsir di
http://syathibie.blogspot.com/2011/05/nota-kelas-tilawah-tafsir-al-baqarah-28.html



1. Ayat 28 :

- Ayat ini dengan jelas menggambarkan kekafiran terhadap Allah s.w.t setelah berdepan dengan berbagai-bagai dalil dan menerima berbagai-bagai ni’mat itu adalah satu kekafiran yang amat buruk dan keji[1].

- Berdasarkan ayat ini, al-Quran sekali lagi membuktikan kepada mereka dengan kisah perjalanan hidup mereka dan peringkat-peringkat perkembangan kewujudan mereka yang mana dahulunya mereka mati kemudian dihidupkan dan seterusnya dimatikan kembali dan kemudian dihidupkan kembali semula.

- Setelah asalnya semua makhluk itu mati, kehidupan pertama bermula didalam rahim ibu dan selepasnya sehinggalah dimatikan ketika sampainya ajal. Kemudian dibangkitkan semula sebagai kehidupan yang kedua pada hari qiyamat di padang Mahsyar.[2]

- Perkataan تُرْجَعُونَ dalam tatabahasa arab merupakan “mabni lil majhul” ( dibina untuk disembunyikan) bermaksud kamu dikembalikan oleh Allah dengan cara yang majhul (tidak diketahui) samada ke syurga ataupun ke neraka. Dalam ayat lain Allah s.w.t berfirman [3]:

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثاً وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لا تُرْجَعُونَ

Maksudnya: Adakah kamu menyangka bahawa kami jadikan kamu main-main sahaja dan kamu menyangka bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?


2. Ayat 29 :

- Ayat ini merupakan ayat yang menjadi dalil ketuhanan Allah s.w.t dan diantara tanda ketuhanan Allah s.w.t ialah menjadikan makhluk.

- Antara makhluk yang dijadikan oleh Allah s.w.t ialah bumi dan langit dan bukan sahaja menjadikan bumi tetapi menjadikan segala benda yang ada pada bumi.

- Al-Fuqaha’ menjadikan ayat ini sebagai dalil bahawa semua yang ada diatas muka bumi ini asalnya halal kecuali bila ada nas yang menyatakan haram, maka jadi haramlah ia.

- Semua yang ada diatas muka bumi ini adalah bagi kita samada yang terbang di udara, yang merayap, berjalan, tumbuh ataupun yang tertanam di dalam perut bumi seperti galian iaitu bijih timah, emas, besi, minyak, uranium dan seumpamanya.

- Oleh itu, apabila sedang mencari rezeki kita perlu semestinya ingat bahawa Allah s.wt yang menyediakan kesemua segala apa yang ada dimuka bumi ini untuk manusia sekaligus mengakui bahawa Allah s.w.t adalah tuhan kita yang tidak ada tuhan melainkan Dia.

- Maksud kalimah اسْتَوَى adalah merupakan lambang kekuasaan Allah s.w.t dan menggambarkan maksud Allah s.w.t hendak mencipta langit.[4]

- Ayat ini juga membuktikan bahawa kejadian langit adalah daripada Allah s.w.t dan mempunyai tujuh lapisan. Tetapi dalam memahami ayat ini bukan menjadi fokus utama untuk berbicara dengan panjang lebar tentang makna sebenar اسْتَوَى . Begitu juga untuk berbicara tentang makna tujuh langit[5], tentang rupa bentuknya, ukuran besar kecil, tinggi rendah atau dimensinya kerana memadailah dengan maksud yang umum itu sahaja kerana fokus utama adalah tujuan Allah s.w.t mencipta alam semesta ini termasuk langit dan bumi adalah untuk ditayangkan bagi maksud mengecam sikap orang kafir yang mensyirikkan Allah s.w.t yang telah menjadikan segala isi bumi untuk mereka dan mengaturkan urusan langit dan bumi dengan cara yang membolehkan semua makhluk yang bernyawa hidup rehat di bumi ini.

- Sebagai seorang islam, kita sepatutnya percaya kepada apa yang ada nas sahaja daripada al-Quran dan al-Hadith. Al-Quran tidak menyatakan langit itu diperbuat daripada apa begitu juga al-Hadith. Justeru, kita hanyalah percaya bahawa langit itu ada dan yang dikatakan langit itu adalah benda yang diatas kita serta ada 7 lapisan.[6]

- Ayat ini juga hanya menerangkan langit sahaja yang mempunyai 7 lapisan bukan bumi. Walau bagaimanapun terdapat satu ayat yang menunjukkan bahawa bumi pun mempunyai tujuh lapisan[7] sepertimana firman Allah s.wt yang berbunyi[8]:

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ وَمِنْ الأَرْضِ مِثْلَهُنَّ

Maksudnya: Allah yang mencipta 7 petala langit dan menciptakan bumi seperti itu juga.

- Disokong pula dengan hadith yang menerangkan bahawa bumi itupun mempunyai 7 lapisan, antaranya[9] :

روى مسلم عن سعيد بن زيد قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من أخذ شبرا من الأرض ظلما طُوِّقه إلى سبع أرضين

Maksudnya: barang siapa yang mengambil satu jengkal daripada bumi dengan zalim maka Allah akan lipatkan keatasnya pada hari qiyamat dengan tujuh lapis bumi.

- Ayat ini juga menyebut بِكُلِّ yang memberi maksud Allah s.w.t mengetahui tiap-tiap sesuatu bukan sekadar sesuatu sahaja yang menunjukkan pengetahuanNya adalah tidak terhingga. Begitu juga dengan kalimah شَيْءٍ yang tidak dimasukkan alif dan lam[10] yang menunjukkan terlalu umum dengan makna Allah s.w.t pengetahuannya meliputi tiap-tiap sesuatu samada sesuatu yang diketahui ataupun sebaliknya.

Wallahu ‘alam…..


Thursday, August 18, 2011

Allah tidak segan membuat perumpamaan seekor nyamuk

Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan seekor nyamuk atau yang lebih kecil dari itu. Adapun orang-orang yang beriman mereka tahu bahawa itu kebenaran dari Tuhan. Tetapi mereka yang kafir berkata, "Apa maksud Allah dengan perumpamaan ini?" Dengan (perumpamaan) itu banyak orang yang dibiar-Nya sesat, dan dengan itu banyak (pula) orang yang diberi-Nya petunjuk. Tetapi tidak ada yang Dia sesatkan dengan perumpamaan itu selain orang-orang fasik, (yaitu) orang-orang yang melanggar perjanjian Allah setelah (perjanjian) itu diteguhkan dan memutuskan apa yang diperintahkan Allah untuk disambungkan dan dan berbuat kerusakan di bumi. Mereka itulah orang-orang yang rugi.

Wednesday, August 17, 2011

Surga Bagi Orang-Orang Yang Beriman

Pencipta Alam ini telah mewahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W supaya menyampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan yang membuat kebajikan. Orang-orang ini akan disediakan oleh Allah surga-surga yang ada sungai-sungai mengalir di bawahnya. Di surga tersebut orang-orang beriman akan diberi rezeki berupa buah-buahan yang sama seperti buah-buah di dunia. Yang cantiknya setiap kali mereka diberi rezeki mereka berkata "inilah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu". Menunjukkan mereka kenal buah itu. Di samping itu penghuni surga ini akan mendapat pasangan-pasangan yang suci. Orang-orang beriman ini aklan kekal di dalam surga. Sebagaimana yang disebut dalam terjemahan ayat 25 Surah Al Baqarah iaitu :

"Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan berbuat kebajikan, bahawa untuk mereka (disediakan) surga-surga yang sungai-sungai mengalir di bawahnya. Setiap kali mereka diberi rezeki buah-buahan dari surga, mereka berkata, "inilah rezeki yang diberikan kepada kami dahulu." Mereka telah diberi (buah-buahan) yang serupa. Dan di sana mereka (memperoleh) pasangan-pasangan yang suci. Mereka kekal di dalamnya." (ayat 25 Al-Baqarah)

Sunday, August 14, 2011

AL QURAN BUKAN KARANGAN MANUSIA

Manusia tidak sepatutnya meragui apa yang disarankan di dalam Al Quran sebab Al-Quran adalah daripada Tuhan bukan daripada Manusia. Manusia wajib terima 100%. Perhatikan terjemahan ayat 23 surah al-baqarah yang bermaksud " Dan jika kamu meragukan (al-Quran) yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad), maka buatlah satu surah semisal dengannya, dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar."
Ayat 24 pula, "Jika kamu tidak mampu membuatnya, dan (pasti) tidak akan mampu), maka takutlah kamu akan api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir.

Al-QURAN ADALAH KALAM ALLAH

Saturday, August 13, 2011

Wahai Manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu...

Kewujudan setiap yang kita lihat ini pasti ada penciptanya. Di dalam surah Al-Baqarah ayat ke 21 di mana terjemahannya yang dibuat melalui buku Tafsir Qura'an Per Kata keluaran Maghfirah Pustaka yang ditulis oleh Dr. Ahmad Hatta, ialah :

"Wahai manusia! Sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa." (21:AlBaqarah)

"(Dialah) yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dialah yang menurunkan air (hujan) dari langit, lalu dia hasilkan dengan (hujan itu) buah-buahan sebagai rezeki untukmu. Karena itu janganlah kamu mengadakan tandingan-tandingan bagi Allah, padahal kamu mengetahui. (22:AlBaqarah)

-------------------------------------------------------------------------
In MyMind100...

Cuba kita lihat bangunan-bangunan&kenderaan-kenderaan yang ada di seluruh dunia. Ia dibuat daripada batu, besi dan kaca. Batu,Besi dan kaca asalnya dari dalam bumi dalam bentuk asal (dijadikan oleh Tuhan). Dulu bangunan2 ini tiada, kini ada dan banyak pulak tu. Siapa yang buat Bahan Asal?..... Apa impaknya jika Tuhan sudah menghentikan pengeluaran bahan mentah tersebut?

JADI ELOKLAH KITA SEMBAH TUHAN, YAKNI ALLAH. PUJA DAN PUJILAH PADA NYA. HORMATLAH PADA NYA. KALAU YANG TUHAN LARANG, JANGANLAH BUAT. APA YANG TUHAN PERINTAHKAN, TUNAIKANLAH TERUTAMA SOLAT.

Sifat Orang kafir.... (2)

Dalam siri 1, telah diulas bahawa Perumpamaan orang-orang kafir adalah seperti orang-orang yang menyalakan api, setelah menerangi sekelilingnya, Allah menlenyapkan cahaya (yang menyinari) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat.

Dalam siri (2) ini saya sambung lagi ciri-ciri sifat orang-orang kafir yang digambarkan di dalam Al Quran.

Mereka tuli, bisu dan buta sehingga mereka tidak dapat melihat.

---Atau seperti (orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, yang disertai kegelapan, petir dan kilat. Mereka meyumbat telinga dengan jari-jarinya, (menghindari suara petir itu kerana takut mati. Allah meliputi orang-orang yang kafir (Pengetahuan Allah dan kekuasaan Allah meliputi orang-orang kafir)(19). Hampir sahaja kilat itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali (kilat itu) menyinari, mereka berjalan di bawah (sinar itu), dan apabila gelap menerpa mereka, mereka berhenti. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya Dia hilangkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu(20).---

Ulasan Ashasun Nuzul ayat 19-20 surah Al Baqarah

"Sejumlah sahabat menjelaskan, bahawa kedua ayat ini diturunkan berkenaan dengan dua orang Munafik Madinah yang lari dari ajaran Rasulullah dan menuju tempat orang-orang musyrik. Di perjalanan, mereka ditimpa hujan lebat dan guruh yang dahsyat. Akibat ketakutan, mereka kembali pulang, menyesali perbuatan mereka, kemudian menghadap Rasul untuk kembali memeluk agama Islam. (HR Ibnu Jarir, Ibnu 'Abbas dan Ibnu Mas'ud)

Friday, August 5, 2011

Sifat Orang Kafir....(1)

Di antara manusia ada yang berkata, "Kami beriman bepada Allah dan Hari Akhirat," padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang beriman. Mereka menipu Allah dan orang-orang beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri mereka sendiri tanpa mereka sedari.

Didalam hati mereka ada penyakit, "lalu Allah menambah penyakitnya itu; dan mereka mendapat azab yang pedih, kerana mereka berdusta.

Dan apaibila dikatakan kepada mereka, "Janganlah berbuat kerosakan di bumi!"; Mereka menjawab,"Sesungguhnya kami hanyalah orang-orang yang melakukan perbaikan."

Ingatlah, sesungguhnya merekalah yang berbuat kerusakan tetapi mereka tidak menyedarinya.

Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Berimanlah kamu sebagaimana orang lain ynag telah beriman!. Mereka menjawab,"Apakah kami akan beriman seperti orang-orang yang kurang akal itu beriman?". Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah yang kurang akal, tetapi mereka tidak tahu.

Dan apabila mereka berjumpa dengan orang yang beriman, mereka berkata, "Kami telah beriman." Tetapi apabila mereka kembali kepada setan-setan (para pemimpin) mereka, mereka berkata, "Sesungguhnya kami bersama kamu, kami hanya berolok-olok."

Allah akan memperolok-olokkan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan.

Mereka itulah yang membeli kesesatan dengan petunjuk. Maka perdagangan mereka itu tidak beruntung dan mereka tidak mendapat petunjuk.

Perumpamaan mereka seperti orang-orang yang menyalakan api, setelah menerangi sekelilingnya, Allah menlentyapkan cahaya (yang menyinari) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan, tidak dapat melihat.

Thursday, August 4, 2011

Apakah keistimewaan LEMBU?

Allah yang Maha Mencipta telah menjadikan (mencipta) berjenis-jenis makhluk yang bernyawa dan tidak bernyawa. Di antara makhluknya ialah Lembu iaitu sejenis binatang yang rata-rata orang akan berkata lembu bodoh sehingga wujud satu istilah yang telah diterima ramai iaitu "Bodoh seperti Lembu". Disebalik kebodohan lembu itu, manusia mendapat manfaat dari lembu tersebut dimana dagingnya kita makan dan susunya kita minum. Oleh itu janganlah mengutuk tiap-tiap kejadian Tuhan. Tidak semua kita tahu manfaat dari sesuatu tetapi Allah lah yang mengetahui kenapa ia menjadikan sesuatu itu.

Beberapa huruf di dalam al-quran juga manusia tidak dapat menafsirkannya, misalnya Alif Lam Mim di awal surah Al-Baqarah. Rata-rata terjemahan menyatakan "Hanya Allah Yang Mengetahui". Sebab itulah saya kata setiap makhluk yang Allah jadikan "Hanya Allah lah yang tahu kenapa ia (makhluk) dijadikan".

Naskah Al-Quran yang sepatutnya ada di dalam setiap rumah orang Islam merupakan petunjuk bagi orang yang bertakwa. Semestinya ia (al-Quran) tidak boleh diragu-ragukan sebab ia adalah Kalam Allah. Walaubagaimanapun Al-Quran ini petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa iaitu orang-orang yang percaya kepada yang tidak dapat dilihat (ghaib), orang-orang yang melaksanakan solat, orang-orang yang menginfakkan sebahagian rezeki yang Allah berikan kepadanya dan mereka yang beriman dengan AlQuran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad. Orang-orang bertakwa juga beriman dengan kitab-kitab yang diturunkan sebelum Nabi Muhammad. Orang-orang yang bertakwa ini yakin hari Akhirat itu ada.

Untuk makluman semua, orang-orang yang bertakwa ini adalah orang-orang yang mendapat petunjuk dari Allah. Mereka yang bertakwa ini sangat beruntung. Maknanya sangat rugilah kalau individu itu tidak tergolong dikalangan orang-orang yang bertakwa.

Bagaimana untuk mendapat petunjuk dari Allah? Bacalah alQuran hari-hari dan mohonlah kepada Allah agar diberi petunjuk.

Jika kita tidak tergolong dikalangan orang-orang yang bertakwa, dibimbangi kita tergolong dikalangan orang-orang kafir. Siapakah orang-orang kafir itu? Mereka adalah orang yang telah dikunci hati dan pendengaran mereka oleh Allah. Jika sudah jadi kafir, peringatan macam mana pun diberikan kepadanya pasti mereka tidak beriman. Ini ada dinyatakan di dalam ayat 6&7 surah Al-Baqarah "Sesunggungnya orang-orang kafir," sama saja bagi mereka, engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka," penglihatan mereka telah tertutup dan mereka akan mendapat azab yang berat.

Wednesday, August 3, 2011

MindaBistari mula menulis....

Bagi memulakan sesuatu pekerjaan, eloklah kita memohon kepada Yang Mencipta Alam ini supaya menjauhkan kita dari gangguan makhluk yang dikutuk oleh Maha Pencipta. Musuh Yang Maha Esa.

Mengemukakan permohonan dengan harapan supaya pekerjaan yang kita buat itu tidak menyimpang dari tujuan pekerjaan itu dibuat.

Kenapa kita memohon dari Yang Menjadikan Kita? Sebab kita tahu Pencipta kita sangat mengasihani makhluk yang diciptanya selagi makhluk tersebut tidak menganiayai dirinya sendiri. Kasih Allah selagi makhluknya mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Besar.

Bukan sahaja Maha Pengasih malah Pencipta kita juga sangat Maha Penyayang. Jika kita sayang kepada sesuatu maka sudah pasti kita akan menjaga keselamatan sesuatu yang kita sayang itu. Itulah harapan kita supaya Pencipta kita memelihara kita dengan sifat Maha Penyayang-Nya. Dengan sifat kesempurnaan yang ada pada Yang Maha Esa maka berhaklah Pencipta ini diberi Pujian sepanjang masa. Yang Segala Pujian hanya tertentu kepada Allah sahaja. Kalau kita nak puji makhluk boleh tetapi pujian sebenarnya adalah untuk Allah. Misalnya kita cakap cantiknya gadis itu, maka kita kena faham betul sebalik cantiknya gadis itu siapakah yang menjadikan gadis itu? tentulah Tuhan (Pencipta). Oleh itu bila kita puji gadis cantik, pada waktu yang sama hendaklah kita juga menyandarkan cantik itu kepada kebijaksanaan Tuhan yang boleh mewujudkan gadis secantik itu. Makhluk wajib memuji Tuhannya sesuai dengan sifat Tuhan-Nya Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Kehidupan makhluk akan hancur semuanya kerana Tuhan mengadakan hari pembalasan iaitu sesudah hari kiamat. Dialah memiliki hari pembalasan tersebut secara total. Setiap manusia termasuk kita akan ditanya dan dipertanggungjawabkab ke atas apa-apa sahaja yang kita lakukan di atas muka bumi ini. Sudah pasti perbuatan yang baik akan mendapat ganjaran yang baik. Perbuatan jahat akan mendapat balasan yang pedih juga.

Jika kita takut mendapat balasan pedih dan merana maka janganlah kita buat jahat. Kita buatlah apa yang Tuhan suruh dan tinggalkanlah sertamerta apa2 sahaja yang Tuhan larang. Untuk pastikan kita diperlihara oleh Pencipta, maka eloklah kita sembah hanya kepada Allah. Jangan sesekali sembah sesama manusia dengan mengenepikan larangan Allah. Sembah dan mohonlah pertolongan kepada Allah kerana tidak bergerak sesuatu tanpa izin Allah. Mohonlah kepada Tuhan agar ditunjukkan kita kepada Jalan Yang Lurus iaitu jalan yang diredhai oleh Allah.

Jalan lurus iaitu jalan yang Allah berikan nikmat kepada hamba-Nya iaitu bukan jalan yang sesat atau jalan yang dimurkai Allah.