Cuti Sekolah Seminggu Membolehkan Rakyat Malaysia Bersiar-siar, Melancong dalam negeri atau balik kampung. Saya sekeluarga berpeluang berkunjung ke Terengganu kerana menghadiri kenduri kahwin sedara mara. Jalan dari Kuala Lumpur ke Tol Jabor, Alhamdulillah baik dan selesa. Tetapi malangnya Jalan dari Jabor ke Simpang Kuala Berang/Kuala Terengganu sangat menyakitkan. Jalan di situ sempit dan rosak (banyak lubang). Ini bukan berlaku pada masa ini sahaja tetapi juga pada masa-masa lalu pabila saja saya melalui jalan itu. Hari Sabtu lepas (semalam) ada kemalangan yang membabitkan Lori dan kereta. Saya tak pasti keadaan mangsa sebab saya tidak berhenti untuk menonton. Waktu itu pasukan penyelamat sedang bertungkus lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Tetapi bukan cerita kemalangan itu yang hendak saya highlight tetapi pasal Jalan Yang Rosak bertahun-tahun lamanya tidak dibaiki. Terengganu kan kaya...ada royalti minyak (atau wang ehsan)....kenapa Jalan yang penting untuk Kemudahan Orang Ramai tidak dinaik taraf segera.
Saya berharap pihak yang rapat dengan MB Ganu dapat mengambil tindakan drastik menaik taraf Jalan Jerangau Jabor. Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment