Friday, March 4, 2011

Pemeriksaan Kesihatan 6 Bulan Sekali - Urin Test

Kesihatan amat penting untuk kebahagian hidup manusia. Seperti mana sebuah kenderaan, ia mestilah dibuat pemeriksaan berkala dan perlukan khidmat penyenggaraan.

Oleh itu saya mencadangkan kerajaan mewajibkan setiap individu membuat pemeriksaan berjadual 6 bulan sekali. Pemeriksaan tersebut adalah pemeriksaan yang minimum sahaja iaitu tekanan darah tinggi dan urin test (ujian air kencing).

Kalau selama ini sekolah ada buat pemeriksaan gigi setahun sekali, apalah salahnya ia ditambah pula dengan Ujian Air Kencing. Banyak manfaat disebalik pemeriksaan air kencing.....dan mungkin dapat mengurangkan pelajar-pelajar sekolah mengandung sebab mereka akan lebih berhati2.

Fikirlah sama2

No comments:

Post a Comment