Saya sebenarnya cukup geram dengan Pengusaha Plaza Tol. Mereka fikir untung sahaja. Jarang sangat untuk fikir keselesaan pemandu. Kalau kita perhatikan waktu puncak, sememang tol penuh sesak. Malah lorong Smart Tag dan Touch 'N' Go pun sesak diwaktu puncak. Lorong Tunai lagilah sesak.
TETAPI yang saya herannya, waktu tak puncak contohnya jam 8.00 malam, kalau semua lorong dibuka atau kebanyakannya buka tidaklah sesak. INI diorang hanya buka 1 atau dua lorang sahaja menyebabkan pemandu bersesak juga. FIKIRlah sikit. Geram aku.
Wahai pengusaha PLAZA TOL..... kalau sepuluh lorong ada...bukalah semuanya. Anggap itu satu tanggungjawab sosial. Selain dari boleh memberi peluang pekerjaan ia juga dapat menyelesakan pemandu.
No comments:
Post a Comment