Pemasangan CCTV untuk merekod aktiviti dalam bentuk video terutama ditempat-tempat yang strategik semakin meningkat dari semasa ke semasa. Kalau dulu, CCTV hanya dipasang di bank-bank, pengurup wang asing, tempat simpan senjata dan di airport, TETAPI kini di pejabat-pejabat biasa, di jalanraya, di luar rumah, dan ditempat-tempat awam juga telah dipasang CCTV. Di pusat belibelah misalnya, telah menjadi kemestian. Bila adanya CCTV, orang tidak berani lagi nak buat salah di situ.
Kenapa mereka takut kepada CCTV buatan manusia?. Tidakkah mereka tahu bahawa CCTV Allah telah ada sejak azali lagi. Setiap perbuatan manusia adalah direkod (CCTV Allah tidak pernah rosak).
Ya kita diperhati dan direkod, oleh itu janganlah kita buat perkara yang dilarang di mana jua kita berada.
No comments:
Post a Comment