Penjualan bahan-bahan lucah kepada remaja terkandung dalam Seksyen 239 dalam kod Penal
Ia menyatakan sesiapa yang menjual, menyewakan, menyebarkan, menunjukkan atau mengedarkan bahan-bahan ini atau menawarkannya atau cuba untuk berbuat seperti di atas, kepada seseorang yang berumur di bawah dua puluh tahun boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Rujuk:
"http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Remaja/PORNOGRAFI.pdf"
Saturday, March 26, 2011
Friday, March 25, 2011
Minda Intelek
Minda Intelek, Minda Bistari, Minda Cemerlang, Minda Istimewa dan bermacam-macam lagi anda minda yang menunjukkan pemikiran kreatif yang tercetus dalam minda seseorang amat berguna didokumentasi untuk manfaat orang lain. Walaubagaimanapun ada juga yang menggunakan perkataan Minda untuk mempengaruhi seseorang untuk agenda tertentu.
Penggunaan lama blog, facebook dan lain-lain jaringan sosial membantu sesorang untuk mempengaruhi orang lain. Sehubungan itu, MindaBistari ingin mengingatkan semua yang membaca Blog MindaBistari supaya berhati-hati dengan laman blog bertemakan MINDA.
Blog SuperMind@MindaBistari OK.

Tuesday, March 22, 2011
AZNIL IKON DENGGI
Monday, March 21, 2011
MENYERU JEMAAH SUPAYA JANGAN MEROKOK TAPI DIA MEROKOK
Minggu lalu, khutbah mengenai bahaya merokok. Bagus juga tajuk dan kandungannya. Pasti ramai yang kena tetapi mungkin tak berkesan juga sebab ramai yang tidur. Mungkin juga yang merokok itu tidur.
Yang saya sedihnya ada juga IMAM yang membaca khutbah adalah perokok. Dia seru orang supaya jangan merokok, lepas tu dia pergi kedai kopi duduk hisap rokok. Itu namanya hipokrit.
Saya ingin meminta Jabatan Ugama Islam supaya menarik balik tauliah IMAM kepada imam-imam yang merokok sebab sebenarnya mereka tidak layak untuk diangkat sebagai IMAM.
Lantiklah IMAM di kalangan orang2 yang tidak merokok.

Sunday, March 20, 2011
Lambakan rumah urut, salah siapa?
Sumber : Mingguan Malaysia 20 Mac 2011. Rujuk: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0320&pub=utusan_malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_01.htm&arc=hive
"Hanya dalam masa tiga hari tinjauan di sekitar Lembah Klang, Mingguan Malaysia memperoleh angka yang mengejutkan - lebih 1,500 rumah urut kebanyakan tidak berlesen dikesan."
SALAH SIAPA? Ulasan saya : siapa yang bertanggungjawab kepada kawasan tersebut? siapa yang diberi tanggungjawab memantau? Siapa yang bertanggungjawab menguatkuasakan peraturan? Siapa taukeh (pemilik), siapakan pekerja? siapakah pelanggan?.
Dari data yang dicerap, buat statistik mengikut kaum.
Pemilik Melayu (?), Cina (?), India (?), lain-lain (?)
Kaum manakah paling ramai jadi Pemilik?
Kaum manakah paling ramai jadi pekerja?
Kaum manakan paling ramai jadi pelanggan?
Majoriti besar yang perolehi tetapi yang menjadi penyokong untuk mendapat majoriti besar terdiri daripada orang-orang yang rosak akhlak, nak buat apa?
Friday, March 18, 2011
Tenaga Nuklear - Perlukah di teruskan?
Tenaga nuklear dihasilkan oleh dari reaksi nuklear.
Utiliti dan tanaman komersial pada masa saat ini menggunakan reaksi nuklear untuk memanaskan air untuk menghasilkan wap, yang kemudiannya digunakan untuk menghasilkan elektrik. Tenaga nuklear menyediakan sekitar 6% daripada tenaga dunia dan 13-14% dari kuasa dunia.
Mengikut rekod:
[1] Kerjasama Amerika Syarikat, Perancis dan Jepun menyumbang sekitar 50% dari kuasa yang dihasilkan dari reaksi nuklear.
[2] Lebih dari 150 kapal angkatan laut menggunakan propulsi nuklear.
Sebenarnya tenaga nuklear adalah kontroversi dan masih diperdebatan tentang penggunaan tenaga nuklear.
Beberapa pandangan:
1. Pro-nuklear, seperti World Nuclear Association dan IAEA, berpendapat bahawa tenaga nuklear merupakan sumber tenaga yang berterusan yang mengurangkan pembebasan karbon.
2. Anti-nuklear, seperti Greenpeace International dan NIRS, percaya bahawa tenaga nuklear menimbulkan banyak ancaman terhadap masyarakat dan persekitaran.
Catatan:
Beberapa kemalangan nuklear dan radiasi yang serius telah berlaku. kemalangan loji nuklear termasuk bencana Chernobyl (1986), Fukushima kemalangan nuklear (2011), dan kecelakaan Three Mile Island (1979) kemalangan kapal selam bertenaga nuklear termasuk K-19 kemalangan reaktor (1961), K-27 reaktor kemalangan (1968), [11] dan K-431 kemalangan reaktor (1985).

Saturday, March 12, 2011
Terengganu Kita - Jalan Jerangau Jabor perlu dinaik taraf
Cuti Sekolah Seminggu Membolehkan Rakyat Malaysia Bersiar-siar, Melancong dalam negeri atau balik kampung. Saya sekeluarga berpeluang berkunjung ke Terengganu kerana menghadiri kenduri kahwin sedara mara. Jalan dari Kuala Lumpur ke Tol Jabor, Alhamdulillah baik dan selesa. Tetapi malangnya Jalan dari Jabor ke Simpang Kuala Berang/Kuala Terengganu sangat menyakitkan. Jalan di situ sempit dan rosak (banyak lubang). Ini bukan berlaku pada masa ini sahaja tetapi juga pada masa-masa lalu pabila saja saya melalui jalan itu. Hari Sabtu lepas (semalam) ada kemalangan yang membabitkan Lori dan kereta. Saya tak pasti keadaan mangsa sebab saya tidak berhenti untuk menonton. Waktu itu pasukan penyelamat sedang bertungkus lumus mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Tetapi bukan cerita kemalangan itu yang hendak saya highlight tetapi pasal Jalan Yang Rosak bertahun-tahun lamanya tidak dibaiki. Terengganu kan kaya...ada royalti minyak (atau wang ehsan)....kenapa Jalan yang penting untuk Kemudahan Orang Ramai tidak dinaik taraf segera.
Saya berharap pihak yang rapat dengan MB Ganu dapat mengambil tindakan drastik menaik taraf Jalan Jerangau Jabor. Sekian terima kasih.

Friday, March 11, 2011
BANGUN SEBELUM SUBUH
Ramai yang susah untuk bangun sebelum subuh. Sebenarnya bangun sebelum subuh baik untuk kesihatan. Amalan bangun sebelum subuh, dapat menghindarkan diri daripada risiko serangan angin ahmar, ia juga memberi peluang untuk kita mengerja perkara-perkara yang sukar kita melakukan di waktu lain seperti solat sunat dan membaca AlQuran. Apabila kita sudah biasa bangun sebelum subuh, pastinya kita digerakkan secara semulajadi untuk bangun sebelum subuh.
Bagi membolehkan kita bangun sebelum subuh, pastikan kita mendapat tidur secukupnya. Oleh itu tidurlah sebelum jam 12 tengahmalam. InsyaAllah, jika kita bangun sebelum subuh, rasa mengantuk tidak ada lagi.
Jika anda ada akaun facebook, search Bangun Sebelum Subuh dan daftarlah sebagai ahli kumpulan Bangun Sebelum Subuh, InsyaAllah di situ akan dimuatkankan tulisan-tulisan yang dipetik dari terjemahan AlQuran, AlHadis dan buku-buku agama.

Thursday, March 10, 2011
Lambakan Bangunan dan Rumah Tidak Berpenghuni Harus diKawal
Saya semakin rimas melihat banyak bangunan dan rumah kediaman yang telah siap tetapi tiada berpenghuni. Rumah atau bangunan tersebut sebenarnya ada pemiliknya tetapi pemilik tersebut berhasrat untuk menjualnya dengan harga yang tinggi. Maknanya rumah atau bangunan itu hanyalah barang dagangan. Selagi tiada pembeli yang sanggup beli dengan harga yang menguntungkan maka pemiliknya tidak akan menjualkannya. Sebab itulah banyak rumah atau bangunan yang kosong.
Lambakan rumah atau bangunan sedemikian boleh mengakibatkan nyamuk dan penagih dadah menghuni.
Sepatutnya sebelum meluluskan pembangunan bangunan/rumah, kena lihat samaada ada bangunan/rumah yang tidak berpenghuni di situ. Jika ada jangan luluskan.

CCTV - Semakin banyak lokasi yang dipasang CCTV
Pemasangan CCTV untuk merekod aktiviti dalam bentuk video terutama ditempat-tempat yang strategik semakin meningkat dari semasa ke semasa. Kalau dulu, CCTV hanya dipasang di bank-bank, pengurup wang asing, tempat simpan senjata dan di airport, TETAPI kini di pejabat-pejabat biasa, di jalanraya, di luar rumah, dan ditempat-tempat awam juga telah dipasang CCTV. Di pusat belibelah misalnya, telah menjadi kemestian. Bila adanya CCTV, orang tidak berani lagi nak buat salah di situ.
Kenapa mereka takut kepada CCTV buatan manusia?. Tidakkah mereka tahu bahawa CCTV Allah telah ada sejak azali lagi. Setiap perbuatan manusia adalah direkod (CCTV Allah tidak pernah rosak).
Ya kita diperhati dan direkod, oleh itu janganlah kita buat perkara yang dilarang di mana jua kita berada.

Tuesday, March 8, 2011
Pihak Pengusaha Plaza Tol Janganlah Kedekut Sangat
Saya sebenarnya cukup geram dengan Pengusaha Plaza Tol. Mereka fikir untung sahaja. Jarang sangat untuk fikir keselesaan pemandu. Kalau kita perhatikan waktu puncak, sememang tol penuh sesak. Malah lorong Smart Tag dan Touch 'N' Go pun sesak diwaktu puncak. Lorong Tunai lagilah sesak.
TETAPI yang saya herannya, waktu tak puncak contohnya jam 8.00 malam, kalau semua lorong dibuka atau kebanyakannya buka tidaklah sesak. INI diorang hanya buka 1 atau dua lorang sahaja menyebabkan pemandu bersesak juga. FIKIRlah sikit. Geram aku.
Wahai pengusaha PLAZA TOL..... kalau sepuluh lorong ada...bukalah semuanya. Anggap itu satu tanggungjawab sosial. Selain dari boleh memberi peluang pekerjaan ia juga dapat menyelesakan pemandu.

Monday, March 7, 2011
Pasangan Cerdik Pandai Berkemungkinan Besar Melahirkan Zuriat Bijak Pandai Juga
Ramai Wanita Yang Tidak Berkahwin terdiri daripada wanita-wanita yang berkerjaya dan mempunyai ijazah ke atas. Mereka ini adalah orang-orang bijak pandai. Tapi sayang mereka tidak berkahwin dan tidak meninggalkan zuriat. Yang banyak berkahwin dan banyak anak adalah mereka-mereka yang bekerja sendirian yang tidak mempunyai kebolehan akedemik...Maka akibatkannya ramailah bayi-bayi yang dilahirkan dididik dengan cara yang lama dikampung2 (tapi tidaklah semua. tapi kebanyakan)
Jadi saya menyeru supaya wanita-wanita berkerjaya agar sudi2lah berkahwin.
Jadi saya menyeru supaya wanita-wanita berkerjaya agar sudi2lah berkahwin.
Friday, March 4, 2011
Pemeriksaan Kesihatan 6 Bulan Sekali - Urin Test
Kesihatan amat penting untuk kebahagian hidup manusia. Seperti mana sebuah kenderaan, ia mestilah dibuat pemeriksaan berkala dan perlukan khidmat penyenggaraan.
Oleh itu saya mencadangkan kerajaan mewajibkan setiap individu membuat pemeriksaan berjadual 6 bulan sekali. Pemeriksaan tersebut adalah pemeriksaan yang minimum sahaja iaitu tekanan darah tinggi dan urin test (ujian air kencing).
Kalau selama ini sekolah ada buat pemeriksaan gigi setahun sekali, apalah salahnya ia ditambah pula dengan Ujian Air Kencing. Banyak manfaat disebalik pemeriksaan air kencing.....dan mungkin dapat mengurangkan pelajar-pelajar sekolah mengandung sebab mereka akan lebih berhati2.
Fikirlah sama2

Subscribe to:
Posts (Atom)