Pagi tadi kami anak-beranak makan di sebuah gerai makanan. Semasa kami sedang makan, satu van yang agak lusuh telah berhenti. Van tersebut dipandu oleh orang bukan Islam dan seorang pembantu (juga bukan Islam). Mereka mengeluarkan bahan-bahan mentah iaitu ayam dan daging dihantar ke gerai makanan tersebut.
Kami anak-beranak tertanya-tanya sesama kami. "Orang meniaga ni ambil ayam/daging dari orang bukan Islam?". Kembang tekuk kami, tapi nasib baiklah kami dah habis makan. Kalau belum habis pastinya terus tak habis.
Saya betekad nak bertanya tuan punya kedai semasa nak buat bayaran.
Setelah pengedar bukan Islam tadi beredar dan mendapat cek bayaran dari tuan punya gerai makanan, saya pun terus ke kaunter untuk buat bayaran. Selepas bayar, saya tanya tuan punya gerai " Eh, You ambil ayam/daging dari orang bukan Islam?". Jawapannya " Ya. tapi ia terus dari kilang makanan Halal. Kalau beli di pasar borong lagi teruk, kita tak tau dari mana diperolehi" Bagi membuktikan dakwaannya, beliau pun terus tunjuk sijil kilang makan halal tersebut.
Saya pun, mohon maaf padanya sebab bertanya. Dia kata takpa dah ramai yang bertanya. Saya pun beredar.
Pandangan saya berdasarkan insiden ini
1. Walaupun kita tahu kilang yang membekalkan ayam/daging itu mendapat sijil halal, tetapi pengedar tersebut adakah ia disahkan 'halal' atau 'jujur' ambil dari kilang tersebut?. Oleh itu adalah lebih baik ambil dari pengedar Islam yang mengambil ayam/daging dari kilang halal tersebut. Sekurang-kurangnya kita tiada keraguan sebab orang Islam sendiri yang ambil dari kilang.
2. Apabila pengedar bukan Islam menghantar ayam/daging halal ke gerai kita, ada kemungkinan juga bekas yang sama dan vam yang sama juga membekalkan produk tak halal ke gerai lain. Percampuran itu mungin berlaku. Jadi mana lebih baik? Ambil dari pengedar Islam atau Pengedar bukan Islam?
3. Saya nasihatkan peniaga-peniaga makanan orang Islam supaya lebih perihatin terdapat bahan mentah yang anda gunakan untuk memberi makan orang lain.
Cadangan saya kepada KERAJAAN.
1. Selain daripada memberi sijil halal kepada kilang yang memproses makanan halal, saya juga ingin mencadangkan supaya kilang tersebut juga disyaratkan supaya melantik hanya pengedar halal iaitu di kalangan orang Islam sahaja. Ini untuk menjaga integriti makanan tersebut. Dari Halal kepada Halal.
No comments:
Post a Comment