Bagi sepasang suami isteri, menimang cahaya mata pertama, merupakan hari paling bahagia selepas kemanisan ketika selamat diijab kabulkan. Hari terus berlalu, tahun berganti tahun. Anak dari satu jadi dua, dari dua jadi tiga dan begitulah seterusnya jika dapat ramai. Riuh rendah dengan anak-anak merupakan satu hiburan bagi sepasang suami isteri. Hingga sampai disatu ketika, anak-anak pergi meninggalkan ibu/bapa untuk tinggal di asrama sama ada di dalam negeri maupun di luar negara.
Ya... sampai masanya suami/isteri hanya tinggal berdua sahaja. Rupa-rupanya tidak sama perasaan bila semua anak-anak tinggal di asrama berbanding jika anak-anak tidur di rumah sedara atau pergi rombongan. Sebab jika pergi rumah sedara atau pergi rombongan dua tiga hari baliklah mereka. Sekiranya tinggal di asrama, 2 minggu sekali (jika dekat) atau sebulan sekali atau setahun sekali (kalau di oversea) baru balik ke rumah. Kalau balikpun banyak tidur dari berjaga. Ya... ibu/ayah akan kesunyian jika tiada anak2 di rumah.
Bila difikirkan semula, jika anak tinggal di asrama, mereka akan balik mengikut jadual boleh balik sekolah. Tetapi bayangkan jika suami/isteri (Ibu/bapa) yang mempunyai semua anak-anak yang sudah berkahwin. Anak-anak mereka tinggal berjauhan dan tinggallah ibu/bapa berdua dirumah. Kepulangan anak/menantu/cucu ini tiada jadual tetap. Mereka (ibu/bapa) akan menanti dari sehari ke sehari, menanti kepulangan anak menantu dan cucu-cucunya. Mereka akan hampa di setiap hujung minggu sekiranya tiada seorang pun anak/menantunya balik menjenguknya.
Oleh itu wahai anak/menantu berpakatlah adik beradik supaya balik ke kampung menemui ayah/bonda bergilir-gilir, kalau boleh setiap minggu ada anak/menantu yang dapat bersama ibu/bapa masing-masing.
Hidup di dunia tidak lama. Ingatlah orang tersayang. Sayangilah ibu/bapa sepanjang masa.
No comments:
Post a Comment