Saturday, January 29, 2011

CUBALAH BANGUN PAGI JAM 4.30 PAGI SETIAP HARI

Ugama Islam menggalakkan supaya umatnya mengamalkan bangun sebelum subuh. Di Malaysia waktu subuh paling awal jam 5.25 pagi dan paling lewat jam 6.15 pagi. Oleh yang demikian eloklah kita bangun jam 4.30 pagi setiap hari. Apabila ia digalakkan sudah pasti ianya mempunyai kelebihan tertentu yang kita tidak tahu. Yang tahu hanyalah Allah yang maha kuasa.

Oleh yang demikian, saya menyeru umat Islam semua supaya berusahalah untuk bangun sebelum subuh sekurang-kurangnya kita sempat mandi, solat sunat tahajud dan membaca dua tiga muka surat ayat suci AlQuran sebelum kita pergi solat subuh berjemaah di surau atau masjid berhampiran.

Di surau atau masjid berhampiran kita dapati bilangan jemaah subuh amat sedikit, jadi sekiranya setiap kita berusaha untuk solat subuh berjemaah di surau/masjid berhampiran maka sudah pasti surau/masjid akan lebih diberkati. So marilah kita berusaha.

Tip untuk bangun awal ialah TIDUR CEPAT. Tidurlah sebelum jam 12 tengahmalam, InsyaAllah, kita boleh bangun jam 4.30 pagi tanpa rasa mengantuk lagi. Sekiranya kita telah mengamalkannya selama setahun, pastinya secara automatik kita akan dibangunkan pada jam tersebut.

Satu lagi, marilah kita cari satu kaedah untuk menggalakkan anak-anak muda solat subuh berjemaah sebab bilangan mereka menyedihkan. Misalnya kita boleh beri galakan kepada kanak-kanak 12 tahun ke bawah dengan menambah duit belanja sekolah lebih seringgit jika mereka turut kita ke surau/masjid waktu subuh.

Saya doakan semoga ramai umat Islam solat subuh berjemaah mulai hari ini, Aameeeen.

No comments:

Post a Comment