Friday, January 14, 2011

Facebook Komuniti Denggi

Sekiranya anda mempunyai maklumat berkaitan denggi di kawasan anda, berkongsilah supaya ia dapat disebarkan untuk makluman orang lain. Tujuannya ialh supaya orang ramai mendapat maklumat terkini dari anda. Sertailah facebook kumpulan denggi 2.0. Buat permulaan tandakan 'like' atau 'suka'.

Ada boleh membuat laporan seperti : "Seorang penduduk di Taman ABCDEF di berusia 23 tahun telah disyaki denggi pada 14.1.2011"

Demam Denggi

Mengenal pasti demam denggi Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes. Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Tanda-tanda

1. Demam kuat yang mengejut dan berterusan

2. Bintik merah pada kulit

3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala

4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut

5. Hilang selera makan

6. Muntah-muntah

7. Sakit perut

Bagaimana demam denggi berjangkit

1. Nyamuk aedes membawa kuman deman denggi

2. Seorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes

3. Pesakit demam denggi mengandungi kuman denggi di dalam badannya.

4. Nyamuk aedes menggigit pesakit denggi

Tabiat nyamuk aedes

1. Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada kakinya

2. Aedes biasanya menggigit pada waktu siang

3. Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung

4. Aedes juga membiak di dalam dan luar rumah seperti di pasu bunga, tempayan, kolam mandi, tayar buruk, perangkap semut, saluran bumbung dan dan bekas simpanan air.

Pencegahan pembiakan nyamuk aedes

1. Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru

2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk

3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur

4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam

5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir

6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk

7. Peliharalah ikan seperti ikan gapi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.

8. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali

Tempat nyamuk aedes membiak:

Dalam Rumah

1. Perangkap semut

2. Pasu Bunga

3. Timba

4. Tempayan

5. Kolam (kolah) mandi

Luar Rumah

1. Tayar buruk

2. Tempurung kelapa

3. Botol atau gelas pecah yang mengandungi air

4. Salur air hujan

5. Tempayan

6. Pokok Pisang

7. Pokok Keladi

8. Longkang yang tersekat

Pengubatan demam denggi secara tradisional dan alternatif.

Tuan puan adalah dinasihatkan supaya mendapat rawatan segera di hospital jika disyaki mengidap demam denggi ini. Rawatan dibawah ini adalah sebagai rawatan susulan dan sampingan kepada ubat doktor.

Kaedah pertama: Ambil beberapa 2 helai daun betik dikisar dengan segelas air. Minum pagi dan petang.

Kaedah Kedua: Minum satu sudu besar minyak kelapa dara. Pagi dan malam.

Kaedah ketiga: Minum air isotonik seperti 100 plus atau Revive ketika menghidapai demam ini.

No comments:

Post a Comment