Sunday, June 20, 2010

Ya Allah ampuni daku kerana ada janji yang terlupa aku tunaikan

Pagi tadi sepatutnya saya menghadiri satu mesyuarat persatuan. Saya dah janji nak hadir tapi entah macam mana saya terlupa. Betul2 terlupa. Tak ada pulak sms dari kekawan exco yang mengingatkan saya. Jadi saya belek2 lah dalam alQuran. Maka terjumpalah ayat di bawah barulah lega sebab hanya ALLAH yang tidak pernah lupa. Manusia pasti ada ketikanya lupa. Lebih-lebih lagi manusia Melayu. Bak kata mantan PM "Melayu mudah Lupa". Saya mohon maaf kepada exco persatuan berkenaan.


Surah Ta-Ha.

Ayat [52]
Nabi Musa menjawab: “Pengetahuan mengenainya ada di sisi Tuhanku, tertulis di dalam sebuah Kitab; Tuhanku tidak pernah keliru dan Ia juga tidak pernah lupa”.

No comments:

Post a Comment